Bila kau sebut gender equality, apa yang kau faham? Adakah ia sejenis penyakit baru? Mungkin... tapi ia bukan. Gender equality adalah sejenis benda dimana hak diantara lelaki dan perempuan dalam keadaan sama rata. Kalau kita tengok zaman dulu-dulu dekat Amerika ada pernah menekan hak wanita dalam mengundi namun selepas sebuah amendment ditandatangani wanita di Amerika kini boleh mengundi malah juga bertanding dalam merebut jawatan Presiden namum belum lagi tercapai mungkin akan suatu hari nanti.
Jadi sekarang kau dah kenal apa itu gender equality tapi kenapa topik ini perlu dibincangkan? Sebenarnya aku sokong penuh hak sama rata antara lelaki dan perempuan kenapa kita nak menidakkan hak mereka kalau mereka dah memang terbukti lebih dewa dalam aspek-aspek teknikal sungguhpun stereotype nya lebih kepada lelaki. Kalau anda tidak setuju mungkin ada dalam keturunan ignorant. Aku sokong gender equality tapi apa pulak dengan special rights kepada wanita? Special rights ni lebih kepada memberi mereka layanan lebih atau istimewa oleh kerana bersebabkan mereka perlu itu semua.
Kalau dari kecil memang aku tahu wanita perlu dijaga lebih dan di sayang lebih tetapi aku tak pernah tahu kalau mereka perlu diberi keistimewaan untuk menidakkan hak lelaki. As we all know koc wanita, designated parking, dan bigger restroom adalah kemudahan yang wajar diberikan dan bodoh untuk dipertikaikan. Tapi yang sakitnya bagi lelaki adalah seperti hak istimewa kepada peluang perkerjaan dan bagi aku kedua lelaki dan wanita punya bakat dan keistimewaan dalam mencipta inovatif dalam kerjaya jadi kenapa perlu asal sekretari harus wanita, mekanik manjang jer lelaki dan pembantu rumah kau pernah tengok jantan? Aku tentang habis gender segregation dalam bab kerjaya dan perkerjaan, kalau kau betul berbakat, kalau kau betul hardworking dan kalau kau betul layak kenapa kau perlu patuh pada peraturan yang lelaki bodoh dan wanita sexist tetapkan? Kalau kau lelaki dan nak jadi secretary go for it dan kalau kau perempuan nak jadi mekanik silakan. Gender bukan kau boleh pilih tapi kau punya hak dan kuasa untuk pilih kerjaya kau.