Tolak, rempuh dan buat muka selamba mungkin pernah tengok atau pernah buat sebelum ni bila korang naik pengangkutan awam kan? LRT, Monorel, KTM, dan yang paling baru MRT semua sama sahaja yang naik tak beradab. Kononnya nak cepat sebab dah lewat ke ofis dan kau rasa masih ada ruang dekat celah-celah manusia yang dekat dalam tuh. Kau buatkan beg galas kau sebagai perisai tolak dan tempur orang semua seperti haiwan kadang-kadang aku lihat. Sedih aku tengok masyarakat urban berkelakuan sebegitu rupa kalau orang putih kata savage.
Itu baru yang utama belum bincang bab kau duduk kawasan priority seating area lagi. Kau buat-buat tak nampak orang tua, perempuan mengandung, orang kelainan upaya berdiri dan yang penting kau dapat duduk dengan selesa. Yang bab lelaki naik koc wanita tuh perlu ke aku nak sebut tahap kekejian dia aku rasa korang dah faham kan? Jadi itu sahaja ke? Pasti? Oh ya aku juga nak sebut bab kau bersembang sakan kelihatan seperti kau sedang terpekik terlolong. Ya aku tahu freedom of speech kau sembang berdua dah lah aku pun tak nak tahu apa kau buat semalam, masak apa, dan sembang apa dengan suami kau. Kadang-kadang nak kata ke muka korang kau nak bagi tahu satu train dengar ke? Kalau betul aku boleh jer pinjamkan intercom train ni bukan jadi satu masalah pun.
Jadi coming to my last point benda paling simple tak perlu la kau sajikan kami semua dengan bauan makanan, kau biar saja dia kedap dalam bekas tu. Nak tahu kenapa? Sebab bila bau dah bercampur-campur dia jadi menggelikan lagi-lagi dengan bau ketiak kepam, masam keringat dan tambahan dengan bau makanan kau tu. Dia dah tak nikmat dia jadi sangat merimaskan.
Jadi kalau kau betul rakyat urban aku rasa kau dah boleh berhenti perangai lama dan jadi pengguna bertauliah sebab ini kan kegunaan semua jadi ia juga hak semua.