enam belas

2K 169 21
                                    

-Author's POV-

Pada malam itu, Jungkook memberanikan dirinya untuk bercakap dengan Jimin yang dari tadi tidak berganjak keluar dari bilik.

Jungkook terasa amat bersalah kerana mencium Jimin tetapi pada waktu yang sama, dia rasa gembira kerana ini kali kedua dia dapat merasa gebunya bibir Jimin.

"Hyung.." Jungkook memasuki ke dalam bilik itu. "Hyung, sorry.. Kookie tahu hyung tak biasa perkara macam ni.."

Tiada sebarang jawapan juga. "Haih.. Mesti hyung marah gila kat aku.." Gumam Jungkook sambil memuncungkan bibirnya.

"Kalau hyung nak Kookie lupakan semua tu boleh je.." Jungkook menepuk perlahan badan Jimin yang diselubungi oleh selimut itu.

"After all of this.. Kookie nak lupakan semua benda ni..?" Soal Jimin selepas dia menarik sedikit selimutnya.

"Hyung-"

"Kookie." Jimin memusingkan badannya ke arah Jungkook. Kemudian dia duduk dan menghadap Jungkook.

"Kookie suka hyung ke?" Soal Jimin berterus terang.

Jungkook tertunduk. Malu. Memang benar dia suka hyungnya tetapi benarkah perasaan itu? Ya, mungkin dia kadang-kadang memandang punggung Jimin yang agak menawan itu tetapi dia tidak tahu yang dia suka hyungnya atau tidak. "Uhm.. K-Kookie tak pasti.."

"Kalau macam tu, jangan cakap dengan hyung selagi Kookie tak faham perasaan Kookie lagi. Hyung bukan mainan." Balas Jimin kemudian dia menyelubungi dirinya dengan selimut semula.

Jungkook terkejut. Sehari tidak bercakap dengan Jimin amatlah teruk. Tidak langsung berasa selesa dengan aura yang janggal yang beraa pada mereka.

"Kenapa Jungkookie diam je ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Soal Pn. Jeon.

Jungkook menggeleng perlahan. "Kook okay je.." Senyum Jungkook yang tidak beberapa ikhlas.

"Betul ni?" Soal Pn. Jeon untuk mendapatkan kepastian.

"Iye omma.." Jungkoom cuba swnyum seikhlas-ikhlasnya.

"Baiklah." Pn. Jeom tersenyum dan mengusap kepala Jungkook.

"Jungkook, Jimin, nanti ikut appa ya. Ada hal yang perlu kamu tahu untuk menguruskan syarikat ni." Kata En. Jeon.

"Okay.." Jungkook mengangguk perlahan. Jimin sedikit terkejut. Dia sudahlah tidak beberapa tahu tentang mengendalikan syarikat. Kemudian, En. Jeon pula memanggil mereka berdua. Tambahan lagi hubungan dia dan Jungkook tidak beberapa elok sekarang ini.

Selepas mereka sudah selesai makan bersama. Jungkook dan Jimin mengikut En. Jeon. En. Park turut ikut sekali mereka.

Kalau dipendekkan cerita, memang merana Jimin pada waktu itu. Satu apa pon tidak difahamnya. mungkin ada sedikit dia faham tetapi selebihnya dia tidak faham.

Jungkook yang berada di sebelah Jimin, faham sahaja apa yang diterangkan oleh En. Jeon. En. Park tidak berjauhan dari anaknya hanya menggeleng apabila memandang anaknya seperti anak anjing yang kesesatan.

En. Jeon tersenyum sahaja memandang Jimin yang keliru. Dia mengarahkan Jungkook untuk mengajar Jimin tentang hal-hal itu secepat yang mampu kerana ada lagi yang akan dihadapi oleh mereka selepas ini.

Kini Jungkook dan Jimin berada ruangtamu. Sambil itu, Jungkook menerangkan spa yang tidak difahami oleh Jimin.

Jimin berasa amat tidak selesa dengan Jungkook tetapi melihat Jungkook seperti Jungkook tidak kisah tentang semalam membuatkan dia berasa sedih. "Jungkook tak suka aku kan? Aku dah agak.." Gumam Jimin.

