dua puluh

2K 146 114
                                    

thanks for 4k readers, bbs!

-Author's POV-

Party pon bermula. Ada yang menari, ada yang berbual, ada yang sedang makan. Mungkin ada yang membuat s-

"Hyung." Panggil Jungkook sambil memetik jari di hadapan muka Jimin.

Jimin terkejut daripada lamunannya. "Y-yes Kookie?"

"Hyung nak apa-apa tak? Kookie ambilkan. Ada macam-macam air kat sebelah sana tu. Kopi, teh.. Hah banyak lagi lah." Terang Jungkook.

Jimin pon terfikir sesuatu. "Ada soju tak? Beer ke..?"

"Hyung.. Janganlah termenung sahaja. Nak termenung pun, pandanglah Kookie yang handsome ni." Kata Jungkook dengan nada sedikit serious dan sedikit gurau.

Jimin memandang ke arah Jungkook. Mata mereka bertentangan. Hati Jimin berdegup kencang. Sebab itulah Jimin tidak suka memandang Jungkook, tidak dapat dinafikan Jimin, Jungkook teramatlah kacak di matanya.

"H-hyung... Hyung boleh ambil sendiri." Kata Jimin lalu bangun, pergi mengambil air.

Jungkook hanya melihat Jimin pergi dan mengeluh. Tiba-tiba perutnya berbunyi sedikit. Mujur bunyinya tidak terlalu kuat.

"Jungkook-ssi." Panggil Jin yang tidak jauh daripada Jungkook.

"Ya Seokjin-ssi?" Balas Jungkook lalu memandang ke arah Jin.

"Tak payah lah panggil Seokjin-ssi bagai. Panggil saya Jin sahaja. Baru terasa muda sedikit." Gelak Jin perlahan.

Jungkook tersenyum. "Itu pun kalau Jin-ssi ehem maksud saya Jin, tidak memanggil saya Jungkook-ssi juga."

"Baiklah Jungkook. Oh ya, Jimin itu baik orangnya bukan?" Soal Jin. Jungkook hanya angguk tanda setuju.

"Cepat-cepatlah kamu berkahwin dengan Jimin. Saya takut.." Jin menunjukkan ke arah Jimin yang sedang berbual dengan seorang lelaki. "Ada orang cuba mengambil Jimin daripada awak."

Jungkook memandang ke arah Jimin tetapi penglihatannya terhalang dengan kelibat orang yang ramai. Jungkook memandang ke arah Jin semula. Jin hanya mengangkat bahunya dan sambung makan.

Jungkook bangun lalu pergi ke arah Jimin walaupun dia tidak pasti di mana tempat terakhir Jimin berdiri.

Setibanya Jungkook di tempat mengambil air. Jungkook tidak nampak kelibat Jimin. "Shit, mana dia hilang?!" Gumam Jungkook dengan cemas.

Tiba-tiba Jungkook ternampak Jimin yang jalan dengan laju seperti ditarik oleh seseorang. Terus Jungkook berlari ke arahnya tetapi hilang daripada pandangan. "Mana dia?!"

"Hai awak~" Sapa seorang perempuan lalu memegang dada Jungkook.

Jungkook memandang perempuan itu dengan muka yang tidak ada perasaan. "Maaf cik, saya kena pergi dulu." Jungkook menolak sedikit perempuan itu dan sambung mencari Jimin.

Tidak tahu mengapa hatinya menyuruh Jungkook pergi ke tandas. Bukannya dia mahu membuang air kecil tetapi dia merasakan Jimin berada di dalam tandas.

Jungkook pon terus berlari ke tandas lelaki. Mujur tandas lelaki tidak jauh dari tempatnya tadi. Cepat-cepat Jungkook membuka pintu tandas.

Kosong. Tiada sesiapa. Jungkook menggenggam tangannya dan mula menyalahkan dirinya kerana tidak mengikut Jimin sekali ketika dia mengambil air.

Tiba-tiba pintu tandas terbuka dengan kuat.

"Lepaskanlah saya!"

Jungkook terus memandang ke arah pintu. Mata Jungkook terbuka luas. "Jimin!"

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now