×🍫LELAKI ITU

915 129 1
                                    


Taehyung pulang atas kehendak Nayeon. Taehyung hanya menurut kerana nampaknya Nayeon dan Jihyo ada masalah yang harus diselesaikan.

Tetapi, entah mengapa dia berasa hairan akan kehadiran lelaki yang tidak pernah kelihatan selama ini. Siapakah dia? Buat apa dia ke sini? Dan yang paling musykil..kenapa dia kelihatan begitu rapat dengan Jihyo?

"Beb! Kau asal termenung doh?" Soal Jungkook.

"Ha erm! Kau dah selesai lom masalah kau dengan Miss Jihyo?" Soal Jimin menyokong.

"Dah hampir selesai salah faham ni! Tapi an.. bila aku pergi je rumah dia, aku nampak dia dengan lelaki lain.."

"Lelaki lain? Dalam rumah ke atau luar rumah?" Jimin minta kepastian.

"Dalam rumah!"

"Mungkin dia punya saudara-mara." Jungkook beri pandangan.

"I don't think so..." , ujar Taehyung.

Jungkook dan Jimin saling berpandangan. Mereka turut tertanya-tanya siapakah lelaki itu!

🌼🌼🌼

"Tiga tahun menghilang! Awak muncul tiba-tiba dan katakan awak rindukan hubungan kita?" Soal Jihyo.

"Ya! Saya tahu ni semua salah saya! Saya menyesal. Hidup saya tak tenang tanpa awak. Tiga tahun hati saya rasa kosong dekat sana! Saya rindukan awak dan semua yang ada dekat sini. Awak masih marahkan saya?" Ujar Kang Sung. Dia berharap jawapan jujur.

"Marah saya dah terkubur. Yang tersisa cuma rasa benci. Saya macam orang gila bila awak pergi! Sekurang-kurangnya kalau awak nak lari pun, fikirlah sikit dekat orang yang sayangkan awak dekat sini! At least, jawab call Ahjushi Don Lee! Ni tak! Awak sanggup biarkan dia sedih sehari-hari tunggu awak. Orang lain pun sama risaukan awak! Pekerja-pekerja Bazzybaze, Nayeon dan..."

"Awak pun kan?" Potong Kang Sung.

Jihyo terdiam. Dia mengelap air matanya. Hidungnya merah akibat menangis. Dia beredar masuk ke bilik.

Nayeon mendekati lelaki itu dengan wajah geram.

"Asal kau balik?" Soal Nayeon selamba.

"Nayeon tak suka?" Soalan dibahas soalan.

"Apa kau nak sebenarnya? Tak cukup lagi ke kesengsaraan eonnie aku yang kau nak tambahakan lagi?"

"Kenapa Nayeon cakap macam tu?" Kang Sung agak kecewa apabila dilayan sebegitu.

"Dahlah ... hidup kitorang tenang tanpa kau kat sini..." , balas Nayeon dengan syahdu. Nadanya perlahan tidak lagi menengking.

🌼🌼🌼

Ting!

Jihyo mencapai Iphone-nya yang berbunyi tanda ada whatsaap baru masuk.

Taehyung
Hi! Sweetheart... I'm sorry❤

I'm really miss you, dear!

I almost dead because of this feeling :(

Song Jihyo tersenyum membaca mesej itu. Dia juga benar-benar merindui lelaki itu. Tetapi, hati dia benar-benar hancur bagai dihenyak bulldozer sekarang ni.

Dia tidak membalas apa-apa.

Ting!
Sekali lagi Iphone-nya berbunyi. Whatsapp dari orang yang sama.

Kalau awak setuju nak berbalik pada saya. Saya akan beli seribu satu kuntum bunga. Biar penuh rumah awak, nak?😟

Song Jihyo hampir ketawa. Dia tiba-tiba mempunyai akal untuk membalas mesej. Dia pun mula menaip sesuatu. Setelah selesai, dia terus menghantar. Dia tersenggih sebelum tidur. Dalam hati dia berbisik.

"Thanks Taehyung..you make my day😊"

🌼🌼🌼

Taehyung bergegas keluar dari tandas. Perutnya benar-benar memulas sebentar tadi menyebabkan dia terpaksa meninggalkan telefonnya di bilik.

Dia pantas mencapai telefonnya dan membuka sombol whatsapp.

"Jihyo reply!"

Ahjumma kyeopta

I will accept your sorry if you came to collage tomorrow as a girl student.

"Alamak!" Taehyung menepuk dahi.

🌼🌼🌼

Knock! Knock! Knock!

Puan Park membuka pintu. Pelik. Siapalah yang datang malam-malam buta begini.

Muka Kim Taehyung, anak tunggal jirannya Keluarga Kim tersembul di hadapan pintu rumah banglonya.

"Taehyung? Kenapa ni?" Soal Puan Park kehairanan.

"Ahjumma! Boleh jumpa Joy?" Balas Taehyung tergesa.

"Ada apa nak jumpa Soo Young? Anak teruna tak baik jumpa anak dara malam-malam!" Tegas Puan Park.

"Ada urgent ni ahjumma! Takpe! Ahjumma boleh perhatikan kami.."

"Baiklah! Kejap ahjumma panggilkan..." , ujarnya.

Puan Park pun beredar memasuki rumah tanpa menutup pintu.

Beberapa minit,Joy keluar dengan wajah mengantuk.

"Oppa? Buat apa sini?" Soalnya angin.

"Oppa nak mintak tolong! Please..." , pinta Taehyung.

Joy diam.

Taehyung menggongcang bahu gadis di hadapannya perlahan.

"Park Soo-Young! Sorry for everything! Help me juseyooo. Ini diantara hidup dan mati oppa...", rayu Taehyung bersungguh-sungguh.

🌼🌼🌼

+TBC🌸
7/5/17

***

Omaigussh!!

Adakah Park Soo-Young (joy) mahu tolong Taetae?

Tapi, TaeTae nak mintak tolong apa?

Dan...

Apa yang akan terjadi di COC esok?









Cik Lecturer + S J H | KTHWhere stories live. Discover now