BAB 4+

22 2 0
                                    


Mia Qaisyurah POV

"Mia taknak kahwin. I don't care." Aku menjeling papaku sambil memeluk tubuh di sudut bilik.

"Mia—"

"I don't need your opinion on this thing, perempuan tak guna !" makiku apabila mendengar stepmonster tu bersuara.

"Enough! Mia, papa dah tak tahan lagi dengan perangai kamu ni. Lisa ni mama kamu , tolong jangan kurang ajar dengan dia!"

"She's never be my mom! She just the one that you brought home just after mom died. Papa ingat Mia tak tahu selama ni, papa curang dengan mama sebab perempuan tak guna ni kan? Sebab tu mama sakit! Semua sebab perempuan ni. " Aku pantas menolak stepmonster sekuat hati. Aku benci kau, stepmonster. Kau memang perempuan jalang!

Sepantas kilat, papa menampar aku sehingga aku jatuh terduduk di lantai. Terasa darah di bibirku.

"oh sekarang papa dah berani angkat tangan dengan Mia, semua sebab perempuan tak guna ni? Huh." jeritku tak puas hati . Kemarahan mula membuak di dalam hati aku.

Satu idea mula keluar di dalam otak aku. Idea untuk memalukan papa.

"Fine, Mia boleh kahwin dengan dia. Of course!" kataku sambil tersenyum sinis.

Papa mengangkat keningnya. Pelik agaknya. Yelah aku tetiba berubah.

"Tapi..Mia nak guna wali hakim. Mia taknak papa walikan Mia! " sambungku masih tersenyum sinis.

"Dan pindah kan semua harta yang papa bagi sama perempuan murah ni ke atas nama Mia . " sambungku semakin sinis .

Wajah papa kelihatan kecewa , tergamam. Semua ada. Hah, mesti dia taknak punya. So kalau dia taknak—

"Okay."

Mataku terbuntang luas. " Apa?"

"Okay kalau itu yang kamu nak. Papa setuju janji kamu berkahwin dengan Adhan." jawab papa pelahan. Matanya redup memandangku. "Nanti papa hantar surat penukaran nama kepada kamu ya . "

"You're kidding, right?"

"No. Kalau itu yang kamu mahu untuk berkahwin dengan dia. Papa setuju. Nanti papa uruskan segalanya. Kamu datang aja sebagai pengantin. " kata papa sebelum berlalu pergi dengan stepmonster. Aku hanya menghantar mereka dengan lirikan mata.

"Mia, Tok Ma tahu. Tok Ma takda hak untuk cakap benda ni tapi Mia tak kesian dengan papa kamu ke? Kesian dia. " pujuk Tok Ma yang dari tadi hanya memerhatikan pergaduhan kami.  "Dia masih papa kamu . Mia .."

"Never.."

Aku takkan maafkan lelaki yang buat mama aku menangis sewaktu hari-hari terakhirnya. Lelaki itu tak layak untuk dipanggil suami dan ayah.

12 tahun yang lalu.

"Abang, tolong jangan tinggalkan saya. Tolong bang. Saya merayu." jerit mama sambil melutut di hadapan papa. Papa mencebik. Dia langsung tidak memandang mama tetapi dia tekun memandang wanita di sebelahnya, Lisa.

"Aku dah tak sukakan kau lagi. Tolonglah Eve, leave me alone ! Kau tunggu surat cerai dari aku." kata papa sebelum berlalu pergi dengan perempuan tu. Aku memanggil nama papa, namun papa langsung tidak mengoleh.

Aku pantas berlari memeluk mamaku yang sudah meraung memanggil papa.
"Mama, jangan nangis. " kata ku yang masih berusia 6 tahun. Aku memahami semua yang berlaku sekarang ini. Papa memilih perempuan lain daripada mama.

La Mienne , Mi Amor Where stories live. Discover now