dua

2.6K 223 13
                                    

-Jungkook's POV-

Haih, kenapa aku rasa sedih, sakit hati, geram bila Jimin hyung dengan Taehyung? Dyorang kawan je..kenapa aku nak kesah sangat?

Aku mengeluh kemudian duduk dekat pondok dan makan makanan yang dibekalkan untuk aku. "Alala comelnye hyung susunkan untuk aku. Fikir aku ni budak kecik ke ape?" Aku tergelak.

Baru je aku nak blah, tiba-tiba orang sapa aku. Ni kalau hantu ni, aku tumbuk dia.

"Oi jangan palau."

Aku pun pandanglah manusia yang panggil aku tu. "Ye? Anda ini siapa?" Soalku.

"Kau tak kenal aku?" Dia buat muka sedih.

"Aku tak kenallah aku tanya. Kau siapa?" Soalku lagi.

"Okay okay aku intro diri aku dulu. Nama aku Kim Yugyeom. Aku dah lama perhatikan kau dengan Jimin. Teringin nak jadi kawan korang." Kata budak tu.

"Asal nak jadi kawan kitorang?" Aku memandang dia pelik.

"Hey kau ni. Siapa yang taknak kawan dengan dancer macam kau ha? Kau dengan Jimin, fuhh separtner ha!" Kata Yugyeom kini matanya bersinar macam cakap dengan abang idola.

"Aku dengan Jimin separtner? Kitorang memang kawan dari dulu lagi la." Kata ku.

"Haish kau ni, tak tau perkembangan semasa. Engkau, Jimin dengan Tae jadi topik bualan selalunya." Katanya lagi.

"The hell? Apa yang seronok sangat pasal kitorng?"

"Hahaha kau dengan Jimin pandai menari dengan menyanyi pastu Taehyung pon pandai menyanyi cuma dia tak minat bab menari. Lagi satu, Taehyung ni comel tu yang ramai minat dia jugak. Lepas tu kau dengan Jimin nampak cam sepasang kekasih tapi ade jugak cakap yang kau nak rampas Jimin daripada Taehyung." Yugeom tergelak. Aku pandang dia dengan pelik yang berganda. Haih biar betul?

"Btw sudi tak kau jadi kawan aku? Nanti kalau kita dance, boleh battle."

"Aku okay je." Maka kami pon bersalaman. "Sekejap lagi aku ade kelas. Kau ade ke?" Soal Yugyeom.

"Ada."

"Kelas?"

"Kimia." Jawabku. "Okay kita sama. Jom pergi~" Aku pun pergi masuk kelas dengan dia.

-

Dari lepas rehat sampai balik kitorang asyik bersama. Aku rasa dia ni baiklah jugak. Sesuai lah jadi kawan. Umur pun sama.

"K lah aku balik dulu. Member panggil. Bye! Jumpa esok!" Yugyeom pon balik dengan gengnya. Haha sunyi dah.

Tiba-tiba aku terasa ada orang tarik baju aku. Aku pun pandang dia. "Eh Jimin-" Jimin hyung tiba-tiba peluk aku. Hati aku berdebar. Apa masalah aku ni?

"H-hyung..?"

"Kook, mana kook pergi? Tau tak hyung risau?" Soal hyung yang kini memandang aku. Ya. Muka dia sekarang memang betul betul risau.

"Oh.. Sorry hyung.. Hyung jangan lah risau sangat. Kook okay je ni."

"Kalau yer pon, nak pergi memana, bagitaulah hyung dulu ke. Kalau Kook sesat ke, hilang ke? Macam mana?"

"Hm yela yela. Dah jom balik." Maka kami berdua pun balik.

Aku taknak ganggu korang berdua je. Korangkan kawan baik. Aku rasa macam aku orang ketiga, sebab tu aku blah. Haih..

-

Aku menghempaskan badan aku di atas katil setibanya sampai di rumah. Nak tido jap-

"Jungkook-ah.." Jimin hyung menepuk perutku. Mataku terbuka luas.

"Ohmygod hyung- kenapa?" Soalku.

"Jungkook tak suka Taehyung ke?" Soalnya.

"Suka dia buat apa? Baik suka orang lain."

"Yah! Bukan suka tu la!"

"Okay gurau je. Tak adalah mana ada tak suka. Kenapa hyung tanya?"

"Tak adalah.. Bila Tae ade je Kook terdiam. Korang ni macam tak boleh nak jadi kawan langsung." Jimin hyung mengembungkan pipinya.

"Taehyung tu kan kawan hyung bukan kawan Kook." Jawabku.

"That doesnt mean you cant be friend with him Jungkook." Jimin hyung mengeluh.

"Pape jela." Aku memandang tempat lain dan cuba untuk tidur. Aku merasakan Jimin hyung dah keluar dari bilik aku. Aku mengeluh.

Oh lupa tak mandi lagi, camne nak tido? Pft.

-----

hope korang suka :")

sila vote dan komen. ♡

-Den♡

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now