lapan belas

2.1K 162 14
                                    

-Author's POV-

Jungkook terdiam. Bukannya apa, dia sedang memerhati setiap kertas yang berada di atas meja.

Sudah tiga jam berlalu. Jungkook memandang ke arah jam. Kemudian dia membaringkan badannya atas sofa.

"Ahh- Sakit gila duduk lama-lama." Kata Jungkook sambil menggeliat.

Sudah beberapa minit Jungkook terbaring, sempat lagi dia menenung siling yang kosong itu. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

Jungkook mengangkat panggilan itu tanpa melihat siapa yang menelefonnya. "Hello?"

"Ye..? Ah.. Okay.. Pukul 10? Kat tingkat bawah tu? Oh okay." Jungkook kemudian menamatkan panggilan lalu meletakkan telefonnya kembali ke atas meja.

"Kookie..?" Panggil Jimin yang baru sahaja pulang semula.

"Ya Tuhan- Hyung. Aish.. Terkejut Kookie." Jungkook yang terduduk tadi, meletakkan kedua-dua belah tangannya di dadanya tanda seperti sakit jantung.

"S-sorry Kookie.." Jimin tertunduk.

Jungkook tersenyum. Sebenarnya, Jungkook sengaja mengusik Jimin. "Hyung meh sini duduk." Kata Jungkook sambil menepuk pehanya.

Jimin pelik tetapi dia tetap pergi ke arah Jungkook. Baru sahaja dia mahu duduk di sebelah Jungkook, tiba-tiba Jungkook menarik Jimin untuk duduk di atas pehanya.

Muka Jimin kemerahan. "A-apa ni Kookie..?" Gagap Jimin.

Jungkook memeluk Jimin yang gebu itu dengan erat. "Jangan gerak."

Jimin terkejut dan membiarkan sahaja Jungkook memeluknya walaupun dia sendiri rasa malu kerana duduk di atas peha Jungkook. Jimin sedaya upaya tidak memberatkan badannya.

"Kookie.. Kookie dah peluk hyung lama dah ni.." Kata Jimin sambil menggerakkan sedikit badannya.

"Tak puas lagi ni. Dari tadi Kookie asyik kena buat kerja tahu tak. Bila peluk hyung, Kookie rasa tenang." Sedikit yang Jimin tahu, dia merasakan Jungkook tersenyum.

"T-tapi hyung b-berat.." Kata Jimin dengan amat perlahan.

Jungkook yang sedang memeluk Jimin tadi terus memandang Jimin dengan muka tidak puas hati. Kemudian Jungkook menolak Jimin sehingga Jimin terbaring atas sofa.

Mata Jimin membulat, terkejut dengan tindakan Jungkook yang secara tiba-tiba itu.

"Hyung, jangan pernah cakap hyung ni berat." Kata Jungkook sambil menguncup pipi Jimin.

Pipi Jimin kemerahan lagi. "Kenapa aku rasa badan aku pelik ni..?" Gumam Jimin lalu memandang Jungkook. Terus pipinya lagi merah apabila ternampak sepasang mata Jungkook yang memandangnya dari tadi. Jimin memandang ke arah lain. "Tapi..hyung-"

Jungkook menguncup bibir Jimin. "Sshh tak nak cakap pasal ni lagi okay?"

Jimin mengangguk perlahan.

"Good." Jungkook tersenyum lalu mengusap kepala Jimin seperti budak kecil.

Jimin memandang Jungkook sperti tidak percaya. "Yah.. I'm your hyung!"

"Yes you are my hyung but I prefer you as my baby boy." Kata Jungkook yang kini tersenyum nakal.

Jimin menelan air liurnya. Jimin menutup matanya sambil menggigit bibirnya perlahan.

"Hyung nervous ke?" Soal Jungkook kini merepatkan mukanya ke telinga Jimin.

Haih mereka berdua ni tidak perasan ke posisi mereka?

Bulu roma Jimin meremang. Kemudian Jimin menolak sedikit dada Jungkook tetapi tiada perubahan.

Jungkook pon terdapat satu idea. Kemudian dia menjilat leher Jimin.

Jimin terkejut. "K-Kookie!" Jimin menolak Jungkook tetapi Jungkook lebih kuat daripadanya.

"Jeon Jungkook? Park Jimin?"

Jungkook dengan Jimin terkejut. Mata Jungkook membulat apabila perasan kelibat orang itu. Cepat-cepat dia terduduk. "O-omma..?" Jungkook menggosok tengkuknya.

