BAB 1+

32 4 0
                                    

Mia Qaisyurah POV

Perjalanan ke rumah nenek hanya bertemankan suara DJ radio yang asyik memainkan lagu sedih . Kelakarkan ? Macam kena je lagu yang dimainkan sekarang dengan hidup aku.

Aku merengus geram apabila melihat perempuan murah dan papaku seperti langsung tidak sedih menghantarku untuk tinggal bersama Tok Ma . Siap boleh bergelak ketawa lagi dengan telatah DJ di radio.

Kalau mama ada sekarang ni , mesti aku tak dibuang macam ni. Mama sayang aku , tak macam papa. Kenapa mama kena pergi dulu ? Kenapa mama pergi tak bawa aku ? Mama..

Aku menahan air mataku yang ingin jatuh sebelum membuang pandang ke luar tingkap .

4 Jam sebelumnya.

"Mia !! Apa benda yang kamu buat lagi ni ? " Jeritan papa membuatkan aku menjelingnya. Sudah jelas lagi hendak kau suluh , pasti papa dapat surat amaran dari sekolah untuk sekian kalinya . Alah papa ni, bukan tak biasa dengan surat amaran tu , aku dah banyak kali dapat . Itu pun nak terkejut.

Aku hanya mengangkat bahu untuk membalas pertanyaan papaku. Tangan aku masih galak bermain telefon. Langsung tidak getar dengan pandangan membelah kalbu dari papa. Papa bergegas merampas telefon di tanganku sebelum membaling ke lantai.

Mataku terbuntang luas apabila telefon kesayanganku sudah berkecai. NO WAY ! NO WAY !

"Apa masalah papa ni?" balasku dengan suara yang tinggi. Aku paling pantang kalau orang kacau barang aku . Ini bukan kacau lagi , ni menghancurkan! Mataku sudah mencerlung ke arah papaku.

"Kau tengok apa benda ni ? Tengok! Apa lagi kau buat dekat sekolah tu? Aku hantar kau ke sekolah untuk belajar bukan buat benda macam ni !!!!" balas papa sambil menonyohkan kertas putih di tangannya ke mukaku. Aku merengus marah sebelum menepis tangan papa dengan kuat.

"Since when papa kisah dengan hidup Mia ?! You don't even care about me before and don't ever you can care about me NOW !"

"Mia.." panggil papa pelahan. Dia menarik nafas panjang sebelum memandang ke arahku.

"Stop 'Mia' me ! YOU ARE NOT PAPA OF MINE ! Pergi sana dengan perempuan murahan papa tu , jangan sibuk nak jadi papa Mia !" Aku mencerlung ke arah papa. Entah apa yang merasukku waktu itu, lancar sahaja aku membalas serangan kepada papa. Satu tamparan melekat di pipiku. Aku terus berpaling, tersembul wajah Lisa, perempuan tak guna yang mengoda papa sampai jadi isterinya.

"Kamu tak boleh cakap dengan papa kamu macam tu. " kata mama tiriku. Tanpa berfikir panjang , aku terus menolak dia. Berani perempuan murah ni pukul aku. Sedangkan mama pun tak pernah pukul aku.

Aku terus melayangkan penumbukku ke arah dia yang sudah terbaring itu. Aku langsung tak dapat rasa apa apa kecuali kemarahan yang mengelegak di dalam hati aku.

"Aku nak bunuh kau perempuan tak guna ! Aku nak bunuh kau !" jeritku sudah tidak dapat mengawal diri.

"Mia..mia sudah. Mia !" panggil papa cuba menahanku daripada terusan menumbuk perempuan tak guna tu . Aku direntap dengan kasar oleh papaku ke lantai. Rasa marah semakin meledak. Gelak ku meletus apabila melihat betapa teruknya keadaan perempuan tak guna tu..

"Lisa , kamu okay ke ? Ya Allah, Lisa. Bangun Lisa. " jerit papa apabila Lisa sudah terkulai di sisinya. Aku tersengih melihat muka Lisa yang sudah lebam di sana sini.

"ab..abang.." balas Lisa lemah. Matanya kelihatan semakin biru. Senyumanku kembali lebar. Rambutku yang kusut dek pergaduhan tadi ku sisip ketepi. Mataku hanya memandang sepi papa yang sudah panik itu.

La Mienne , Mi Amor Where stories live. Discover now