BAB 5+

22 2 0
                                    


Mia Qaisyurah POV

Earphoneku sumbatkan ke dalam telinga. Berharap aku takkan dengar kekecohan majlis perkahwinan aku sendiri. Aku berdiri menghadap tingkap kayu di bilikku.

Malam tadi .

"Betul ke Mia nak batalkan perkahwinan ini ? " Tokma mula bertanya sesudah Adhan mengumpulkan ahli keluarga kami ke ruang tamu . Wajah Adhan bertambah kelat. Adhan hanya mendiamkan diri .

Jam sudah menunjukkan 12 malam . Orang kampung juga sudah pulang ke rumah masing masing setelah seharian bergotong royong membantu kenduri ini .

Mataku menangkap susuk tubuh kecil yang bermain di laman rumah Tok Ma. Itu mesti anak jiran seberang jalan tu. Aku pantas menyanggul rambutku tinggi sehingga menjadi buns sebelum berlari keluar menuju ke laman. Aku ingin melarikan fikiran aku.

"Kamu nak kemana, Mia?" jerit Tok Ma dari dapur.

"Keluar kejap." jeritku kembali. Sejak kejadian itu , aku sudah jarang keluar dari bilikku. Aku hanya makan lepas semua sudah habis makan dan kembali ke bilikku. Layan perasaan.

Aku tak kisah apa keluar Syed Adhan fikir. Suka hatilah nak anggap aku apa. Aku dah setuju nak kahwin dah cukup bagus.

Keluar sahaja ke beranda, aku terus ditahan oleh Syed Adhan.

"Nak pergi mana?" tanya Syed Adhan. Tekun memandangku atas bawah. Aku tak tahulah kenapa dia mesti nak pandang aku atas bawah. Aku tak sakitlah. Tak payah asyik buat muka risau.

"Keluar. " jawabku pendek sebelum berlari meninggalkan Syed Adhan.

"Adik ni anak seberang rumah kan?" tegurku sesampai sahaja di laman Tok Ma. Budak itu berpaling . Batu yang berada di tangannya terus jatuh ke lantai.

"Woah~"

"Kenapa?" tanyaku kembali. Aku memegang wajahku. Ada apa apa ke dekat muka aku?

"Cantiknya kakak ni. Kakak ni kan cucu Tok Ma?" celoteh budak tu bertanya.

Muka aku terus merah. Tetiba kena puji, siapa tak malu. Aku tersenyum memandangnya.

"Nama akak Mia Qaisyurah. Nama adik?" tanyaku sebelum mencangkung supaya dapat berada sama tinggi dengannya.

"Araz. Araz Ariffin. " Comelnya.

"Em, akak nak minta tolong sikit. "

"Tolong apa ? Kalau untuk akak cantik, Araz boleh je tolong." Pantas sahaja Araz menjawab.

"Temankan akak jalan-jalan dekat kampung ni." kataku setelah berfikir sejenak. Best juga jalan-jalan satu kampung. Boleh tengok kampung ni betul-betul. Selama ni aku hanya pergi sekolah lepastu balik sekolah. Takda pun pergi tempat lain kecuali sekolah.

"Abang pun nak ikut juga, boleh tak Araz?"

Aku pantas berpaling. Syed Adhan sudah tersenyum menuju ke arah kami. Mataku terbuntang luas.

"Araz , jangan ajak abang tu. " kataku cemas. Apa yang dia nak buat dekat sini? Sibuk je. Buat semak kepala aku je.

"Abang ni siapa?" tanya Araz. Mata bulatnya memandang Syed Adhan dengan muka cemberut.

"Abang ni kekasih akak Mia ni. Jadi kalau Araz nak keluar dekat akak Mia, Araz kena bawak abang sekali. " balas Syed Adhan tanpa segan silu menipu budak. Sejak bila kau kekasih aku hah?!

Aku pantas mengeleng apabila Araz memandang ke arah aku. "Jangan bawak dia Araz. Kita pergi berdua je. " Aku terus menarik Araz jauh daripada Syed Adhan.

La Mienne , Mi Amor Where stories live. Discover now