Kau langsung menoleh ke tempat lain tika guru kelas kau masuk ke kelas sambil ditemani oleh seseorang. Rata-rata budak kelas kau sudah bersorak gembira tetapi kau sebaliknya.
"Weiiii, Jungkookkkkkk! Bapak aaaa aku rindu siaa dengan koooo!!"
"Jungkookkkkk, you're backkkk!!"
"Jungkook, rindu sia dengan kau!!!!!"
Jungkook hanya tersenyum kecil lalu matanya memandang ke arah kau. Kau perasan tetapi kau hanya membuat bodoh.
"Jungkook, kamu boleh duduk kat tempat kamu. Memang meja kosong sebelah (y/n) khas untuk kamu."
Pantas kau menunduk sambil menggenggam erat tepi kerusi tika Jungkook menghampiri mejanya yakni disebelah kau. Saat Jungkook melabuhkan punggung disebelah kau dia sempat menyentuh tangan kau tetapi pantas kau menepis lalu kau langsung menyilangkan tangan kau di dada sambil memandang ke depan kelas. Jungkook mengeluh tetapi dia tersenyum nipis sambil memandang sisi wajah kau yang sengaja kau buat-buat serius walhal dalam hati, hanya tuhan saja yang tahu betapa gemuruhnya kau.
"Kau marah sebab aku kembali?"
Kau tidak membalas soalan Jungkook.
"Woi, aku cakap dengan kau ni."
Senyap.
"(y/n)....."
Masih senyap.
"Kau ni betul-betul buat aku geram.."
Pantas Jungkook menarik belakang leher kau dan membuatkan kau langsung memandangnya dan tanpa sempat berbuat apa-apa, Jungkook langsung mencium kau. Mata kau membulat besar, pantas kau menolak Jungkook dengan kasar sehingga Jungkook terjatuh dari kerusi. (Eh, lupo nak khabor, ni diorang dua duduk paling belakang au. So takde orang perasan.)
"Amende siaa korang dua ni?" Soal Gyujin kepada kau dan Jungkook. Pantas kau berdiri dan memandang Jungkook dengan tidak puas hati.
"Jeon Jungkook, (y/n)."
"Nae, saem." Jawab Jungkook tetapi kau tidak menjawab sebaliknya kau memandang Jungkook yang sedang berdiri tersebut.
Jungkook tersengih, "takde apa, saem. Alaa biasalah bila dah lama tak jumpa member ya sakat lah. en (y/n) en?" Jungkook mengenyitkan mata dekat kau tetapi kau membalas dengan jelingan.
"Apapun alasan kamu, kamu dah buat kelas saya terganggu. (y/n), Jeon Jungkook. Sila pergi ke bilik tahanan sekarang!" Arah Cikgu Ok.
Kau berdua akur lalu laju kau melangkah keluar kelas sambil Jungkook mengejar langkah kau.
----
"(y/n).... Tunggu..!"
Kau berhenti daripada berjalan sambil kau mengepal buku lima kau.
"(y/n)..."
"Apa lagi, Jeon Jungkook?"
"Aku nak kau."
Kau memejamkan mata kau lalu kau langsung kembali mengatur langkah, meninggalkan Jungkook.
"Aku takkan putus asa, (y/n)..! Takkan!"
---
Kau tercengang manakala manusia yang berada di dalam kelas tahanan juga turut tercengang melihat figura kau.
"Taehyung..."
"Ah, (y/n).. Annyeong..?"
Kau kehilangan kata.
"Kenapa tercegat kat situ? Masuk lah. Don't worry masa aku dah nak habis dah. So, this detention class become yours." Katanya kepada kau.
"Kenapa?"
YOU ARE READING
[ ✔ ] ❝ CRUSH Vol.2 ❞ vkook.
Fanfiction+ Jungkook, rakan baik kau dan kau sukakan dia. Taehyung, seorang pendengar setia dan kau selesa berada di sampingnya. Jadi, apa pilihan kau? ©kentangfab 2017 #918 in Fanfiction [170728] #555 in Fanfiction [170807] #396 in Fanfiction [170808] #160...