Kau menopang dagu dan membuang pandangan kau keluar tingkap kelas. Mood kau sudah lama melayang entah ke mana. Sudah banyak kali juga Jungkook cuba bercakap dengan kau tetapi akhirnya dia sendiri kematian kata. Choko? Huh, dia sedikit pun tidak menegur kau. Kau terasa hati juga dengan sikap Choko yang satu ini; bila kau dilanda kemurungan ataupun takde mood, dia langsung tidak menegur kau.
Tanpa dipinta, bayangan Got7 mula menerpa fikiran kau. Kau merasakan mata kau panas. Kau sangat rindukan mereka. Ketiadaan mereka betul-betul memberi impak kepada diri kau. Kau dan Got7 tidak pernah berenggang tika Jungkook mahupun Choko tiada bersama kau.
Hmm, apalah yang mereka lakukan sekarang ini? Adakah mereka merindui dia seperti mana dia merindui mereka?
"(y/n) !"
Kau tersentak lantas kau mengesat mata kau secara sorok-sorok lalu kau menoleh ke depan kelas. Kelihatan ketua kelas kau sedang berdiri di depan kelas sambil memegang sehelai kertas putih.
"Nae?"
"Kau tak perform lagi kan bulan ni?" Soalnya secara tiba-tiba dan membuatkan dahi kau berkerut hebat.
"Hah? Perform apani?" Soal kau dengan muka sedungu mr.bean.
Ketua kelas kau iaitu Lee Byunghun aka L.joe menggelengkan kepalanya.
"Yah, kau dah lupa ke yang esok hari rabu? Kan setiap hari rabu dalam satu hari tu kena perform kat foyer dewan untuk markah koko kalau tak markah koko kita kena tolak. Last week, Mina and the gang dah perform so ikutkan name list, esok giliran kau. Kau nyanyuk ke apa? Adui, parah betul kau ni lepas kena tinggal geng Got7 ish ish ish." Bebel L.joe lalu kembali menilik kertas yang dipegangannya itu.
Kau menepuk dahi. Damnnn macam mana kau terlupa yang esok adalah hari rabu?!
"Er, esok giliran aku?" Kau sendiri tak sure sama ada itu satu soalan atau pertanyaan. Kau confused.
"Nae, esok giliran kau. Oh, ya kau dah prepare belum? Hmm, kalau nak senang kau cari ah partner tapi tu ah markah koko kau tak full la. So how?" Soal L.joe sambil memandang kau yang sudah pun kejung tahap ais itu.
"Er, (y/n)?"
"A-aku.. Tak prepare pape pun...."
---
Kau mencarut dalam hati sebab kau tak prepare pape pun untuk esok! Kau memandang kiri dan kanan kau. Kau mengetap bibir kau dan menghentak kaki kau dalam irama cemas.
Kau buntu. Kau taktahu nak luah kat siapa apa yang kau tengah rasa sekarang ni, serabut! Ya, kau sangat serabut tahap babun SEBAB ESOK GILIRAN KAU PERFORM KAT TENGAH ORANG RAMAI!
Kau terdengar satu suara yang amat kau kenali lalu perlahan kau menoleh sebelah kiri kau. Kelihatan Jungkook dan Choko baru sahaja memasuki ke dalam kelas bergelak ketawa. Kau memutarkan bola mata kau dengan menyampah.
Jangan harap kau nak mintak tolong Jungkook sebab tadi Jungkook ada masa L.joe bagitahu pasal kau perlu perform esok. Bukan kau taktahu yang Jungkook sememangnya mengetahui satu fakta diri kau iaitu kau mempunyai panic attack dan sesungguhnya tindakan Jungkook yang hanya menghiraukan kau adalah tersangatlah bodoh dan bangang abadi. Mohon meninggal dengan segera!
Ppabo, Jungkook. Ppabooo!!!!!!
Kau memejamkan mata kau lalu kau menyerabutkan rambut kau dengan geram. Kemudian spontan kau menoleh keluar kelas dan kau ternampak....
Jimin...
Kau tersenyum penuh makna. Kata-kata L.joe tadi menerpa ruangan minda kau.
"Nae, esok giliran kau. Oh, ya kau dah prepare belum? Hmm, kalau nak senang kau cari ah partner tapi tu ah markah koko kau tak full la. So how?"
----
"Jiminie~"
Jimin tersentak lalu dia menoleh ke belakang. Rupanya yang tadi seperti nak bunuh semua family kau dengan kejam terus bertukar menjadi jinak seperti arnab dapat lobak merah dalam masa 3 saat. Fuh, power..
"Eo, (y/n).. Kenapa panggil Jimin?"
Hati kau bagaikan ditikam dengan pedang pakcik goblin sebab Jimin merujuk dirinya dengan kata nama diri ketiga!! Oh, innocent nya !!! Huhuhu
Kau tersenyum kekok. "Um... Aaa..."
Kening Jimin terangkat sebelah.
"Hey, kenapa ni?"
Aku menggigit bibir. Untuk pertama kalinya dalam hidup kau, kau buang perasaan malu kau dan memandang tepat ke dalam anak mata Jimin.
"I need your help..!"
🌸🌸🌸
I told you ff ni jalan cite dia slow..! Omg pls jangan boring :(
YOU ARE READING
[ ✔ ] ❝ CRUSH Vol.2 ❞ vkook.
Fanfiction+ Jungkook, rakan baik kau dan kau sukakan dia. Taehyung, seorang pendengar setia dan kau selesa berada di sampingnya. Jadi, apa pilihan kau? ©kentangfab 2017 #918 in Fanfiction [170728] #555 in Fanfiction [170807] #396 in Fanfiction [170808] #160...