Cinta?

7 0 0
                                    

Dunia ini berfungsi dengan begitu aneh sekali. Tapi tak perlu untuk kita mempersoal perihal kejadian alam kerana itu sudah tentu kerjanya Tuhan. Lumrah alam kita sebagai manusia dan kehidupan di bumi ini  ingin dicintai oleh kehidupan lain. Tetapi pernah kita berhenti sejenak dan bertanya pada diri akan apa itu perihal cinta? Jika kita cuba untuk merungkai akan apa itu cinta sudah pasti penulisannya tak ubah seperti penulisan kajian akademik yang satu ratus panjang helaiannya.

Tapi apa yang buat manusia begitu gila mengejar cinta hingga kawan ditinggal saja, keluarga di biar porak peranda, hidup sendiri seperti mati. Mungkin mereka yang sedang di amukkan cinta boleh berkata perasaan bahagia ketika hati berbunga itu seperti kenikmatan selepas bersenggama. Begitu sekali nikmat orang sedang bercinta hingga boleh sampai ke dunia yang lain. Tapi akan bila waras orang bercinta diduga? Adakah ketika dia hilang segalanya dalam misi mencari cinta atau ketika dia ada segalanya ketika menjadi tuan kepada cinta? Jika mudah untuk dijawab dengan tutur maka terjawab segala permasalahan. Tetapi perihal cinta mulut itu ibarat sudah tertutup katup dan jawapan yang benar- benar hanya mampu datang dari hati yang kecil itu dan perlakuan yang jarang-jarang boleh diduga. Saksi-saksi kepada kegilaan ini hanya mampu melihat dan tidak mampu untuk berkata kerana mereka hanyalah saksi yang pada zahir.

Cinta itu boleh buat kau gila yang hilang waras, yang boleh buat kau bahagia diluar jangkauan akal, yang boleh buat kau papa kedana dan yang juga boleh buat hidup kau seperti neraka. Cinta?

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 29, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Makanan untuk Otak Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang