BR1M

20 1 1
                                    

Iya kenapa fresh grad perlu wang ini? kerana mereka baru nak mula hidup, baru nak rasa tanggung-jawab, dan baru nak tempuh dunia kerja. Tapi mereka ni mana ada duit nak buat semua tuh berhutang keliling pinggang lagi adalah. Tu yang nak uber grab pergi interview kerja guna duit, yang nak beli nombor pin segala benda duit juga dan yang nak print resume infographic yang kaler -kaler fancy  duit juga. Mana nak dapat duit?  Takkan asyik nak pinjam pada makpak dah lah sepanjang 6 tahun lebih memang dah teruk clingy pada duit makpak. Dalam diri mereka juga dah timbul rasa malu dan segan sebab kononnya dah habis belajar dah tak nak susahkan orang tua mereka tapi apakan daya permohanan tak lulus kerana permohon disenaraikan sebagai penerima kad debit. Lara? Mungkin pada suatu tahap tapi terpaksa hadap sebab orang kata dah bukan rezeki.

Iya yang dah berkerja tapi masih dalam tahap minimum wage  lagi sangat perlu. Barang punya harga sekarang kau ingat murah?  Kalau harga gula pun dah 2.95 kau bayangkan lah barangan lain. Mereka ini setiap hari fikir tanpa pernah leka yang duit itu bukan privilege yang mereka punya. Jadi konon dengan harapan mampulah duit tuh meringankan apa yang patut tapi haram dapatnya. Ini baru yang masih bujang belum cerita yang dah berkahwin serabut dok fikir mana nak dapat duit beli barang dapur, susu anak, maintainance kereta motor, dan yang seangkatan. Kalau masalah ini datang setahun sekali alangkah hidup ini indah belaka tapi apakan daya ia dah jadi monthly subscription tanpa henti dan tanpa penat yang cukup bulan datang.

Iya yang kononnya yang masih mampu buat kita tidur malam dengan lena adalah bayangan RM400 yang tidak kunjung tiba. Bagi seseorang amaun dia tak signifikan langsung tapi bagi yang baru nak mula hidup, yang betul-betul terdesak, dan yang betul perlu buat nak tambah-tambah yang mana kurang. Kalau ikut syarat teknikal sudah memang sah layak tapi sebab teknikal juga kecundang. Selepas berbulan-bulan menanti akhirnya dikecewakan dengan harapan yang tinggi menggunung. Bukan nak marah tapi rasa seperti ditipu tapi apakan daya kalau orang tak nak beri kita tak boleh nak paksa jadi harus terima dengan setabah mungkin.

Makanan untuk Otak Where stories live. Discover now