dua puluh satu

1.9K 134 13
                                    

-Jimin's POV-

"Ah.." Aku memicit kepalaku yang pening itu. Aku benci betul effect soju atau benda yang memabukkan aku ni. Ugh.

Aku memandang ke arah sebelahku. Kosong. Jungkook dah bangun ke?

Aku mengeluh. Kemudian, aku terus mencapai telefon aku yang berada di atas meja kecil di sebelah katil.

Tanpa melihat apa di atas meja itu, aku terus terpandang ke arah meja itu apabila aku terpegang sesuatu. Oh wow sangat romantis.

Botol air mineral dan juga pain killer disediakan. Di atas skin telefonku, terdapat sticky note di atasnya.

Aku terus mencapai telefonku itu dan membaca sticky note itu.

'Hyung, Kookie pergi jumpa appa. Hyung jangan lupa makan pain killer tu. Oh dan jangan lupa makan sarapan. Kat bawah tu ada restoran. Hyung just bagitau nama hyung dekat kaunter okay?'

"Hish dia ni.. Dia nak suruh aku keluar ke acanne ni?" Aku mengambil botol air dan pain killer itu dan telan pain killer itu dengan bantuan air.

Aku mengalihkan selimutku ke tepi. Sekejap.

Aku memandang ke arah badanku. Pipi aku terus kemerahan. Jangan cakap.. yang Jungkook tukarkan baju aku malam tadi... Oh tidak. Aku terus menggeleng dan bangun dari katil itu.

Pada mulanya badan aku menggigil sedikit tetapi aku membuat tidak endah perkara itu, kemudian aku mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Selesai sahaja mandi, aku terus memakai baju dan mengambil telefonku. Terus aku gerak ke restoran di tingkat bawah untuk makan. Perut aku tidak habis-habis berbunyi meminta makanan.

Setibanya aku telah sampai, terus aku pergi ke kaunter dan buat apa yang disuruh Jungkook. Sebenarnya aku memang nak tahu kenapa aku kena memberitahu nama aku dekat kaunter ni tetapi semuanya terjawab apabila pelayan di situ membawa aku ke satu meja yang di'reserve' untuk aku seorang.

"Thank you." Aku duduk di atas kerusi itu.

Tidak lama kemudian, makanan pun sampai. Oh my..

Semua breakfast macam American style ye? Apa-apa sahajalah. Janji aku dapat makan. Perut aku berbunyi macam ada orang buat konsert dalam perut aku.

-

-Author's POV-

(ini waktu jungkook bersama en. jeon)

"Kenapa appa, muka-"

"Semalam apa yang terjadi?" Potong En. Jeon.

Jungkook memandang En. Jeon, pelik. "Semalam apa jadi? Pergi party lah?"

"Tak ada apa-apa yang terjadi..?" Kata Jungkook.

Terus En. Jeon membaling telefonnya kepada Jungkook. Mujur, Jungkook dapat menangkapnya.

Jungkook memandang ke arah skrin telefon itu. Kemudian matanya membulat lalu meneguk air liurnya. Kini, dia tidak dapat memandang En. Jeon.

"Anak CEO Yoon kena tumbuk ye?" En. Jeon cakap dengan nada memerli.

Jungkook hanya terdiam. Dia sungguh tidak menyangkakan orang yang ditumbuknya semalam anak CEO Yoon yang agak terkenal itu.

"Appa.. Ada sebab Kook buat macam tu.." Kata Jungkook perlahan.

"Dah tu apa dia?!" Marah En. Jeon.

Jungkook menelan air liurnya sebelum menyambung. "Macam ni.. Jimin hyung pergi ambil air tapi anak CEO Yoon tu terus tarik Jimin. Jimin meronta-ronta untuk dilepaskan. Kook nampak jadi, Kook terpaksalah menumbuk anak CEO Yoon tu.."

En. Jeon mengeluh dan terdiam sebentar. Tidak lama kemudian, En. Jeon bersuara, "Appa dah rakam suara kamu. Terpaksalah appa jumpa CEO Yoon. Kamu juga ikut. CEO Yoon mahu berjumpa dengan kamu dengan Jimin."

