Iya mereka yang kau lihat jijik kerana sentiasa dibasahi peluh, Iya mereka yang kau tutup-tutup hidung kerana bau busuk di badan mereka, dan Iya mereka yang kau pandang hina kerana sentiasa kusut masai penampilan mereka. Kau tahu kenapa mereka kusut, berbau, dan lencun? Sebab mereka kerja 12 jam sehari 28 hari sebulan dan tanpa rehat. Kerja mereka yang kau sanggup pandang pun tidak kerana kau kata kau terlalu bagus dengan konon ijazah kau untuk kerja seperti mereka. Sedangkan kau lagi menanam anggur mengharapkan email dari Jobstreet sambil kumpul hutang duit yang kau buat joli.
Bukan nak kata semua golongan ini mentalitinya rendah tapi makin lama makin bertambah kuantitinya buat aku gusar melihatnya. Ramai aku jumpa yang memang betul perangainya seperti golongan terpelajar tapi lebih ramai yang pandang tengok pun tak seberapa. Sudahlah tidak berkerja dipandang hina pula pada yang membanting tulang demi memberi rezeki kepada anak, isteri dan keluarga di tanah air mereka. Egois itu saja yang mampu gambarkan kamu golongan kononnya cerdik, pandai dan terpelajar.
Biarlah mereka ini yang kita kata buruh kasar nikmati berkerja di tanah air kita kalau betul cara cukup 3 tahun maka tamatlah servis mereka tapi kalau yang datang beramai dan yang bersempit di dalam kontena tak perlu tunggu 3 tahun tamatkan terus servis mereka sebab memang dah cukup semak. Kadang-kadang kalau nampak mereka berswafoto biarkan kerana kau pun sama bila di tempat orang, tak bukan? Jadi ayuhlah kita ubah mentaliti kita kepada mereka ini golongan buruh kasar yang cukup banyak memainkan peranan di negara kita. Dan jangan di salah erti kerana ini bukan mesej dari kerajaan tapi ini mesej dari rakyat yang ditindas.