"Hyung, sekarang bukan masa untuk tenung Kookie. Kookie serious ni." Kata Jungkook. Jimin terkejut. Baru dia tersedar yang dia dari tadi tenung Jungkook.

Imej Kookie yang sedang serious itu membuatkan Jimin berfikir bukan-bukan.

"Hyung.." Jungkook memetik jarinya di hadapan muka Jimin.

"Ah y-ye..?" Soal Jimin, terkejut.

"Hyung.. Hyung faham tak apa yang Kookie cakap tadi?" Soal Jungkook kedengaran sperti pasrah.

"O-oh f-faham.."

"Kalau macam tu.. Ulang balik apa yang Kookie cakap tadi." Cabar Jungkook.

"Uhm-" Jimin menelan air liurnya.

"Hyung, hyung tak faham lagi kan?" Jungkook mengeluh. "Hyung.. Hyung sendiri kata tak nak Kookie cakap dengan hyung. Kalau kita cepat-cepat habis, Kookie akan cepat-cepat pergi."

Jimin mengetap bibirnya. Kemudian dia tertunduk. Air matanya mengalir sedikit.

"H-hyung..?" Jungkook terkejut. "Oh..no.. hyung.. Kookie buat hyung sedih ke..?" Jungkook memegang dagu Jimin dan membuat Jimin memandangnya.

Air mata Jimin mengalir banyak lagi apabila dia memandang Jungkook.

Jungkook mengelap air mata Jimin. "Hyung, tolong bagitau Kookie. Kookie sakitkan hati hyung ke? Hyung.. tak nak lah menangis lagi.."

"Kookie.. Hyung penat dapat harapan palsu.. Hyung nak jawapan. Hyung tahu hyung sendiri tak tahu apa perasaan yang sedang menyelubungi diri hyung sekarang ni. Hyung terasa diri hyung ni selfish. Hyung nak Kookie untuk hyung je. Hyung tak tahu kenapa. Bila hyung tengok Kookie macam tak kesah, hyung rasa sedih.." Kata Jimin dengan berterus terang.

Jungkook terkejut. Jantungnya berdegup laju. "Hyung.. Suka Kookie ke..?"

"Ya! Hyung suka Kookie lebih daripada kawan atau abang. Hati hyung penat berdegup laju bila jumpa Kookie." Air mata Jimin mengalir lagi. Nampaknya memang tak berhentilah macam ni.

"H-hyung.." Jungkook memeluk Jimin dengan erat. "Kookie mamang suka hyung dari dulu tapi Kookie takut hyung tak suka Kookie.."

Jimin memeluk semula Jungkook. "Pabo.." Jimin mengelap air matanya.

Jungkook memandang Jimin lalu dia mengeluh lega. "Akhirnya, dapat juga Kookie bagitau." Kemudian dia menguncup bibir Jimin.

Jimin terkejut. Pipinya merah. "Y-yah!" Jimin memukul dada Jungkook.

"Sorry.."

Jimin mengetap bibirnya. Terasa bersalah. Kemudian dia menguncup bibir Jungkook juga. Jungkook terkejut. Kemudian dia mengelip-ngelipkan matanya.

"Janganlah pandang hyung macam tu.. Kalau nak cium, cium jerlah." Jimin mengembungkan pipinya.

"Tak apa ke hyung..?" Soal Jungkook untuk mendapatkan kepastian.

Jimin mengangguk malu.

"Tapi boleh tak Kookie nak tanya sesuatu?"

"Boleh.."

"Are we a thing now?"

Pipi Jimin kemerahan lagi. "Y-ye.."

Jungkook tersenyum kemudian dia menguncup pipi Jimin.

"Hyung comel."

"Shut up."

"Tak nak~"

Kemudian terus Jimin mencium bibir Jungkook. Jungkook terkejut. Kemudian dia membalas ciuman Jimin.

"Cerita cinta pelik apakah ini?" Gumam Jungkook.

------

ok sejujurnya memang buat ni ikut otak. since otak ni suka sangat fikir benda random so buat pon benda random. buku ni pelik? i know. author dah bagitau plot dalam ni teruk hAHAHHA

sila vomments yall :)

-Den<3333


[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now