sebelas

2K 180 15
                                    

-Author's POV-

"Hyung, hyung, hyuuungg!" Panggil Jungkook yang sedang jalan dengan pantas. Seperti ada perkara yang tak kena.

"Berita buruk hyung. Memang berita buruk." Kata Jungkook dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Yah Jungkookie.. Tarik nafas dalam-dalam dulu.." Arah Jimin. Jungkook pon ikut sahaja arahan Jimin.

"Hyung.." Jungkook memulakan percakapannya. "Memang berita buruk. Parents Kook nak datang sini. Esok hyung. Esok. E.S.O.K." Kata Jungkook yang macam ajar Jimin mengeja.

"EHHHH??!" Terkejut Jimin dibuatnya.

Kenapa berita buruk?

Well, satu, parents Jungkook ni pelik sikit tau. Suka sangat minum teh. Ah sudah. Dah lah teh tak ada. Takkanlah parents datang, nak buat dia kecewa pulakkan?

Kedua pulak, rumah dah lah bersepah. Tak ada lah bersepah mana tapi mesti dipanjangkan pula ceramah kebersihan nanti.

Yang ketiga, Jungkook takut parents dia sakat dia dengan Jimin. Ah sudah. Pernah sekali parents Jungkook sakat suruh kahwen dengan Jimin, terus seminggu mereka berdua tidak bercakap. Malulah nak dikatakan.

"Kookie! Baik pergi kedai cepat sebelum tutup!" Arah Jimin yang cemas mengutip majalah yang tak tersusun di atas meja di ruangtamu itu.

Jungkook pon melihat jam dinding yang berdekatan dengannya. Ha terus berlari keluar dia sambil bawa duit.

Jimin pon mengambil vacuum yang dah lama tak guna tu dan kain lap kaki. "Aku baru teringat yang lantai rumah ni dah lama tak lap. Melekit iler." Gumam Jimin.

Beberapa minit kemudian, Jungkook pon balik dengan beg plastik dengan banyak. Lagipon barang dapur ada juga dah nak habis, alang-alang dah pergi kedai, belilah barang dapur juga.

Jungkook pon menyusun barang-barang dapur itu di dalam kabinet dan juga peti sejuk.

Kemudian, dia pon bantu hyungnya mengemas rumah.

Mengemas rumah di malam hari ya tajuk hari ni.

-

Keesokan harinya, Jungkook dan Jimin pon bangun seawal-awal yang mungkin untuk bersiap.

Yang selalu bangun lambat, terus bangun awal.
Yang tak berapa masak, terus jadi tukang masak.
Yang suka mandi lama-lama dalam bilik air, terus lagi lama- eh-?

Okay tu cerita lain. Sekarang ni, Jungkook dah macam orang gila dah sebab dok pergi sana sini macam hilang sesuatu.

Jimin pulak, cari resepi dalam google. Google lah menjadi cikgu kita lepas ni ya.

"Yah Jungkookie! Dok ke sana ke sini. Tolonglah hyung ni!" Jerit Jimin dari dapur.

Terus Jungkook terselamat daripada fikiran yang sedang menelannya dan terus pergi dekat hyungnya. "So,, ada apa-apa yang Kookie boleh tolong?" Soal Jungkook.

"Ya, ya. Tolong potongkan cendawan tu. Camne eh nak cakap... Dia pamggil hiris eh? Entahlah. As long tak potong empat sudah." Kata Jimin yang sedang membuka tin kuah spegeti.

Jungkook yang acah faham pon potong sahaja. Tapi tak sangka pulak dia buat betul.

"Fuh ingatkan macam Namjoon hyung juga." Kata Jimin dengan suara yang perlahan tetapi masih didengari oleh Jungkook.

Amboi kuat pendengaran Jungkook.

"Namjoon hyung..?" Soal Jungkook yang keliru itu.

"Ah takde pape." Senyum Jimin.

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now