[ 20 ]

498 71 11
                                    

"Hey, kau tahu semalam Got7 hubungi aku?"

Kau memandang Jungkook yang sibuk melukis di meja kelas tahanan itu. Sejak bila dia mendapat pen juga kau tidak pasti yang kau tahu dia sudahpun melakukan vandalisme di meja itu.

"Mana aku nak tahu kalau kita tak borak pun semalam." Kata kau lalu menopang dagu sambil memandang Jungkook yang sedang leka membuat mural di meja itu. Tidak perlulah rasa gentar kerana cikgu tidak pernah memeriksa kelas tahanan ini jadi pelajar yang ditahan akan melakukan apa saja mereka inginkan.

"Hey, kau sedar tak kau sedang melakukan sesuatu yang dipanggil vandalisme?" Sindir kau kepadanya dan Jungkook terhenti dari menconteng meja tersebut lalu memandang kau. Dia juga menopang dagu. Untuk sekian kalinya, jantung kau berdebar maha hebat.

"Aku tahu dan siapa kisah?" Katanya lalu dia kembali menyambung aktivitinya yang tergendala tadi.

"Mereka rindukan kau." Sambung Jungkook lalu dia berhenti dari menulis lalu dia menconteng kembali apa yang ditulisnya tadi(macam memadam la). Kau hanya memerhatikan tingkah laku Jungkook itu dengan senyap.

"Aku pun... Rindukan mereka." Balas kau lalu kau menunduk; bermain dengan jari kau.

"Kalau rindu kenapa kau tak cuba contact mereka?"

Kau menggaru kepala kau yang tidak gatal itu. Sebenarnya kau ingin sekali nak contact mereka tetapi apakan daya telefon kau sudah dirampas oleh eomma kau. Salah kau hanya satu, kau terlalu leka bermain dengan games di telefon kau dan adik kau yang sedia mengada-ngada itu melaporkan kepada eomma kau.

"Aa, um.. Telefon aku kena rampas dengan eomma aku sebab tu aku tak dapat nak contact mereka." Jujur kau kepada Jungkook.

"Apa?" Soal Jungkook dengan wajah yang jelas ingin ketawa itu sambil memandang kau manakala engkau pula menggigit bibir dengan malu.

"Tapi kenapa?"

Kau mengeluh. "Aku cuma terleka bermain games di telefon aku dan kau tahu-tahu sajalah adik aku tu macam mana, kan? Dia lapor kat eomma aku. Hmm, begitulah kisahnya." Luah kau lalu kaki kau menguis lantai.

"Nak aku tolong?"

Pantas kau memandang Jungkook dengan pandangan terkejut.

"Takpe ke?"

"Of course takpe sebab kau kan kawan baik aku dan lagi satu eomma kau kan kenal aku jadi tiada masalah untuk aku tolong kau. Hey, trust me!" kata Jungkook sambil mengusutkan rambut aku.

"Yah, jangan! Nanti rosak pula rambut aku ni! Susah tahu aku nak ikat kemas macam ni!" Rengek kau lalu kau menepis tangan Jungkook dengan lembut.

"Aku rindu kau tahu?"

Kata-kata Jungkook yang tiba-tiba itu mengejutkan kau. Hati kau bagaikan disentuh manakala jantung kau berdegup kencang sekencang atlet sekolah kau berlari ah senang cerita lebih kencang daripada Usain Bolt.

"Nae?"

"Aku rindu kau sangat-sangat, (y/n)."

Kau ingin pengsan. Oh tolonglah hati! Mohon kental! Jangan tewas dengan kata-kata seorang Jeon Jungkook ini.

"Jangan begini Jungkook, kau sudah ada Choko." Tegah kau lalu mengalihkan pandangan kau dari memandang Jungkook.

"A-aku tahu tu tapi... sekarang aku sedar yang aku seperti mengabaikan kau, (y/n). Aku juga menengking kau di depan pelajar lain. Bukan itu saja, aku juga menjadi emotional tanpa aku sedar dan aku menyakiti kau.... Maafkan aku, (y/n). Aku tidak menjaga kau dengan baik..." Luah Jungkook dengan penuh kesal sambil dia merenung meja dengan pandangan sayu.

[ ✔ ] ❝ CRUSH Vol.2 ❞ vkook.Where stories live. Discover now