NOTE: (y/n) = nama korang
~
Kau merenung sekumpulan pelajar perempuan yang sedang mengerumuni seseorang yang sedang lincah menari di kafe iaitu tak lain tak bukan, Kim Taehyung, seorang pelajar lelaki yang cukup dikenali dengan gelaran pelajar paling hot di sekolah kau yang merupakan sekolah music. Kau dan Jungkook bersekolah di SOPA, Seoul iaitu School of Performing Arts.
"Oit, (y/n). Kau usha sape siot?"
Hampir nak tercampak pinggan yang di pegangan kau dek disergah oleh Jungkook aka kawan baik kau @ crush kau.
"Jungkook, boleh tak jangan terperanjatkan aku macam tadi? Buatnya tercampak pinggan ni siapa nak ganti?! Ish, kau ni." Hambur kau terhadap Jungkook yang sudah tersengih tersebut.
"Mian. Takdelah, dari tadi aku tengok kau cam usha something kot. Tu yang aku sergah kau tu. Babe, aku dah habis basuh pinggan kot.." Ujar Jungkook lalu dia bercekak pinggang sambil memandang kau.
Kau membuat face palm.
"Sorry.. Aku keringkan sekarang."
"Takyah. Biar aku buat. Tadi pun hampir nak pecah pinggan dibuatnya kau. Dah, kau gi la keluar sana, beli makanan. Biar aku habiskan semua ni."
Kau rasa terharu dengan kata-kata Jungkook.
"Jungkook-ah, serius la. Takpe ke?" Soal kau.
Jungkook mengangguk lalu dia terus membuka apron milik kau dan menolak kau keluar dari dapur kafe.
"Kka! Pergi makan! Hari ni makanan fav kau ada!"
Kau tersenyum gembira. Kau bersyukur sebab dapat kawan baik macam Jungkook. Kau juga sangat bersyukur kerana orang yang kau suka tersebut ialah Jungkook.
Jungkook sangat mengambil berat perihal kau dan membuatkan kau makin jatuh cinta dengan dia.
"Jungkook.." Kau mengintai Jungkook melalui tingkap.
Jungkook memandang kau.
"Lah, apa lagi? Pergi la kafe ngok. Nanti makanan fav kau habis baru kau tahu."
Kau mencebik. "Gumawo. jangan lupa cakap kat Choko aku cau dulu tau. Mmm, saranghae Jungkook." Ucap kau lalu kau membuat butterfly love menggunakan jari kau.
"Simpan saranghae engkau untuk orang yang betul. Kau ni senang sangat la ucap saranghae, aku pulak yang risau. Okay nanti aku bagitahu Choko." Kata Jungkook.
Kau mencebik. "Alaaa betul la. Aku sayang kau, Jungkook. Weh, nak aku beli pape tak untuk kau?"
"Mmm, takyah la. Lagipun aku makan free kahkahkah."
Kau mencebirkan bibir kau lalu kau mengambil kain lap pinggan lantas kau baling kat Jungkook.
"Ei, siyel la, (y/n) !!"
Kau ketawa mengekek lalu kau berlari ke arah kafe sekolah.
Usai kau tiba di kafe sekolah, kau terus berjalan ke arah counter makanan. Bibir kau mengulum senyuman gembira kerana makanan fav kau ada! Terbaik ah Jungkook!
Kadang-kadang kau pelik jugak dari mana Jungkook tahu menu yang akan disajikan. Walhal pihak kafe gemar menukar menu sesuka hati acik dia je.
"Choko kot bagitahu? Ah, lantak ah! Yang penting sekarang makanan feveret aku adaaa!!" Sorak kau lantas kau terus mencapai tray makanan dan mengambil makanan fav kau dengan banyak.
"Amboi, (y/n).. Banyaknya kamu amik ayam, tak breakfast ke pagi tadi?" Soal ahjumma kafe kepada kau.
Kau tersengih.
YOU ARE READING
[ ✔ ] ❝ CRUSH Vol.2 ❞ vkook.
Fanfiction+ Jungkook, rakan baik kau dan kau sukakan dia. Taehyung, seorang pendengar setia dan kau selesa berada di sampingnya. Jadi, apa pilihan kau? ©kentangfab 2017 #918 in Fanfiction [170728] #555 in Fanfiction [170807] #396 in Fanfiction [170808] #160...