×🍫CHOICE

763 101 9
                                    

Seperti yang dijanjikan , Min Woo menanti Jihyo di taman itu. Kelibat wanita itu belum kelihatan. Namun, matanya asyik memandang ke arah seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan enam tahun bermain dengan anak patungnya dan berlari-lari.

Tiba-tiba kakinya tersadung batu. Baru saja Min Woo ingin bangun membantu. Namun seorang wanita berambut panjang lebih pantas membantunya.

Walaupun tidak kedengaran , namun Min Woo tahu wanita itu sedang memujuk kanak-kanak tersebut agar tidak menangis. Hatinya terdetik mahu melihat wajah wanita disebalik rambut panjangnya.

"Oit!" Sapa seseorang dari belakang. Min Woo tersentak.

"Eh! Jihyo , dah sampai !" Ujar Min Woo.

"Ya! Jalan jammed tadi! Tadi awak termenung apa ? " , soal Jihyo ingin tahu.

"Takdelah.." , balas Min Woo ringkas. Matanya sempat menjeling ke arah kanak-kanak dan wanita tadi. Namun , kecewa mereka sudah tiada di situ.

"By the way , ada apa yang penting sangat sampai ajak jumpa ni ? Awak ada masalah ke ?" Soal Min Woo.

"Eh! Tak. Saya cuma nak spend time dengan awak...hehe" , balas Jihyo.

Min Woo makin hairan. Dulu Jihyo memberinya Red Velvet. Takkan Jihyo meminatinya kot? Ouh. Mustahil ! Aku tidak layak untuk fikir begitu! Detik hatinya.

"Min Woo ! Awak okey tak ni ?" Soal Jihyo. Tangannya melambai-lambai di hadapan wajah lelaki itu.

"Eh! Ermm.. saya okey! Cuma saya nak tanya awak sesuatu , boleh ?" Soal Min Woo teragak-agak.

"Apa dia ? Tanya jelah.." , pelawa Jihyo.

"Ermm.. saya nak tanya... awak ni..awak.." Min Woo tergagap.

"Saya ?"

"Ermm.. nantilah! Saya pergi beli air kejap erk ! Awak nak air apa?" Soal Min woo menukar topik. Dia sebenarnya sudah mula gemuruh.

"Okey! Ikut awaklah!" Balasnya ringkas.

Min Woo beredar. Jihyo hanya duduk di atas bangku itu sambil bermain dengan kakinya.

"Jihyo!" Sapa seseorang.

Jihyo menoleh. Disangka Min Woo. Rupa-rupanya...

"Taehyung! Buat apa dekat sini ?" Soal Jihyo.

"Saya nak jumpa awak sekejap!" Pinta Taehyung. Wajahnya tiada perasaan

"Owh! Okey.. apa dia ?"

"Saya nak tanya, apa yang perlu saya buat untuk meraih semula kepercayaan awak? Apa yang perlu saya lakukan untuk teruskan hubungan kita macam dulu ?" Soal Taehyung dengan suara mengeletar.

"Kenapa ni Taehyung ?"

"Takkan hanya sebab seorang lelaki awak dah buang saya jauh dari hidup awak Jihyo! Saya betul-betul cintakan awak.."

"Taehyung..."

"Saya rindu kenangan kita Jihyo. Kenangan bila mana awak ada dengan saya. Saya rindu bila awak panggil saya 'Taehnie'. Saya rindu bila awak marah saya sebab awak sayangkan saya. Saya rindu nak lihat awak tersenyum bila dengan saya!" Kata Taehyung mula beremosi. Air mata kelelakiannya mula jatuh.

Segalanya diluah ketika itu. Dia tak sanggup memendam apa-apa lagi rasa. Jujur dia katakan , terkilan benar apabila Jihyo berbuat endah tak endah dengannya sejak sehari-hari ini.

"Taehyung! Janganlah macam ni , orang nampaklah!" Balas Jihyo.

"Saya tak kisah! Sekarang satu je saya nak tanya awak..." , katanya sambil mendekati Jihyo selangkah.

Tangannya mengambil sesuatu dari poket jeansnya. Kotak berwarna biru gelap dibuka. Cincin ?! Hati Jihyo hampir terjerit.

"Song Jihyo , sudi tak awak..."

"Oh! Jadi ni lah budak mentah yang awak minat sangat tu erk ?" Ujar seseorang agak sinis.

Serentak itu Jihyo dan Taehyung memandang ke arah pemilik suara itu.

"Engkau siapa nak cakap aku budak mentah ?" Soal Taehyung dengan suara agak tinggi.

"Aku? Aku lelaki yang jauh lebih layak memiliki dia. Kau tu budak kecik buatlah cara budak kecik! Baik kau baliklah! Belajar cara urus diri! Tak payahlah buang masa mengedik nak bercinta!" Balas Kang Sung.

"Apa ni Kang Sung ?" Marah Jihyo. Dia mula membahang malu apabila beberapa orang awam memandang ke arah mereka.

"Jihyo! Jantan macam ni ke awak nak buat peneman hidup ? Orang yang dah musnahkan masa lalu awak! Orangnya suka bagi fakehope ! Sampai bila awak nak jadi gila huh ?"

"Taehyung! Cukuplah! Awak tak tahu masa lalu saya! Jadi, tak perlu awak nak ungkitkan apa-apa lagi!" Balas Jihyo marah. Dia paling benci jika ada yang cuba membangkitkan masa silamnya. Dia rasa sakit !

Taehyung dia sementara sebelum kembali berbicara.

"Sekarang saya nak awak pilih , saya atau dia ?" Soal Taehyung. Tangannya yang menggenggam kotak biru gelap tadi dihulurkan. Seandainya Jihyo mengambil bermakna Jihyo memilihnya.

"Jihyo , fikir bebetul apa yang terbaik!" Pesan Kang Sung. Sebenarnya dia agak takut dengan keputusan yang akan Jihyo berikan.

"Okey!" Balas Jihyo.

Dia mengambil kotak biru gelap dari tangan Taehyung. Taehyung tersenyum bahagia.

"Saya mintak maaf !" Ujar Jihyo lagi sebelum menutup kotak cincin itu lalu diletakkan semula di tangan Taehyung.

Jihyo tidak menunggu lama , dia terus menarik tangan Kang Sung pulang. Dia benar-benar berharap Taehyung memahami keputusannya.

"Jihyo...." , senafas dia menyebut nama wanita itu. Hatinya berkecai. Hancur sehancurnya.

Dia kecewa. Tak apalah ! Sekurang-kurangnya dia tahu ke mana dia akan membawa diri selepas ini.

🌼🌼🌼
Read and Vote
(12/6/17)

**gaiss! Apa dah jadinya ni?!😣Waoh!! Episod dah semakin ke kemuncak. Maybe satu atau dua episod lagi. Keep Going ! Korang still wujud ke ? Masih support cerita yang tah bila nak completed ni ?!**

Thanks a lot gais..😘

By the way , yang mana berniat nak follow eonnie tu , teruskanlah niat anda.
😋😋😋






Cik Lecturer + S J H | KTHWhere stories live. Discover now