BAB 6+

35 2 0
                                    


Syed Adhan POV

Aku melangkah masuk ke dalam bilik pengantinku. Mencari isteri aku yang asyik berkurung di dalam bilik sejak petang tadi. Aku faham dia tak dapat menerima perkahwinan ini lagi, aku nampak dalam matanya sewaktu majlis membatalkan air sembahyang. Ada something yang menganggunya.

"Mia .." panggilku pelahan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik. Mataku menangkap susuk badan Mia yang sedang baring menghadap dinding. Tidur agaknya. Rambutnya dilepaskan ke belakang dan kedudukan selimut masih di kakinya. Aku menuju ke arahnya dan mengambil tempat di hujung katil.

Aku menarik selimut pelahan menutup badannya. Mataku masih tak lepas memandangnya. Tanganku pelahan menyisir rambut Mia yang kehitaman. Bau syampu menusuk ke hidungku mengetarkan naluri lelakiku.

Aku menahan nafas. Aku takkan paksa dia dalam hal ini. Aku sudah berjanji untuk tunggu dia bersedia. Aku cuba menenangkan getaran hati aku dengan menarik nafas beberapa kali sebelum kembali menatap mukanya.

Makin jatuh sayang bila aku tatap mukanya lama-lama. Ya Allah , aku betul-betul sudah jatuh cinta dengannya.

Pelahan, aku mengucup dahinya. "Abang janji akan jaga sayang sebaiknya."

Adegan tengahari tadi menjengah ke dalam memoriku . Ah comelnya wajah dia malu malu .

Aku bangkit dari katil dan menuju ke almari. Mencari toto untuk tidur malam ni. Aku tak nak Mia terkejut bila dia bangun pagi esok bila nampak aku dekat sebelahnya. Dia dah sudi terima aku sebagai suami pun dah cukup baik. Aku taknak takutkan dia.

Aku pantas mengeluarkan toto berwarna biru sebelum menebarkannya di sebelah katil. Tanganku sempat mengambil sebiji bantal sebelum melemparkan badan di atasnya. Penat jangan dicakaplah. Memang letih sangat. Sakit-sakit badannya dibuatnya. Ada ke papa suruh aku basuh kuali hanya sebab aku pengantin. Katanya tradisi orang kampung.

Akhirnya mataku mengalah juga walaupun badanku tak selesa tidur di atas toto.

***

Mia Qaisyurah POV

Aku duduk mengeliat di atas katil. Sempat aku mengerling jam di meja. Baru pukul 7 pagi rupanya. Nyenyak betul tidur aku malam tadi. Letak je kepala atas bantal terus tidur. Nak acah-acah tidur gamaknya tidur terus. Aku mengosok mataku sebelum memandang ke seluruh bilikku. Adhan tak masuk tidur ke malam tadi?

Aku terus berpaling ke tepi katilku. Mataku terbuntang luas apabila melihat Syed Adhan sedang tidur di atas toto tanpa selimut dengan hanya berlandaskan sebiji bantal. Jadi malam tadi, dia tak tidur di sebelah aku? Dia langsung tak ambil kesempatan terhadap aku waktu aku tidur. Hatiku tetiba dihurung rasa terharu.

Aku mengambil selimut di kakiku sebelum menutupi Syed Adhan. Semua tu atas dasar simpati, okay? Dia dah buat baik dekat aku, aku kenalah balas balik kan?

Pelahan aku melangkah ke luar bilik. Suasana rumah masih sunyi. Pasti semua orang masih tidur lagi. Usai aku membersihkan diri, aku terus menuju ke luar. Cuba menghirup udara segar pagi itu. Kalau nak sarapan pun , bukan ada apa dekat dapur. Yelah semua orang belum bangun lagi. Nak diharapkan aku masak, aku memang tak pandai masak.

Suasana pagi di kampung memang sejuk. Sebaiklah aku memakai baju yang agak tebal. Baju Donald Duck dengan sweater kuning. Aku tak childish okay! Aku suka baju macam ni nak buat macam mana.

Perut ku tiba-tiba berkeroncong. Lapar. Aku memegang perut. Semalam aku hanya menjamah nasi minyak untuk makan tengahari dan lepas itu aku langsung tak keluar bilik. No wonderlah lapar macam ni.

Aku bergegas naik ke bilik. Nak ambil purse. Mahu pergi beli sarapan.

Darah di mukaku terus menyirap naik apabila berdirinya Syed Adhan dengan hanya berkain tuala tatkala aku membuka pintu bilikku. Otakku terus gagal berfungsi. Automatik tanganku terus menutup mata.

La Mienne , Mi Amor Where stories live. Discover now