tiga belas

2.1K 159 12
                                    

-Author's POV-

Jungkook pon merapatkan mukanya ke muka Jimin. Kemudian terus dia mencium bibir Jimin.

"Gebunya.." Gumam Jungkook yang sedang menutup matanya. Malu hendak membuka matanya.

"Mmm..." Jimin pon perlahan-lahan membuka matanya.

"Mwoyaaaa??!!" Jimin terkejut dan terus menolak Jungkook sampai dia terjatuh.

Sekali lagi Jungkook terjatuh. Memang jawapannya Jungkook dengan lantai jerlah berkahwin.

"Aduh..." Jungkook merintih kesakitan.

"Jungkookie! Omo.. Kookie okay tak???" Soal Jimin dengan muka yang amat terkejut.

"Wow risau betul hyung aku ni. Dia mesti kena tengok muka dia yang terkejut tu." Gumam Jungkook. "Ye ye.. Kookie okay." Jungkook pon bangun dari lantai yang menciumnya tadi dan menepuk-nepuk badannya. Berhabuk sudah badan Jungkook.

Jimin pula dari tadi memandang Jungkook dengan muka bersalah.

Jungkook yang perasan Jimin yang dari tadi pandang dia, terus dia mendapat idea untuk menyakat Jimin(supaya dia tidak memandang Jungkook dengan muka bersalah sahaja.). "Hyung, Kookie tau Kookie sem. Nanti cair hyung pandang Kookie lelama."

"Mana ada hyung pandang Kook!" Habis muka Jimin kemerahan kemudian dia memandang ke arah lain.

"Dah dah. Jom bersiap. Nanti flight terlepas pula." Kata Jungkook sambil mengambil tualanya yang tergentung di belakang pintu.

"Neh.."

-

Keluarga Jeon dan keluarga Park bertolak ke lapangan terbang. Masih awal lagi untuk bertolak, jadi terpaksalah mereka menunggu flight mereka.

Jungkook yang rasa bosan duduk dekat tempat yang sama, meminta izin dengan keluarganya terdahulu untuk pergi berjalan di sekitar situ. Sempat lagi Pn. Park menolak Jimin untuk ikut Jungkook sekali.

Dia mahu menolak tawaran Pn. Park tetapi entah kenapa dia setuju sahaja untuk Jimin menemaninya.

Jungkook pon ternampak gerai-gerai yang berdekatan dengannya terus menuju ke arah gerai-gerai tersebut sambil mengenggam lengan Jimin.

"Hyung.. Hyung lapar tak?" Soal Jungkook yang terasa lapar akibat terbau makanan yang sedap.

Lagi-lagi bau burger McD, fuuhh, baunya agak menyelerakan.

Jimin yang berdiri sebelah Jungkook, hanya menggelengkan kepalanya.

"Okay." Jungkook pon terus menuju ke McD itu. Dalam kepala dia sekarang ialah burger dan McFlurry. Kalau dapat, memang bahagialah.

Selepas sahaja memesan makan dan mengambil makanan yang dipesannya, dia mencari tempat kosong untuk makan sedang dia tengah makan, dia ternampak Jimin yang dari tadi memandangnya.

"Hyung, kalau nak, cakap. Bukan tengok je sampaikan nacam nak telan Kookie sekali. Mentang-mentang nickname Kookie ni Kookie, tak semestinya Kookie ni 'cookie'." Jungkook tersenyum bangga dengan jenakanya yang tak lawak itu sendiri.

"Mana ada!" Jimin menafikannya. Tiba-tiba perut Jimin berbunyi. Mata Jimin terbeliak sebentar, kemudian dia memandang jarinya yang dia bermain tadi di bawah meja.

"Oh bunyi apa tu?" Jungkook menyakat Jimin lagi. Habis muka Jimin merah padam.

Jimin kemudian terdengar serekan kerusi, tetapi selepas itu tiada apa-apa bunyi. Dia tak sanggup memandang Jungkook lagi. Malu yang teramatlah nak dikatakan.

[MY] the feelings ⇝ kookmin。Where stories live. Discover now