Song Jihyo memandang Mr.Chu dengan perasan yang berbaur. Sedari tadi dia hanya terdiam kaku duduk di atas kerusi beroda itu.
"Seorang pensyarah muda di kampus yang terkenal di Busan telah bercinta dengan pelajarnya sendiri. Jadi, awak nak saya cakap apa dekat pihak atasan?" Soal Mr. Chu tegas.
"Saya dengan Taehyung tiada hubungan yang istimewa. Tak lebih dari sekadar teman rapat." Balas Jihyo. Ya! Dia hanya berkata hakikatnya sebenar dia sendiri tak tahu apa status hubungan mereka.
"Teman rapat?Apa awak dah buat, huh? Ini melibatkan imej saya, imej awak, maruah kita dan reputasi kampus ni!"
"Tapi benda ni kita boleh bincangkan? Kita masih ada cara untuk selesaikan ni semua." Ujar Jihyo cuba pertahankan diri.
"Tak! Awak hanya ada satu jalan sahaja." Tegas Mr.Chu.
Tangan ditongkat pada mejanya sambil mata merenung Jihyo.
"Kalian berpisah atau awak akan..."
🌼🌼🌼
"Akan apa?" Soal Nayeon.
"Kalau tak, eonnie akan dipindahkan ke kampus lain." Balas Jihyo agak kecewa.
"Apa pulak macam tu? Eh! Eonnie punyalah berusaha buat permohonan bagai nak rak untuk pindah ke kampus ni! Takkan senang-senang je pihak atasan nak hantar eonnie mengajar dekat kampus atau universiti lain? Lagipun, ada lagi ke kampus lain yang popular dekat Busan ni kecuali COC? Mana boleh macam tu!" Leter Nayeon tidak berpuas hati.
"Kalau eonnie tak mahu dipindahkan, maknanya hubungan eonnie dan Taehyung akan berakhirlah di sini..", sayu Jihyo membalas.
Dia mengangkat punggung beredar meninggalkan meja mendaki tangga ke biliknya.
Nayeon hanya memerhati kelakuan eonnienya tanpa bersuara.
Sungguh kesian dia melihat wanita yang agak berusia itu. Entah kapan lagi dia dapat menemui cinta yang sebenar.
🌼🌼🌼
"Min! Kook! Korang ada nampak Miss Jihyo tak?" Soal Taehyung.
Jimin dan Jungkook memandang sesama sendiri sebelum menjongketkan bahu tanda tidak tahu.
"Peliklah kau ni! Sepatutnya, kau lebih tahu pasal dia. Asal tanya kita orang?" Tanya Jimin.
"Hah! Betul tu betul.. kau ada buat salah ke?" Tambah Jungkook pula.
"Salah? Aku rasa tak adalah pulak.." , Taehyung menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Kali terakhir kau dengan Miss Jihyo, bila? Selepas atau sebelum prom night dua hari lepas ?" Soal Jimin ingin tahu.
"Malam masa prom night tu. Selepas saja buat persembahan, aku cuba..." , ayat Taehyung tergantung apabila otaknya mula mengingati peristiwa dua hari lepas yang mungkin ada kaitan dengan masalah dia sekarang.
"Geng! Sorry.. aku kena pergi. Aku blah dulu.. pape roger!"
🌼🌼🌼
Taehyung mengintai ke dalam pejabat. Apabila mendapati insan yang dicari berada di sana terus dia menerpa.
"Jihyo yahh! Lama rasanya tak jumpa awak!" Tegur Taehyung. Tersenggih.
"Taehyung! Awak buat apa dekat sini?" Soal Jihyo perlahan. Takut jika rakan-rakan sekerjanya yang lain dapat menangkap suara Taehyung.
"Saya cari awak. Jihyo.. kenapa awak tak contact saya dalam masa dua hari ni? Awak ada masalah ke? Macam mana dengan Mr.Chu? Dia ada soal apa-apa ke tentang kita?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya.
"Apa awak cakapkan ni? Awak baliklah dewan sana! Belajar! Buat apa datang sini? Tak pernah ke awak fikir pasal kerja saya?" Jihyo mula naik angin.
"Kerja? Apa ni semua? Saya tak fahamlah. Let's discuss." Pelawa Taehyung bersungguh.
"Dahlah! Saya pergi dulu. Ada hal. Lain kalilah kita jumpa." Balas Jihyo. Dia mengemas buku-bukunya di atas meja sebelum mengapai beg sandalnya untuk beredar.
"Kenapa dengan awak?" Soal Taehyung perlahan walhal Jihyo sudah hilang dari pandangan.
🌼🌼🌼
"Oppa! Kenapa termenung ni?" Soal Joy.
"Tak ada apa-apa!"
"Ermmm... oppa dah tahu ke pasal Mr.Chu dengan Jihyo?" Soal Joy sengaja ingin mencuri perhatian.
Taehyung menekan brek keretanya apabila nama Miss Jihyo dibawa.
"Pasal apa?"
"Lah! Satu kampus dah kecoh pasal pergaduhan Miss Jihyo dengan Mr.Chu."
"Oppa tak tahu apa-apa pun? Apa terjadi?" Soal Taehyung benar ingin tahu.
"Joy dengar dia orang sebenarnya dah kenal lama sebelum oppa kenal Miss Jihyo! Kenal bukan sebagai rakan sekerja atau sesama pensyarah tapi dia orang memang dah..." , Joy terhenti. Teragak-agak dia ingin bercerita.
"Dah apa? Teruskan saja boleh tak?" Taehyung tidak sabar lagi.
"Dia orang memang dah ada hubungan. Siap rancang nak berkahwin lagi. Tapi, sejak kebelakangan ni Mr.Chu nampak Miss Jihyo terlalu rapat dengan oppa! Jadi, dia keluarkan peraturan bahawa Miss Jihyo dan oppa tak boleh ada apa-apa hubungan kecuali hanya sebagai seorang pensyarah dan pelajar. No less no more!" Jelas Joy. Licik kau punya permainan. Aku pulak geram.
"Betul ke Joy?" Soal Taehyung.
"Yes! But part last their convercation.. I think that is to much!"
"Apa dia lagi?" Tanya Taehyung. Tidak sanggup lagi dia.
"Miss Jihyo ada sebab sendiri kenapa dia mendekati oppa dan benda tu Joy tak sanggup nak bagitahu. So, I think you must ask her with yourself.."
Taehyung menunduk. Tak sangka di dengan perangai sebenar Jihyo. Kenapa Jihyo tak jujur saja kepadanya tentang Mr.Chu? Tahulah Mr.Chu tu 'orang besar' dalam kampus ni. Tapi, Jihyo tak perlu buat aku macam tu!!! Jerit perih hatinya.
🌼🌼🌼
+TBC🌸
14/4/17
@KingOfLittleHeart
YOU ARE READING
Cik Lecturer + S J H | KTH
Fanfiction🍃Song jihyo ft. Kim taehyung🍃 ❛❛Miss Jihyo! Tahu tak beza miss dengan buku apa?❜❜ 👉👈 ❛❛Apa awak mengarut ni Taehyung?❜❜ 😒 ❛❛Bezanya, buku menambahkan ilmu saya tapi miss menambahkan rasa sayang saya kat miss! Chia..❜❜ 😆 ❛❛Owh..Taehyung! Tahu t...