🍁 kini kau datang meraih kasihku setelah kau hancurkan dengan tangan mu sendiri 🍁◾◾◾
AKU menyalami tangan mak, aku kucup penuh syahdu. Kalau nak tahu ini pertama kali selama 22 tahun aku hidup aku dapat menyalami tangan mak bersalutkan kasih sayang. Jika sebelum nie mak hanya terpaksa menghulur tangannya untuk aku salam.
Aku mengangkat muka menghayati wajah tua mak dengan pandangan sayu. Aku senyum padanya, biar hatiku sakit wajah itu akan aku simpan kemas dalam hati aku cuma sekarang aku perlukan waktu dan ruang untuk aku ubati hatiku semula. Mak menarik aku ke dakapannya kejap. Agak canggul pelukkan itu. Mungkin ini pertama kali emak memelukku.
Pelukkan dileraikan. Mak menatap mukaku penuh. ''Nanti Minn balik tak jenguk mak?'' Soalan mak kedengeran sayu di telingaku.
Aku cuba ukirkan senyuman payah. ''Kalau Minn tak sibuk Minn balik jenguk mak ye,'' sibuk? Apa yang aku nak sibukkan aku bukan berkerja pun. Itu cuma alasanku untuk mak.
Mak senyum nipis. ''Baiklah, Minn jaga diri baik-baik ye.
Ini nasihat pertama mak pada aku. Aku angguk. ''Mak pun jaga diri. Nanti abang syakir balik teman mak,''
''Mak sayang Minn,''
Hatiku makin rasa terhiris. Kalau lah perkataan itu mak ucap sedari dulu lagi. Aku cuba ukirkan senyuman di bibir. ''Minn pun sayang mak. Minn pergi dulu ye,'' Sekali lagi aku raih tubuh mak kedalam pelukkan. Sejurus pelukkan terlerai aku berpusing menuju ke kereta Iskandar dan aku tak berpaling lagi.
''Is balik dulu mak, mak jaga diri. Kalau ada apa-apa telifon Is ye,''
Sayup-sayup aku dengar suara Iskandar. Mataku mulai kabur bila air mata memenuhi ruang mataku tanpa menitis.
Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauhPenaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandangankuManisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmuKini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjangJauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisiKepala aku sandarkan pada kepala kerusi kereta Iskandar. Pandanganku jauh menembusi cermin tingkap, jauh membawa ke satu kenangan yang terbias dari pengalaman hidupku.
Saat kereta Iskandar melalui kawasan sawah padi, aku mendekatkan mukaku ke cermin kereta. Aku melihat satu pondok kecil di tengah sawah padi. Aku mengeluh kecil, tempat itu yang sentiasa memberi ketenangan padaku, yang banyak mencipta kenangan padaku. Aku pasti akan rindu pondok itu. Aku bersandar kembali di kerusi. Mengapa tiada air mata yang mengalir sedangkan hatiku menangis.
Lepas ini aku harus fikir kemana aku harus pergi, kerana bila-bila masa saja Iskandar akan ceraikan aku. Jari manis sebelah kanan aku tenung. Jari yang dulu tersarung sebentuk cincin atas sebuah akad yang suci kini kosong.
Cincin? Baru aku teringat aku letak cincin tu atas meja solek. Mudah-mudahan cincin tu ada lagi atas meja. Kalau hilang mampus aku nak jawab dengan Iskandar. Entah berapa dia beli cincin tu. Aku tarik nafas berat. Susahnya hidup nie.
''Ya Allah rindunya mama dengan anak mama nie dua minggu tak jumpa,'' Hampir tak bernafas aku, kuat betul mama Is peluk. Namun aku terhibur dengan telatahnya sedikit sebanyak membuat aku lupa dengan apa yang aku lalui.
''Mama jangan lah peluk isteri Is nie kuat sangat, dah lah kecik je Isteri Is nie.'' Rengek Is sejurus masuk ke dalam rumah dengan membimbit beg bajuku.
Mama mencebik. ''Tengok Minn kedekut betul Is dengan mama.'' Adu mama pula padaku dengan mulutnya sengaja dimunculkan.
