Pang!
Taehyung yang tersentak menggosok pipinya. Dia menoleh ke arah si penampar. Nayeon?
"Asal kau tampar aku?" Soalnya tak puas hati.
"Apa yang kau dah buat?" Soal Nayeon.
"Apa yang aku dah buat?" Taehyung blur.
"Ni!" Tengking Nayeon sambil mempamerkan skrin Iphone nya.
"Asal kau buat status macam tu?"
"Sebab memang benda tu betul.." , balasnya selamba.
"Betul hotak kau! Kau tahu tak.. segalanya pasal kau dan eonnie semuanya aku tahu..", ujar Nayeon.
"Oh ya? Jadi kau tahulah yang pompuan materaliatik tu sengaja nak kikis harta aku hanya dengan cara goda aku?" Marah Taehyung.
"Kau!" Hampir saja dia mengangkat tangan sekali lagi. Namun, dia cuba bersabar!
"Kau sebenarnya tak faham pergorbanan dia..", nada suara Nayeon bertukar sebak.
"Pergorbanan?"
"Ya! Kau tahu betapa tekunnya dia berusaha memohon pada pihak atasan untuk pindah mengajar di kolej ni..", ujar Nayeon.
"...dia pernah ada kisah silam yang meruntuhkan kebahagiannya! Tapi, bila dia jumpa kau..aku dapat tengok dari matanya yang dia sayang kau lain daripada pelajar lain.." , sambungnya lagi hampir menangis.
"Kau silap kot! Dia sendiri yang mengaku yang dia memang bercinta dengan aku sebab duit..harta keluarga aku. Sumpah! Aku tak tipu..", Taehyung mengangkat tangan tanda bersumpah.
"Kau budak degree..tapi masih bodoh! Eh! Seorang yang materalistik takkan mengaku dia tu pengikis kecuali selepas dia angkut semua harta mangsa dia.." , ujar Nayeon.
"Sekarang aku nak tanya, ada ke dia rompak duit kau? Mintak dekat kau macam-macam barang mahal? Ada pernah? Ada ke dia mintak kau belanja dia makan? Akhir sekali..ada pernah dia tanya pasal rumah besar kau? Pernah dia jejak kaki dalam rumah mewah penuh gah tu? Weh.. Dia ikhlas dengan kau dan dia percayakan kau. Macam ni kau buat dekat dia?"
Taehyung tersentak.
"Apa kau rasa bila kau datang kolej dengan rasa semangat untuk mempertahankan sebuah mahligai cinta tetapi dihendik, dihina dengan pelbagai tomahan. Dengan status facebook!"
Taehyung menunduk rasa bersalah.
"Paling teruk, dia disimbah air basuh tandas? How dare you ,Taehyung?" Soal Nayeon. Kini dia benar mengalirkan air mata.
"Apa kau cakap ni? Bila aku buat tu semua? Selain status facebook tu, aku tak pernah rancang apa-apa agenda lain untuk balas dendam atau apa pun!" Ucap Taehyung.
Nayeon menjeling ke arah Taehyung. Tah ya tah tak mamat ni!
🌼🌼🌼
YOU ARE READING
Cik Lecturer + S J H | KTH
Fanfiction🍃Song jihyo ft. Kim taehyung🍃 ❛❛Miss Jihyo! Tahu tak beza miss dengan buku apa?❜❜ 👉👈 ❛❛Apa awak mengarut ni Taehyung?❜❜ 😒 ❛❛Bezanya, buku menambahkan ilmu saya tapi miss menambahkan rasa sayang saya kat miss! Chia..❜❜ 😆 ❛❛Owh..Taehyung! Tahu t...