BAB 3+

16 3 0
                                    


Mia Qaisyurah POV

Mana boleh papa buat macam tu. Aku baru 18 tahun. Macam mana kalau orang yang papa pilih tu bukan orang baik-baik? Kenapa lelaki tu bersetuju nak berkahwin dengan aku? Kalau aku akan dikahwinkan selepas SPM, maksudnya lagi 4 minggu ?!

Patut aku lari dari rumah ke?

Tapi aku takda duit. Macam mana nak hidup pulak nanti.

"Huh." Aku merengus geram. Dalam banyak banyak orang kenapa aku yang kena kahwin?!

Senang je. Aku tolakkan je lamaran tu. Kata aku masih muda. Senang je kan?

Aku tersenyum kelegaan. Senang je. Well . I hope its was that easy . Aku pantas berlari pulang ke rumah Tok Ma. Aku harap diorang belum balik lagi.

"GEDEBUK!!!"

"Aduh!" jeritku apabila aku melanggar dinding. Cuma dinding tu ada tangan merangkul aku daripada jatuh terduduk ke bawah. Aku mengosok kepalaku yang terasa sakit.

Wait a minute ! Dinding mana ada tangan. Mataku terbuntang luas apabila melihat lelaki di hadapanku. Secara automatik, tangan aku menolak jatuh lelaki itu.

"Pervert! Byuntae ! Gatal ! Tak malu pegang anak dara orang ! Lelaki tak guna! " jeritku selang seli dengan tumbukan padu. Lelaki itu cuba menahan tangan aku daripada terusan memukulnya namun gagal.

"Weh , kejap ! Kejap ! Sakitlah ! " ngadu lelaki itu dengan kuat.

"Memang patut pun kau rasa sakit. Gatal! " marahku lagi.

"Lelaki tak guna berani kau pegang aku ! " jerit ku bertambah kuat .

"Mia ! " jerit wanita separuh abad dari beranda. Perbuatan aku terhenti. Aku memandang ke arah beranda. Kelihatan semua orang sedang memandang ke arah aku bersilih ganti dengan lelaki gatal tu.

"Syed Adhan! " panggil wanita itu lagi. Aku menjerling lelaki gatal tu. Kelihatan bibirnya bengkak sedikit. Lelaki itu tersenyum ke arahku.

Syed Adhan? Orang yang kena kahwin dengan aku?!

Aku memandang dia kembali. Terkejut . Dia sudah bangun dan pergi meninggalkan aku sendiri di tengah laman tu.

What happen right now?!

Mereka nak terus kahwinkan aku ke macam mana ?! Apakah hidup aku sampai disini ke?

***

Syed Adhan POV

"Ma, slow lah sikit. Sakitlah !" ngadu ku. Bibirku terasa berdenyut-denyut. Garang juga bakal isteri aku . Sampai lebam bibir aku ditumbuknya. Aku tersenyum sumbing. Bakal isteri comel macam tu. Aku menjerling sekilas ke arah budak yang akan menjadi bakal isteri aku tu.

Nampak macam tak senang duduk. Matanya tekun memerhatikan aku. Sekejap-kejap menarik muncung panjang. Alahai comelnya. Nak aja aku tarik muncung dia yang comel tu.

Nampaknya aku memang dah jatuh cinta pandang pertama dengan dia.

Mataku masih tak lepas memandang Mia. Rambut hitamnya diikat buns, baju sweatshirt bergambar itik menampakkan kebudakkannya. Aku tersengih sendiri. Dia masih berpakaian kebudak-budakkan.

Dia memang comel.

"Hah , jangan nak gatal sangat ya. Sudah jangan pandang Mia lagi. " kata mamaku. Muka Mia mula kelihatan merah. Alahai.

Namun wajah Mia terus berubah apabila wanita yang bersama papanya muncul di sebelahnya.

"Maafkan anak pakcik ya Adhan. Dia memang macam ni. Suka bertindak melulu. " kata papa Mia pelahan. Aku mengangguk sambil tersenyum.

La Mienne , Mi Amor Where stories live. Discover now