J A S M I N N 19

47.5K 1.8K 30
                                    

Vote for Jasminn dear 🌟🙏
____________________________________________

🍃 Sometimes, crying is the only way your eyes speak when your mouth can't explain how broken your heart is. 🍃

◾◾◾

Semoga kalian menangis bersama Jasminn 😢

         AKU terduduk kaku di hadapan satu jasad yang dah pucat dan siap berbalut. Sekali lagi aku diuji dengan dugaan yang berat macam nie.

Seperti tepat perasaanku satu-satunya orang yang memeluk aku buat pertama kalinya pergi meninggalkan aku. Pergi tanpa sempat mengucapkan kata sayang padaku. Pergi tanpa aku tahu kenapa dia menyisihkan aku. Ayah pergi dalam kemalangan motor.

''A...ayah..'' Jujur aku tak kuat, Ya Allah kenapa kau bawa ayahku pergi. Aku belum merasa kasih sayang darinya.

Aku lap air mata dipipi sehingga kering kemudian perlahan aku tunduk mencium dahi ayah dengan penuh kasih seterusnya kedua pipi ayah.

''Ampunkan Minn ayah, Minn berdosa dengan ayah. Minn bukan anak yang baik pada ayah..'' Aku tarik nafas seketika. ''Minn sayang ayah selamanya, ayah tenanglah disana,'' Bisikku perlahan. Aku tahu ayah sudah tidak dapat mendengar suaraku tapi aku nak ayah tahu yang aku sangat sayangkan dia.

''Minn..'' Iskandar menarik bahuku. Aku tiada daya untuk menolehnya mahupun menghalangnya. Aku letih dan penat.

Iskandar menarik aku duduk disuatu sudut dan dia menghulurkan sebuah surah yaasin padaku. Aku menyambutnya tanpa banyak soal. Air mata yang mengalir aku biarkan membasahi pipi. Surah yaasinku baca perlahan.

Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa ayahku, Kau tempat kan lah ia bersama golongan yang beramal soleh dan yang Engkau redhai.

          SELESAI pengembumian, hari juga sudah nak gelap menandakkan siang ingin menutup tirai dan malam ganti 'bertugas'. Tetamu yang lain juga sudah ramai yang pulang. Mak dari tadi tidak sedikit pun melihat aku seolah-olah aku tidak wujud langsung.

''Minn kita balik ye sayang,'' Pujuk mama Is sayu. Aku geleng kepala.

Batu nisan kubur ayah aku pegang dan aku usap perlahan. Kenapa ayah tinggalkan Minn? Kenapa ayah pergi dulu? Minn belum rasa kasih sayang dari ayah. Ayah tak adil. Ayah tak boleh tinggalkan Minn macam nie. Ayah benci Minn ke macam mak benci Minn?

Semakin deras air mata menuruni pipiku. Aku menangis teresak. Aku pejam mata seketika. Dada nie terlalu sakit, terlalu sesak. Mengapa aku diuji sehingga begini.

''Minn kita balik ye dah gelap nie,'' Iskandar cuba menarik bahuku namum aku mengeraskan diriku.

''Minn jangan macam nie please, ayah mesti tak suka tengok kau macam nie. Kita balik ye,'' Pujuk Iskandar lagi.

Aku geleng kepala. Batu nisan ayah aku peluk erat. Air mataku laju menuruni pipi hingga menitis ke kubur ayah. Ayah Minn nak ayah. Bahuku terhenjut menangis.

Iskandar menarik lagi tanganku dari mengenggam batu nisan ayah.

''Minn tak baik buat macam nie. Tak kesian tengok ayah hmm. Ayah tak tenang tau kat sana tengok kau menangis macam nie,''

Mendengar kata-kata Iskandar akhirnya aku akur. Aku bangun juga mengikut Iskandar walaupun aku berat hati untuk meninggalkan ayah.

Nanti Minn datang lagi ye ayah!

Dengan berat hati aku melangkah meninggalkan kawasan perkuburan. Iskandar setia memeluk bahuku disisi.

          AKU tidur mengiring, membelakangkan Iskandar. Lututku meringkut rapat kedada. Air mata yang masih belum kering setia mengalir ditubir mata aku biarkan.

Bibirku bergetar menahan dari menghasilkan sebarang bunyi. Sesekali aku terbatuk kecil mengantikkan bunyi esakkan dari tangisku.

''Minn...''

Senyap.

''Minn... jangan menangis lagi please,''

Senyap.

Tiba-tiba tubuhku terasa hangat dibelakang. Aku terkaku seketika. Iskandar menarik aku rapat ke tubunya. Terasa hembusan nafasnya dileherku.

''You have to be strong. Aku tahu kau seorang Jasminn yang kuat,'' Ucapnya perlahan di belakang telingaku bersama hembusan nafas yang lembut.

Aku teresak kecil. Semakin deras air mataku mengalir.

''I'm always be with you. Stand by you side,''

Aku ketap bibir dan mata aku pejam rapat. Air mata semakin deras mengalir.

''Be you crying shoulder,''

Tak semena-mena tangan dibibirku ditarik oleh Iskandar dan dia mencium kejap pipiku yang basah dengan air mata. Rupanya kepalanya sudah berada diatas kepalaku.

''Spit it out Minn, spit it all. If you feel hurt then spit it all. I'm here to feel you,'' Iskandar mengenggam tanganku dan dibawa kedalam dakapannya.

''Kenapa ayah tinggalkan Minn?'' Ucapku mula terkesan dengan pengaruh Iskandar

Aku gigit bibir bawah. Aku menyedut nafas dalam. ''Kenapa semua orang bencikan Minn? Kenapa tiada siapa pun sayangkan Minn? Apa salah Minn? Kenapa tiada siapa pun mahukan Minn? Minn tak layak ke ayah? Minn tak layak ke untuk disayang?'' Aku luahkan segala yang terkubu dalam hatiku.

Aku terasa pulukkan Iskandar semakin erat di tubuhku. Jika suatu saat Iskandar juga pergi tinggalkan aku, aku tak tahu apa yang harus aku buat, aku tak tahu macam mana aku nak hidup, aku tak tahu kemana harus aku pergi. Kerana sekarang aku cuma ada keluarga Iskandar untuk menumpang kasih walaupun tidak pada Iskandar.

Akibat terlalu banyak menangis mataku menjadi berat dan aku terlelap dalam pelukkan Iskandar.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now