enam

2.1K 190 1
                                    

-Jungkook's POV-

Dah lah aku malas ah nak cerita pasal benda kena buat kat kolej. Semestinya kitorang kena buat kerja lah itu lah ini lah. Sampaikan aku dengan Jimin pon kadang-kadang tak borak.

Yerlah, dia mana pandang aku dah sekarang. Taehyung pulak bestfriend dia.

Aku ni camne lak? Tiang ke? Aku jugak dia ketepikan.

Haih hari ni aku ada kerja. Tah apa aku buat sekarang pon aku tak tau. Otak aku asyik fikir Jimin jer.

Dah kenapa dengan aku ni?

"Jungkook, awak dah boleh balik."

Aku yang tadi termenung terus terkejut. "Ah.. okay boss."

"Kejap, Jungkook.." Panggil En. Han.

"Ye?" Aku memandang En. Han.

"Kamu dah kenapa dari tadi termenung semacam?" Soal En. Han.

"Uhm.. saya pon tak tahu kenapa. Sorry boss." Jawabku. (Jawapan bodoh apakah ini?)

"Hm okay." Kemudian dia masuk ke ofis dia.

Aku pon menanggalkan apron aku dan menggantungnya kat tempat penyangkut baju. Kemudian aku pon balik ke rumah.

"Hyung, Kook dah ba-" Ayatku terberhenti apabila aku ternampak Taehyung dengan Jimin berpelukan.

"Hyung..?"

Jimin hyung memandangku kemudian mata dia terbuka luas dan menolak Taehyung sampai jatuh.

"E-eh Kookie~ Annyeong!!" Kata Jimin dan melambai ke arah ku.

"Kenapa Tae ada dekat sini?" Soalku.

"Well. We call it, hang out. Uhm.. yeah hang out! Kinda..like that lah" Jawab Jimin.

Aku mengeluh. "Kay. Nanti kemas balik ruangtamu. Bye." Aku pergi ke bilik aku dan melemparkan badanku ke atas katil.

'Ha yela. Hang out en. Dengan Tae, ada je masa. Dengan aku, takde masa. Tsk. Taehyung, sila pupus.' Aku menutup muka ku dengan bantal. Well bantal aku wangi, biarlah aku nak bau.

-

-Jimin's POV-

Kenapa muka Jungkook marah semacam?

Aku ada buat salah ke?

Ke dia tak suka Tae kat sini?

Tapi apa salahnya kalau aku ajak Tae lepak?

Aduh dah memacam soalan dah kat kepala aku ni. Takkan nak tanya kot? Alahai, malulah nak tanya. Dah tu apa aku nak buat ni..?

"Yah! Park Jimin! Kau sempat lagi termenung lepas kau tolak sahabat sejati kau sampai jatuh ye?" Tae bangun daripada lantai yang dah mencium bontotnya. Kemudian dia sapu bontot dia yang tak berapa gebu cam aku tu.

"Kesah lak aku?" Jawabku dan sambung makan chips aku semula.

"Bapak ah dia ni en.." Tae terus menerjah aku dan geletek aku. Habis chips tadi terpelanting.

"WEH TAE GELI LA-! STOOP! AHAHAHA NO WEI!!" Aku menolak-nolak badan gergasi Tae tu.

"Haa tolak aku lagi, kan dah kena." Tae menjelir lidahnya.

Aku mengembungkan pipiku kemudian aku tengok chips yang dah bersepah. "YAH KIM TAEHYUNG! TENGOK TU, CHIPS PALING BERHARGA DALAM DUNIA NI TUMPAH! KAU KUTIP BALIK!"

"Eh chips tu tadi ada kat tangan kau, so kau lah yang kutip~" Kata Tae sambil sengih-sengih.

SEMPAT LAGI KAU SENGIH?!

"YAAAA!!" Aku terus menyerang Tae dan menggigit lengan Tae.

"WEI SETAN MANA TERLEPAS NI? AAHHHH!!" Jetit Tae kesakitan.

"Perlu ke jerit-jerit?! Pak ah! Aku dah lah tengah penat! Pastu korang lak bising camni! Sakit kepala aku sial!" Marah Jungkook yang tiba-tiba berdiri dekat dengan kitorang.

oh shit.. Jungkook dah marah..

"A-ah.. Uhm.. Sorry Kook-"

Tak sempat aku balas, Jungkook dah hilang dari tempatnya.

Aku pon pandang Tae. "Ha kau lah ni bising sangat!" Marahku dengan suara separuh jerit.

"Hek leh, kau start dulu!" Balas Tae dengan suara separuh jerit juga.

"Kau kemas balik chips yang tumpah tu!" Kataku yang dah ready nak gigit lengan Tae semula.

"Tak nak" Jawab Tae.

Muka aku merah padam. Tinggal aku dah ready nak bunuh dia jer ni.

Tae yang perasan muka aku terus terkejut. "O-okay, aku kemas."

Aku pon mengeluh lega. "Kau kemas, dan aku pergi jumpa Jungkook kejap."

"Eh? Aku buat kerja ni sensorang??" Soal Tae. Aku pon pandang dia macam nak bunuh dia lagi.

"Okay okay, finnee aku kemas sendiri." Sambung Tae.

Aku pon senyum dan pergi ke bilik Jungkook.

Ok nak ketuk, or tak nak ketuk? Ke terus masuk? Atau tak yah masuk? Dah tu apa motif aku pergi bilik dia kalau tak masuk?

Okay mari kita ketuk..

Knock knock

"Kook,, hyung masuk ye.." Aku menolak pintu biliknya perlahan-lahan.

"Pe?" Soal Jungkook yang terlentang kat katil tanpa buat apa-apa.

"Uhm.. Kook marah hyung ke?" Soalku yang kini bersalah.

"Hm." Gumam Jungkook.

"Is it a yes or no?" Soalku yang kini mendekatinya.

"Tah hyung rasa yes or no?" Soal Jungkook semula kepadaku, kemudian dia menutup mukanya dengan bantal.

"Yes..?" Jawabku.

Dia pon petik jari dan buat tanda good. (Maksudnya dia marah ler tu.)

"Alalalalalalalala sorry laaaaa" Aku menerjahnya dan memeluknya. "Uisy tak sangka badan Kook ni sedap dipeluk gak."

....

Krik krik

Eh budak ni dah tido ke ape?

Aku menolak bantalnya ke tepi dan melihat mukanya.

Jungkook kini berdengkur sudah.

"Aku tak faham. Camne dia boleh tertido?!" Soalku dengan muka tak percaya.

------

random ending again? hahaha yes cuz xde idea dah. tepuk tangan kit. :v

btw THANKS FOR 100 views!! :"") i know im late huhu

vomments pleaseu thankseu :D

-Den♡

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now