Bab 9

142 8 4
                                    


" Kau asal dari tadi dengan phone je ? " soal Andrew geram melihat Airil yang seperti sengaja mengendahkan mereka.

" Ha inilah aku nak cerita. Meh dekat sikit " kata Airil dengan senyuman yang menakutkan seperti ada agenda tersembunyi.

Ahli BWeird mendekatkan muka mereka ke arah ketua mereka itu untuk mendengar cerita Airil dengan lebih jelas dan teliti.

" ...... " Airil menceritakan dengan panjang lebar bersama nada suara yang sengaja diperlahankan kerana tidak mahu Freakquin$ terdengar ceritanya.

" Hah ?! " jeritan Damien hampir didengari oleh Aifa di meja sebelah sana.

" Shhhhh " ahli BWeird beramai-ramai menekup mulut Damien. Airil menampar bahu Damien cukup kuat untuk membuatkan Damien mengaduh kesakitan dan menggosok bahunya, tempat yang ditampar oleh Airil tadi.

Setelah hampir 5 minit bercerita panjang...

" Ha macam itu laa ceritanya " kata Airil menutup ceritanya yang sangat panjang itu. Ahli BWeird mengangguk dan mulut dibentukkan menjadi bentuk 'o'.

Aniq dan Airil berpusing ke belakang manakala Damien dan Andrew memusingkan sedikit kepala mereka ke arah meja yang Freakquin$ duduk sebentar tadi setelah terdengar bunyi bising kerusi ditolak dan ditarik. Kedengaran seperti ada beberapa orang baru duduk.

" Eh mana dia orang ? "soal Aniq kalut mencari Aifa dan rakan-rakan baiknya. Haih, Aifa jugak yang dicari dulu.

FreakQuin$ hilang!

Meja yang diduduki Freakquin$ tadi kini diisi pelancong asing yang kelihatan seperti dari negara Syria.

Flashback

" Korang " gamit Raisya menyedarkan ahli Freakquin$ dari terus-menerus leka bermain dengan IPhone masing-masing

Aifa, Difa dan Aulia memandang Raisya seperti memberi isyarat untuk meneruskan percakapannya.

" I datang sini untuk tenangkan fikiran, ini makin serabut aje I rasa " luah Raisya kemudian menunduk dan menyembunyikan mukanya di sebalik rambut ikal panjangnya.

Aulia, Difa dan Aifa berpusing untuk melihat apa yang sedang BWeird lakukan. Mereka mendapati BWeird sedang khusyuk mendengar cerita daripada Airil.

" Girls, jom blah " kata Aulia kepada Aifa dan Difa dengan gerak mulut.

" Icha jom " bisik Difa perlahan di tepi telinga Raisya lalu menjuihkan bibirnya ke arah BWeird yang nyata tidak sedar dengan rancangan mereka apabila Raisya menunjukkan wajahnya.

Raisya faham dan terus menghadiahkan sebuah senyuman lebar kepada rakan baiknya. Mereka bangun perlahan dan berlari anak ke tepi kedai Siti Sarah yang terletak di seberang jalan, bertentang dengan kedai Mr.Kebab.

Aulia menggunakan perkhidmatan uber di IPhonenya dan menghantar pesanan untuk kereta XL.

Tidak sampai tiga minit menunggu dengan cemas, sebuah kereta berjenama Kia berhenti di hadapan mereka.

Setelah memastikan itu adalah kereta yang betul, mereka berkeputusan untuk ke Gyeongju Yangdong Village [UNESCO World Heritage], sebuah perkampungan bersejarah yang terletak di Gyeongsangbuk-do kira-kira 3jam dari Itaewon jika menaiki kereta.

Mereka sangat teringin untuk mencuba Hanbok iaitu pakaian tradisional kaum wanita Korea Selatan. Jika mereka pergi ke kampung tersebut, mereka dapat mencuba Hanbok secara percuma sahaja.

End Flashback

" Guys, buka Insta Freakquin now ! " arah Andrew sambil menelek IPhonenya dengan bibirnya diketap rapat.

FreakQuin$ - Life ! {C}Where stories live. Discover now