Melayu, Cina, India, Lain-lain? Malaysia!

24 0 0
                                        

Daripada kecil aku sentiasa hairan kenapa negaraku ada banyak sangat bangsa. Cina lah, India lah, Melayu lah dan yang paling musykil lain lain, bangsa benda tah tuh. Soalan ini aku tanya sejak aku sekolah darjah dua. Tapi waktu tuh umur masih setahun jagung jadi belum matang. Orang tua pun malas gila nak layan kerenah aku. Jadi kembali pada topik tunjang apa yang buat kita lain daripada negara sepeti Indonesia, Jepun, Korea dan seterusnya  yang memang kita tahu mereka dan bangsa mereka. Macam negara Jepun memang sah-sah ada identiti negara bangsa mereka. Tapi Malaysia?

Kalau ikut sejarah pembentukkan Malaysia immigran ketika itu diberi peluang untuk berintegrasi. Apa benda tuh? Ia secara langsungnya bermakna persepaduan. Kalau nak simple dan mudah faham ia bermaksud pendatang asing atau immigran diberikan peluang untuk menjadi komuniti pada sesebuah organisasi dengan syarat dia perlu punya semangat persepaduan. Faham? Jelas? BAGUS! Akan tetapi dinegara jiran kita yang punya bangsa serumpun tidak memilih untuk berintegrasi mereka lebih cenderung kepada assimilasi. Apa tuh? Dia lebih kurang sama tapi kritikalnya dia adalah apabila kesemua immigran yang ingin mengganggotai organisasi tersebut harus buang tradisi, budaya dan semuanya dari negara mereka dan mengamalkan budaya mengikut budaya setempat. Makna hilang identiti jatidiri? Iya lebih kurang begitu!

Jadi benar intergrasi lebih mudah dan benar dari assimilasi. Betul? Yakin? Aku masih ragu-ragu. Bagi aku setiap yang wujud pasti ada yin dan yang dia. Jadi aku nak kita gali lagi dan lagi. Kita tengok di Indonesia negara si burung garuda. Mereka dengan hasil assimilasi telah berjaya mewujudkan sebuah bangsa baru, sebuah bangsa yang mewakili seisi penduduk Indonesia. Banga apa? Mereka adalah bangsa Indonesia. Bagus bukan? Sudah tentu kerana dengan ini mereka dapat membuang sifat terikat pada bangsa. Now lets go back to our beloved country. Intergrasi adakah tidakan yang betul? Bagi aku dengan mengambil langkah ini negaraku lebih perlukan masa yang extra dan panjang untuk mewujudkan sebuah bangsa Malaysia kerana kita masih lagi di dalam pemikiran dimana kita utamakan bangsa kita iaitu Cina, India, Melayu dan lain-lain. Apa buruknya? Buruknya kita bukan mudah untuk capai kesepakatan yang dalam harmoni. Kita tidak rasa penduduk dan jiran-jiran kita sebagai duduk sama rendah diri sama tinggi kerana dalam benak pemikiran kita masih fikir mereka ini immigran yang sedang menumpang sedangkan tidak.

Tapi apa baiknya intergrasi dan buruknya assimilasi?  Bagi aku adalah untuk intergrasi dia cemerlang dalam melahirkan masyarakat yang meriah dan pelbagai warna kita tengok saja hari perayaan di negaraku meriah bukan? Cina sambut raya, India sambut Chinese new year dan Melayu sambut Deepavali. Kalau kata public holiday memang sakan lah kita. Manakala assimilasi pula kita lihat dia lebih hambar berbading kita. Hanya wujud budaya masyarakat setempat tiada culute exchange yang berlaku.

Tuntasnya assimilasi atau intergrasi kita rakyat Malaysia harus cepat tajamkan minda dalam menubuhkan sebuah bangsa Malaysia yang bakal disegani dunia barat. Jom tunggu apa lagi letak smartphone angkat buku dan baca. Baca bukan baca sebarang-sebarang tapi baca yang berfaedah.

Makanan untuk Otak Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang