Song Jihyo mengambil sekeping kad di atas meja pejabatnya. Dia tersenyum. Hehehe.. cantik kad ni!
"So cute..." , ucapnya.
"No need to say! Saya tahu saya cute.." , sapa satu suara di belakang. Song Jihyo menoleh. Kenal sangat dengan si pemilik suara itu!
Dia yang tadinya tersenyum memegang kad , terus berubah serius. Matanya memadang tepat pada Taehyung yang berada tiga meter jauh darinya.
"Awak nak apa? Bukan saya dah cakap ke yang saya...."
"Tapi, saya tak boleh!" Taehyung memotong.
"Kenapa?"
"Sebab saya dah mula sukakan miss.." Jihyo hampir tersenyum namun ditahan.
"Apa awak merepek?" Soal Jihyo dengan wajah bengis yang dibuat-buat.
"Miss! Izinkan saya panggil miss dengan panggilan Jihyo je.."
Jihyo mengangguk.
"Thanks! Jihyo.. saya benar-benar cintakan awak.." Ucap Taehyung mula serius.
"Buktinya..?" Soal Jihyo sambil berpeluk tubuh. Muka ditinggikan agar cermin matanya tidak jatuh.
"Kalau awak nak tahu, sejak kebelakangan ni saya makan tak habis, mandi tak basah dan tidur pun tak lena! Itu sebab saya selalu fikirkan awak.." Ujar Taehyung. Ya! Taehyung hanya menghafal ayat yang diberitahu Jungkook tempoh hari.
"Kejap! Maknanya awak nak salahkan saya? Padahal, awak yang makan membazir tak habis. Lepas tu, awak tak bayar bil air sebab tu takde air nak mandi..macam mana badan nak basah! Eh! Patutlah bau awak busuk. One more thing! awak tidur tak lena bukan salah saya tapi salah awak sebab buat assigment tak siap!!" Leter Jihyo.
Tiba-tiba, ketawanya terburai..
Taehyung turut sama..
Tiba-tiba, suasana kembali diam! Taehyung pun mendekati Jihyo dengan perlahan. Jihyo juga mula diam.
"Saya ikhlas menyukai awak! Saya tak pernah merasai perasaan aneh ni pada mana-mana perempuan. Berikan saya peluang, Song Jihyo!" Ucap Taehyung agak perlahan sambil memandang tepat pada mata bening gadis di hadapannya.
Dia yakin kali ini, dia buat pilihan yang benar.
Jihyo terkaku, dia menunduk. Ini kali kedua dia terpaku dan berasa berdebar-debar apabila berhadapan dengan lelaki.
Jihyo mendongak perlahan-lahan apabila tangannya mula rasa sejuk dipegang oleh Taehyung di hadapannya.
"Saya setuju..", helanya.
Taehyung mengangkat tangan gadis itu dan dicium seketika! Berair matanya kerana amat teruja dengan persetujuan itu.
"Yeah!" Jerit Taehyung.
YOU ARE READING
Cik Lecturer + S J H | KTH
Fanfiction🍃Song jihyo ft. Kim taehyung🍃 ❛❛Miss Jihyo! Tahu tak beza miss dengan buku apa?❜❜ 👉👈 ❛❛Apa awak mengarut ni Taehyung?❜❜ 😒 ❛❛Bezanya, buku menambahkan ilmu saya tapi miss menambahkan rasa sayang saya kat miss! Chia..❜❜ 😆 ❛❛Owh..Taehyung! Tahu t...