Jimin juga turut terduduk dan tertunduk. Malu, itu sahajalah perasaan dia tahu terangkan.

"Maaflah omma ganggu kamu berdua. Omma nak jumpa Kookie kejap tapi kamu berdua nampak seronok je tadi." Kata Pn. Jeon, tersenyum nampak mereka berdua bersama.

"Eh tak- Uhm.. Macam mana omma boleh masuk..?" Soal Jungkook.

Pn. Jeon menunjukkan kad bilik mereka. Jungkook terkejut. "Macam mana- Ugh- Okay, Kenapa omma ada kat sini?"

"Saje nak tengok bilik kamu berdua ni." Jawab Pn. Jeon yang masih tersenyum. Jungkook memandang ommanya seperti tidak percaya. Pn. Jeon yang perasan reaksi Jungkook itu terus tergelak sedikit. "Tak adalah, omma nak cakap sesuatu dengan kamu ni. Penting."

Jungkook pon angguk. "Hyung, Uhm boleh tak-"

"Okay." Jimin terus memotong percakapan Jungkook dan masuk ke ruang tidur mereka.

Jimin terduduk di atas katil sambil memegang tempat yang dijilat oleh Jungkook. Jimin merasakan pipinya hangat.

"Kalau omma tak masuk tadi apa jadi ye?" Gumam Jimin. Terus Jimin mencubit dirinya sendiri. "Okay jangan fikir."

Kemudian Jimin membaringkan dirinya di atas katil. Dia mengeluarkan telefonnya lalu membuka satu aplikasi untuk mendengar lagu tetapi sebelum itu, dia memasang earphone pada telefonnya.

Kemudian, Jimin menekan sahaja lagu yang ada di dalam telefonnya. Jimin menutup matanya apabila lagu itu dimainkan.

Beberapa minit berlalu, Jimin masih menutup matanya untuk menghayati lagu.

Tiba-tiba mata Jimin terbuka luas apabila dia merasakan seperti seseorang mencucuk pipinya. "Kookie?"

"Hyung." Jungkook tersenyum. "Hyung comel lah."

"Apa kena ni..?" Soal Jimin yang pipinya sedikit merah.

Jungkook terus memeluk Jimin dengan erat. "Gosh, your body is so addicting."

Jimin menggigit sedikit bibirnya. Ayat Jungkook bermain di dalam kepalanya.

"Hyung, nak sambung semula tak apa yang kita lakukan kita?" Soal Jungkook yang kini tersenyum nakal.

Jimin terdiam. Jimin takut hendak memilih jawapan. Setengah dari badannya kata ya, yang selebihnya tidak kerana dia teramatlah malu.

"Hyung?" Kini Jungkook berbisik pula.

"Kookie.. Let's not do this.." Jimin menolak Jungkook perlahan.

"Ngh.." Jungkook melepaskan Jimin sambil menggigit bibirnya. Jungkook mengeluh tetapi dia masih tersenyum. Jungkook faham, mereka masih baru lagi tentang hubungan ini. "Okas then." Jungkook mengusap kepala Jimin dan menguncup pipi Jimin.

Jimin terasa bersalah. Amat bersalah. Jimin mahu sahaja menangis pada waktu itu.

"Hyung, Kookie nak sambung buat kerja tau. Ah, nanti pukul 10 malam ni, kita kena pergi satu tempat ni, party rasanya. Appa kata tunggu dekat bawah. Nanti taulah dia nak bawak kita." Kata Jungkook lalu dia pergi ke ruangtamu semula untuk menyambung kerjanya.

Jimin mengangguk perlahan dan cuba menahan dirinya daripada menangis.

------

thank you for your comments and votes..! i do appreciate your kind comments. for question like 'nanti author ada buat buku baru ke?' .. unfortunately, aku memang tak plan nak menulis kan wattpad :/ for some reason, wattpad... just doesn't hit the same like it used to. sesiapa yang readers from 2015-2018 will know what i meant. author pon never baca buku from this app anymore. den tak nak buat fake hope yang den akan sambung menulis kat wattpad eventho ada je draft yang den tengah tulis sekarang ni but probably.. if one day den decide to publish, den mungkin publish kat ao3.

so yeah, maaflah kalau den pernah bagi fake hope and all of that. literally, thanks semua yang sanggup baca! <3

-Den^^

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now