dua puluh lima

2K 114 43
                                    

-Author's POV-

Hari perkahwinan Jungkook dan Jimin sudah tiba, ramai juga orang yang datang pada hari perkahwinannya termasuk Taehyung.

Taehyung memberitahu segala perasaan yang dia ada terhadap Jimin, memang benar tekaan Jungkook, Taehyung menyukai Jimin kesayangannya.

Tetapi tidak mengapa, Taehyung juga memberitahu yang dia sudah mempunyai seseorang yang dia lebih suka.

Semasa perkahwinan mereka berlangsung, para hadirin menghormati majlis perkahwinan itu.

"Jungkook, keluar sahajalah, orang dah tunggu tu." Pujuk Pn. Jeon.

"Omma, I cant, macam mana ni, Kook nervous!" Terus dia berjalan ke hulu dan ke hilir.

"Jungkook," Panggil En. Jeon.

"Ye..?"

Terus En. Jeon menepuk Jungkook. Jungkook terkejut dan memandang terus ke arah En. Jeon, "Kamu boleh buat!" Kata En. Jeon yang memberi semangat kepada Jungkook.

"Okay, Kook boleh buat!" Jungkook mengikut apa yang disebut oleh En. Jeon.

"Ha cepatlah, Jimin baru je keluar tu. Takmaulah bagi dia tunggu lama-lama." Kata Pn. Jeon. Macam mana Pn. Jeon tahu? Mereka ada alat komunikasi rahsia mereka yang Jungkook sendiri tidak tahu.

Jungkook mengambil nafas dalam-dalam kemudian, dia perlahan-lahan keluar dari bilik itu.

Para hadirin semua terus memandang ke arah Jungkook, termasuk juga Jimin. Pipi Jimin terus kemerahan. Jungkook yang memandang Jimin juga turut malu. Aduhai, malu-malu pula pasangan ini.

Perlahan-lahan Jimin berjalan ke arah Jungkook. Jungkook tidak langsung melepaskan pandangannya daripada Jimin yang sangat.. sangat cantik. Bak kata hati Jungkook.

Sampai sahaja Jimin di hadapan Jungkook, terus Jungkook pergi ke arah Jimin. Jungkook menghulurkan lengannya dan Jimin menyelukkan tangannya ke lengan Jungkook.

Para hadirin terus bersorak tetapi tidaklah terlalu kuat kerana mahu menghormati majlis perkahwinan mereka itu.

"Sayang, sayang cantiklah hari ni." Bisik Jungkook sambil berjalan ke hadapan dengan Jimin.

"Awak pun apa kurangnya. Jangan tukar hairstyle tu, okay~?" Balas Jimin dengan suara yang peralahan juga.

"Oh. No problem ah." Jawab Jungkook yang tersenyum itu.

Mereka telah pun sampai di hadapan priest itu. Kemudian, mereka memandang antara satu sama lain.

Priest yang di sebelahnya mulalah membacakan sesuatu yang Jungkook dan Jimin langsung tidak mengambil kisah. Kenapa? Mereka memandang antara satu sama lain seperti dalam dunia mereka sahaja. Habis, sekeliling mereka diabaikan.

"Ehem," Priest itu berdehem.

Jungkook dan Jimin terus terjaga daripada lamunan mereka dan tersenyum menahan gelak.

"Park Jimin, sudikah kamu menjadi suami kepada Jeon Jungkook, tidak kira susah atau senang?" Soal priest itu.

"Ya!" Jawab Jimin dengan laju.

"Jeon Jungkook, sudikah kamu menjadi suami kepada Park Jimin tidak kira susah atau-"

"Ya!" Jawab Jungkook yang tidak sabar itu.

Jimin tersenyum lebar dan menutup mulutnya daripada menahan gelak dengan perangai Jungkook itu.

"Baik, memandangkan kamu berdua setuju, kamu berdua diminta bercium." Kata priest itu.

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now