"Appa, Jimin tak ada kena-"

"CEO Yoon yang suruh. Nanti appa bagitau kamu bila kita nak berjumpa CEO Yoon." En. Jeon bangun dari tempat yang diduduknya kemudian mengambil air di atas meja.

"Kamu boleh pergi sekarang." Kata En. Jeon dengan nada yang lantang.

Jungkook angguk. "Jungkook pergi dulu.." Jungkook terus meninggalkan bilik En. Jeon. Dalam masa yang sama dia tertanya-tanya, mana ommanya, Pn. Jeon.

Jungkook baru sahaja hendak pergi ke biliknya semula, kemudian baru dia teringat yang dia tidak mengambil sarapan lagi. Terus dia pergi ke restoran di situ.

Dia melihat sekeliling restoran itu, tiba-tiba dia ternampak Jimin yang sedang makan dengan enak sekali. Jungkook tersenyum kemudian terus berlari ke arah Jimin.

"Hyung~ Good morning!" Sapa Jungkook, kemudian duduk di hadapan Jimin.

"Morning Kookie" Sapa Jimin semula.

"Wah sedapnya tengok hyung makan~ Lapar pulak tengok." Jungkook tergelak kecil.

"Makanlah, Kookie order banyak sangat untuk hyung. Gemuk hyung nanti."

"Ha waktu tulah sedap bila peluk hyung yang empuk, chubby, comel, tiut miut semua tu ah." Jungkook tersenyum dengan lebar sehinggakan Jimin boleh nampak mata Jungkook bersinar memandangnya.

Pipi Jimin terus kemerahan. "Mana ada..."

Jungkook hanya tersenyum dengan penuh kasih sayang. Dia amat menyayangi hyungnya yang comel dan patut dilindungi itu. Kalaulah Jungkook boleh claim Jimin sebagai kekasih dia. Hanya dia sahaja yang boleh pegang Jimin.

Tiada sesiapa yang boleh mengambil Jimin daripadanya.

"Kookie... Janganlah pandang hyung lama-lama.." Jimin tertunduk. Jimin yang tadi makan dengan berselera, terus malu apabila Jungkook berada di hadapannya. Lagi-lagi merenung sahaja ke arahnya.

"Sorry hyung, I can't help it." Jungkook masih tersenyum kemudian pergi ke kaunter untuk memesan makanan.

Beberapa minit kemudian, Jungkook kembali semula dan duduk di tempatnya semula. "Hyung, okay kan makanan yang Kookie pesankan untuk hyung?" Soal Jungkook.

Jimin angguk sambil minum air. Jungkook hanya melihat Jimin yang kelihatan sangat suci itu sambil minum air dengan gaya yng amat seksi.

"Macam manalah dia boleh buat 2 in 1 ni? Gosh kawallah Kook. Kang tak pepasal Jimin lari." Gumam Jungkook.

"Ha, kat sini rupanya kamu berdua!" Pn. Jeon menepuk belakang Jungkook. Terkejut Jungkook dibuatnya. Mujur Jimin sudah meletakkan semula gelasnya tadi kalau tidak, tertumpah airnya.

"Omma! Nasib baik Kookie punya jantung masih melekat!" Marah Jungkook dengan nada gurau.

Pn. Jeon hanya tergelak dan mengusap kepala Jungkook. "Sorrylah Kookie, omma excited jumpa kamu berdua ni. Takut omma yang kamu berdua ni hilang. Tadi omma datang kat bilik kamu berdua, kamu berdua tak ada. Jadi omma pun pergilah dekat sini sebab sticky note yang ada dekat atas meja kamu tu."

"Omma ni suka main masuk bilik orang." Jungkook membuat muka masam mencuka gitu.

"Hehehe sorry. Asalkan kamu ada, baguslah. Dah, makan ye dulu. Nanti lepas makan, pergi jumpa omma kat bilik appa. Bye bye~" Pn. Jeon pun sempat lambai dahulu sebelum pergi.

Mereka berdua meneruskan makan sehingga kenyang.

------

tak tun tuang.

sila vomments ye!

-=_-+=Den=+-_=-

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now