+🍫SORRY

1.3K 169 8
                                    

Pagi itu, Taehyung tiba awal di kampusnya. Rasa bersalah dalam hatinya tidak terbendung lagi.

Semalaman dia tidak dapat tidur memikirkan peristiwa itu. Peristiwa yang menjatuhkan maruah seseorang. Peristiwa yang membuatnya rasa bersalah dan peristiwa pembalasan dendam yang membawa suatu rasa yang aneh!

PANG!

Taehyung memegang pipinya yang perit akibat serangan tamparan mendadak daripada....

"Nayeon!"

"Apanya?! Kau nak soal lagi kenapa aku tampar kau?"

"Tak! Aku cuma nak tanya mana Miss Jihyo? Aku nak..."

"Sakitkan dia lagi?"

"Bukan! Aku nak mintak maaflah! Aku tak berniat nak buat macam tu!"

"Tak berniat? Kebodohan apa yang kau nak tunjukkan? Kau dan dua ekor lagi tu kan memang samseng kat kampus ni! Korang  bajet bapak korang semua kaya.. kampus ni kau punya ke? Kau ni memang laaaa!!" Nayeon menghelakan nafas lega.

"Nayeon! Aku tak kisah kalau kau nak marah aku. Hatta, nak malukan alu depan orang ramai. Tapi tolonglah aku nak jumpa Miss Jihyo!"

"Kau tak layak untuk tu..."

🌼🌼🌼

Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I’ll give my all to you
You’re my end and my beginning
Even when I lose I’m winning
'Cause I give you all, all of me
And you give me all, all of you..

Kim Taehyung menghayati lagu yang disampaikan oleh gadis di atas pentas itu dari sudut meja yang paling jauh.

Merdu suaranya, ingin benar dia mengetahui identiti si penyanyi yang berlindung disebalik topeng mulut dan cap itu.

Setelah gadis itu selesai bernyanyi, dia terus menyimpan gitarnya lalu beredar. Sebelum itu sempat lagi dia bercakap sesuatu bersama seorang ahjushi di kaunter.

"Siapa dia ni sebenarnya?" Bisik Taehyung sendiri.

Taehyung pun memberanikan diri ke arah ahjushi di kaunter tadi setelah gadis itu hilang dimuntah dari muka pintu.

"Ahjushi! Penyanyi tadi tu memang selalu menyanyi kat sini ke?" Soal Taehyung.

"Owh! Tu Mongji.. dia memang pernah bekerja kat sini sebagai penyanyi tapi selepas satu peristiwa terus dia pindah..", jelas ahjushi itu.

"Tapi.. sejak kebelakangan ni, kalau dia bosan dia datanglah sini ataupun bila hujung minggu..", sambungnya lagi.

"Ooo.. ahjushi ni pemilik Kafe Bazzybaze ni ke?", soalnya ingin tahu.

"Ya! Kafe ni sebenarnya hadiah dari Mongji dan.....anak saudara ahjushi.."

"Ooo.. I see. Jadi, mana anak saudara ahjushi sekarang?"

Ahjushi itu terdiam seribu kata dan menunduk. Seakan-seakan ada suatu perkara yang ingin dia sembunyikan.

"Ermmm.. sorry, ahjushi! Saya tak bermaksud nak sakitkan hati ahjushi."

Cik Lecturer + S J H | KTHWhere stories live. Discover now