Iya kalau nak ikut statistik memang banyak dah nyawa terkorban diatas jalan raya bukan nak kata hanya lokal tapi ini masalah dunia dan antarabangsa. Kenapa ramai yang lebih rela mati di jalanan? Sebab semua bila dapat pegang je stereng bulat tuh dia dengan semula jadi bertukar into becoming an F1 Driver.
Kenapa aku kata begini? Okay kita tengok ya, benda pertama sekali dan yang paling mudah signal! Binatang apa tuh? Tak ramai yang tahu guna even sometimes seasoned driver pun yang dah 10 tahun rosak signal dia tak pernah-pernah nak repair. Dia peduli apa yang penting tak langgar sesiapa dan apa-apa dia tak tahu bertapa banyak yang dah maki hamun dia dalam diam. Yang guna tuh baguslah tapi yang guna seperti melepaskan batuk ditangga kadang-kadang seperi nak angkat saja jari tengah dan bagi kaki kiri. Dah nama pun lampu isyarat makna kau beri isyarat nak bertukar lorong dan dengan sopan lah bila tengok kenderaan belakang seperti beri laluan baru kau menyusul masuk. Bukan bagi signal terus buat 360 darjah punya turn. Kau ingat kereta belakang or tepi kau ni apa? Tunggul?
Jadi yang seterusnya pula apa? Ia sudah tentu sifat biadap yang jenis nak potong queue. Yer bukan Cina jer aku cakap semua pon sama baik Melayu, India dan lain-lain. Kami tahu kadang-kadang kau bangun lewat dan nak cepat pergi kerja ataupun kau sakit perut sangat-sangat tapi kami pun ada sebab sendiri kenapa kami nak cepat kau ingat kau jer yang sibuk mencari hala tujuan kau? When you cut queue ingat lah 100 kereta yang kau pintas tuh sedang mencelakakan kau. Memang betul jadi beringatlah kalau tak nak hidup kau penuh dengan celaka.
Now seterusnya adalah nak kata pasal motorcycle driver. Kadang-kadang faham nak elak lubang jadi korang semua tunggang lah ditengah-tengah lane. Tapi kalau dah tak reti-reti nak ketepi kau tunggu apa? Bulan jatuh ker riba? Road tax kau bayar berapa yang kau nak tamakkan jalan tu seorang? Kami kadang-kadang yang risau, iyalah dilanggar melayang dan melanggar pun sama melayang jadi bertimbang rasalah kepada pengguna lain. Kalau nampak jalan dah clear beri lah laluan kepada kenderaan lain.
Iya belum habis dan banyak lagi yang perlu diperkatakan. Seterusnya pula nak kata mengenai langgar lampu isyarat. Kau dah tahu merah tanda berhenti dan kuning bersedia untuk berhenti tapi kau rempuh seperti kerbau yang sedang amuk kenapa? Yang lain walau dah hijau tak berani nak jalan sebab dah korang tekan minyak sampai nak patah pedal rasanya. Tak perlu kejar kalau dah lambat biarlah lambat terus dari lambat yang takkan sampai-sampai.
Now to talk about the level of ignorant pada yang pandu melawan arah. Tak usah kata tahap kebodohan kerana apa saja alasan dia memang tiada suatu yang dapat menjustifikasikan perbuatan itu sebagai wajar. STUPID!
Kalau nak terus perhati perangai buas ini kau cuba pandu kenderaan kau dari pagi hingga malam dan lihatlah wild animal at its best. Salamat memandu dan ingatlah orang tersayang.