dua puluh empat

2K 132 19
                                    

-Author's POV-

Beberapa jam kemudian, Jungkook dan Jimin kini sampai juga di Korea. Jungkook merenggangkan badannya ketika dia mengambil udara segar di Korea.

"Uuuwaaaaaarghh!" Geliat Jungkook, "Finally sampai jugak Koreaaaa!" Jungkook terus memeluk Jimin dari belakang.

"Ish Kookie ni. Terkejut hyung tau! Kalau menggeliat pon janganlah buat macam suara singa." Jimin mencubit sedikit tangan Jungkook.

"Auch auch! Hyung tak nak lah cubit camni. Takit itew tau.." Jungkook mengembungkan pipinya.

"Jungkook, Jimin," Panggil En. Jeon.

Jungkook dan Jimin terus memandang ke arah En. Jeon.

"Kamu berdua, balik dengan appa dan omma. Tidur kat rumah appa. Senang sikit nak arrange perkahwinan kamu," Kata En. Jeon.

"Okay," Jawab Jungkook.

"Dah jom balik. Appa penat ni," En. Jeon terus mendahului mereka berdua.

"Eh mana omma?," Soal Jungkook.

"Lahai. Dia dah ada dalam kereta dah," Jawab En. Jeon yang sedang berlalu pergi dari mereka.

"Jom hyung," Jungkook memegang tangan Jimin dan tersenyum. Jimin membalas senyuman Jungkook juga.

Beberapa jam kemudian, mereka sampai juga di rumah En. Jeon. Okay sebenarnya En. Jeon mempunyai dua rumah. Satu di Seoul kepunyaan En. Jeon dan satu lagi kepunyaan Pn. Jeon di Busan.

Rumah yang mereka pergi sekarang ini, rumah di Seoul (lagi dekat dengan airport bak kata Pn. Jeon).

Sampai sahaja di rumah itu, mata Jimin terus membulat, "Wahh.."

Rumah En. Jeon yang berwarna kelabu, kemudian cerminnya yang berwarna biru seperti air. Bukannya rumah itu kecil, tetapi besar!

"Dah jom masuk, tercegat kat situ tak best ah," Ajak Jungkook dengan menarik bagasi kepunyaannya dan kepunyaan Jimin.

"Eh Kookie, tunggu!" Jimin berlari mengikut Jungkook memasuki rumah itu atau dalam Bahasa Inggeris, dipanggil 'mansion'.

Apabila Jimin jejak sahaja di dalam rumah itu, mulutnya terus terbuka luas tanda kagum dengan kecantikan rumah itu.

"Hyung, masuk lalat kang mulut tu baru tau," Jungkook menggelengkan kepalanya.

Jimin menutup mulutnya dan tersenyum malu, "Rumah Kookie ada lalat ke?" Soal Jimin, sengaja menyakat Jungkook.

"Tak ada. Saje je Jungkook tu kacau kamu," Sampuk Pn. Jeon.

"Oh, puan!," Terus perempuan yang kelihatan agak muda berlari ke arahnya, "Maafkan saya puan, tadi saya masak. Tak perasan pula puan dah balik!"

"Tak apa, lagipun saya lupa nak bagitahu," Kata Pn. Jeon lembut, "Mana Minsoo?," Soal Pn. Jeon.

"Oh dia.. dia kata ada hal yang perlu dibuat. Katanya jumpa idea baru nak cipta sesuatu.. Maafkan saya puan," Perempuan muda itu terus tertunduk.

"Eh tak apa, tak apa. Janganlah sampai tertunduk sangat," Pn. Jeon menepuk bahu perempuan itu, "Tak ada apa-apa yang terjadi kat rumah ni kan?" Soal Pn. Jeon untuk mendapat kepastian.

"Semua okay!" Perempuan itu tersenyum gembira.

"Terima kasih Minyoung," Kata Pn. Jeon.

"Hehehehe," Perempuan muda itu, atau Minyoung, menggosok tengkuk belakangnya, "Jomlah makan! Nasib baik puan datang pada waktu yang tepat!"

"Hehe jom." Pn. Jeon ikut sahaja Minyoung ke ruang makan.

"Kookie, siapa dia tu?" Bisik Jimin kepada Jungkook.

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now