Sudahnya aku ketawa. Bukan aku tak terkesan dengan kata-kata Iskandar tapi aku keraskan hati untuk tidak terbuai dengan akuannya.
Tapi aku pelik dengan Iskandar nie. Hari tu kata nak ceraikan aku sekarang tiba-tiba layan aku baik pula. Atau ini cuma lakonan dia saja.
''Ala mama Is bukan kedekut lah, tapi Is pun tak sempat lagi nak lepaskan rindu Is dekat isteri Is nie,'' Katanya menjemput gelakan kecil dari mama. Aku memandangnya dan dia juga sedang memanah mataku tajam.
Tak betah dengan renungan itu aku larikan pandanganku ke tangga. ''Papa mana mama?'' Soalku cuba menukar topik.
''Papa biasalah dekat ruang kerja dia lah.'' Rungut mama tanpa sedar. Aku tahu kenapa mama selalu mengadu yang dia bosan jika sendirian sebab papa memang seorang yang kuat berkerja. Sampai dirumah pun dia masih berkerja.
''Eh nie Minn dengan Is dah makan belum?''
''Dah ma, tadi kami singgah R&R.'' Ujarnya sebelum pandangan jatuh padaku.
''Emm tak apa lah kalau macam tu. Pergi lah naik bersihkan diri,''
''MINN tak tidur lagi?''
Aku menoleh kearah mama. ''Belum ngantuk mama.''
Mama Iskandar ambil tempat di sebelahku. ''Iskandar mana?''
''Dah tidur, penat sangat nampak gaya dia.'' Aku pura-pura ketawa.
Mama Is senyum, tanganku digapai. ''Minn, mama bersyukur sangat Minn yang jadi menantu mama dan mama berharap Minn selamanya jadi menantu mama, mama tak nak orang lain.''
Berkerut dahiku memandang mama. Katanya seperti mempunyai makna yang tersirat yang aku gagal faham. Mama mengusap tanganku lembut.
''Walau apapun jadi mama nak Minn janji dengan mama yang Minn akan tetap jadi menantu mama dan isteri Is ye sayang,''
Aku gigit bibir bawah. Jantungku mengepam darah dengan laju. Permintaan mama sepertinya tak mungkin terjadi. Mana mungkin aku akan jadi menantu mama selamanya jika kejap lagi Is akan ceraikan aku.
''Minn maafkan Iskandar ye? Mama yakin yang Is sebenarnya dah mula sayangkan Minn,''
Aku terkesima. Pandanganku kaku melihat mama. Is sayangkan aku? Kalau sayang kenapa nak berpisah?
''Mama, mungkin kehadiran Minn sementara di sini. Minn nak sesiapa pun jadi menantu mama selepas nie mama terima dia sepenuh hati mama dan mama sayang dia seperti mana mama sayangkan Minn ye,'' Ucapki bernada sayu.
Mama berkerut dahi memandangku. ''Minn cakap apa nie? Menantu mama Minn sorang je,''
Aku kuatkan diri untuk terus tersenyum. ''Mama, mungkin jodoh Minn bukan dengan Iskandar. Is tak cintakan Minn, dia ada orang lain dalam hatinya.'' Dan orang tu Jaslina, kakak Minn. Sambungku dalam hati terus kepalaku tunduk ke bawah. Tak sanggup bertentang mata dengan mama. Takut empangan air mataku pecah.
Tanpaku sangka mama menarik aku dalam dakapannya. ''Minn.. tolong jangan mengalah, perjuangkan hak Minn. Mama tahu Minn juga sudah mula mencintai Is dan mama percaya Is cintakan Minn. Bagi peluang pada Is Minn?''
Aku membalas pelukan mama dan aku mula teresak di bahunya. Kenapa begini sulit jadinya. Aku tak tahu sama ada aku harus percayakan mama atau tak.
Jika cinta kenapa perpisahan yang di pintanya? Jika sayang mengapa kesakitan yang diberinya?
YOU ARE READING
J A S M I N N
RomanceRE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan derita ⚫BOOK TWO > JASMINN : the last fate She broken but she let go.... Jasminn seorang gadis malang...