Waktu Ofis

23 0 0
                                    

Bangun awal jam 6.00 pagi walau mata masih rasa berat dan katil seakan-akan tidak bagi kau bangun tapi oleh kerana terpaksa kau gagahkan diri juga. Bersiap kemas, bersisir rapi dan bauan yang mengasyikkan kau peragakan. Terus kau capai kasut kulit yang kadang kilat yang kadang lusuh. Jam fossil uptown di tangan menunjukkan sudah tepat 6.30 pagi kau terus capai kunci kereta perodua myvi kau dan terus bergegas keluar tanpa sempat menjenguk secawan kopi pun. Terus kau memacu laju kerna takut sesak jika terlewat. Seawal 7 pagi kau dah terpacak di parkir ofis takut lambat dan kalau lambat kena marah kena tekan dan kenalah bagi surat tunjuk sebab.

*Click* tepat jam 7.15 pagi kau clock in dan keluar warna hijau pada kad mereka catit gaji. Sebelum beredar kau jenguk dalam 31 click 5 yang keluar warna merah buat kau seram sejuk tengok. Nak tak nak benda dah jadi kau teruskan juga kehidupan dengan harapan redha sehabis mungkin. Belum sempat labuh punggung di kerusi meja kau, boss panggil suruh buat itu dan ini, cetak itu dan ini, dan pergi sana dan sini. Kau yang punya kuasa untuk membeta dan tanpa rela kau turutkan saja perintahnya dengan harapan tanggal 25hb sejuk hati tu tapi penawarnya yang manjang lewat. Yang tengah leka kau buat akaun bagi seimbang, minit mesyuarat bulanan, claim gaji orang-orang atas, kira hutang syarikat dengan kerajaan dan tiba-tiba disapa orang sebelah "makan apa hari ini" dan kau terdiam sebentar ya memang satu soalan mudah tapi nak jawab banyak nak kena fikirkan. Sebelum menjawab kau fikir betul-betul barang dapur hampir habis, susu anak kena nak beli, duit sekolah anak lagi, dan terus kau jawab "aku makan maggi saja harini macam teringin" dengan bersahaja sambil cuba tutup rasa malu. Dan jiran-jiran keliling kau terus beredar.

Kau terus klik maybank2u dengan harapan cek dah clear. Tekan account dan banking terus keluar 1 day float dan kau terus tersenyum. Bahagia rasa dan gembira rasa sambil kau tuang air panas pada maggi kau. Lepas pulun secawan maggi kau terus kusut pandang skrin komputer katanya mengejar dateline. Buat dan buat tengok jam dah 5.00 petang hati meronta-ronta nak balik tapi tak siap macam mana nak balik nanti kalau separuh saja sudah tentu caci dan maki menunggu. Gigihkan sahaja sambil kau text "I balik lewat sikit kerja tak siap lagi" dengan harapan dia faham. Kau stress dan tertekan anak isteri kau macam terbiar tapi apa kan daya. Siap kerja kau terus save kemas barang dan cabut balik. Clock out tak boleh lupa nanti kena panggil pula dengan HR. Keluar simpang ofis 2 jam lamanya sesak. Fizikal kau memang penat dan sekarang mampu kau nak pandu dalam keadaan tidak bergerak tuh? Tepat jam 8 kau dapat satu text "tidur saja lah dekat ofis tak perlu balik" dan terus darah kau naik menjerit dan meronta minta dimengerti. Kau terus tempuh walau sesak tapi terpaksa. Sampai sahaja rumah tidak bertegur dan tidak bersapa berkerut saja. Kau siap-siap terus untuk tidur sebelum tangan capai tuala kau jenguk bawah meja nampak ada kicap telur dengan ikan masin. Nak tak nak kau telan saja sebab itu pun kan rezeki. Siap mandi, siap makan dan siap segalanya kau yang terlalu penat terus saja lena. Sebelum sempat pejam terus seperti automatik tangan set jam 6 pagi takut lewat lagi. Yang disebelah kau terpinga-pinga dahagakan belaian manja dari kau tapi faham penat jadi lantakkan saja.

Untuk 6 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun ini rutin hidup kau. Takkan nak bosan, kalau bosan siapa nak bagi makan pada mereka semua. Makin kau tua makin kau rasa muak dan hina hingga kau soal pada diri kau tujuan kau diciptakan adakah untuk memenuhi rutin harian ciptaan dunia korporat yang hanya menguntungkan sebelah pihak? Ia buat kau terfikir tapi belum mampu buat kau bertindak kerana kau masih terikat dengan rutin yang menyemakkan tapi paksa harus tadah kalau tidak payah.

Makanan untuk Otak Where stories live. Discover now