Setelah mendengar luahan Jimin semalam, Seulgi tidak tahu harus gembira atau sedih. Adakah dia harus gembira kerana Jimin masih sayangkan dan cintakan dia? Atau dia harus sedih kerana dia tidak boleh bersama Jimin. Status dia sekarang ni ialah isteri kepada Wonwoo. Apa patut dia buat?
...
Wendy, Tzuyu, Nayeon dan Yuri berkumpul di dalam bilik Chorong. Apa yang mereka bincang pun tak tahu. Hampir setiap hari mereka berkumpul di dalam bilik Chorong.
"Zuyu peliklah unnie. Kenapa Taeyeon unnie layan Fany unnie dengan baik? Selalunya dia akan buli orang baru" tanya Tzuyu.
Sepanjang Tiffany tinggal disitu, Tiffany tidak pernah dapat masalah atau dibuli dengan Taeyeon.
"Kalau tak silap unnie mereka kawan baik dulu. Tapi mereka terpisah. Yang tu je unnie tahu" jawab Yuri.
"Taeyeon unnie tak patut buat macam ni pada kita. Apa salah kita?" kata Nayeon tak puas hati.
Wendy hanya mengangguk setuju."Habis kita nak buat apa?" tanya Tzuyu lagi.
"Kita just tengok sampai bila dia nak kekalkan perangai busuk dia ni" semua setuju dengan cadangan Chorong.
Tiba tiba pintu dibuka dengan kasar. Jihyo dan Taeyeon berdiri dan melihat mereka semua. Muka Jihyo tak payah cakaplah. Memang tunggu masa nak meletup. Taeyeon hanya tersenyum jahat. Chorong memandang ke arah lain dengan muka menyampah. Dia tahu semua ni kerja Taeyeon. Mana ada orang lain yang tak boleh tengok mereka hidup senang. Taeyeon sorang je.
"Ada mesyuarat tergempar apa sampai satu habuk makanan apa pun tak ada! Korang tahu tak sekarang ni pukul berapa?! Sekejap lagi anak anak aku nak balik makan malam. Korang seronok bergosip disini!" marah Jihyo.
"Kami minta maaf ibu" kata Yuri. Mereka semua terus turun ke dapur. Taeyeon sempat menjeling Chorong.
Banyak makanan yang mereka masak. Akhirnya siap juga. Nasib mereka buat sama sama. Kalau buat sorang tak ke naya namanya tu. Taeyeon hanya datang sebagai seorang ketua yang hanya melihat pekerjanya buat kerja. Nak je Nayeon cili mulut Taeyeon dengan cili yang dia sedang potong sekarang ni. Tapi dia masih hormat Jihyo.
"Cepat sikit hidang. Kang kebuluran suami suami korang tu" sindir Taeyeon. Memang nak cari mati Taeyeon ni.
"Its ok. At least dorang kebuluran masakan kitorang. Yang unnie tu suami unnie tak pernah rasa masakan unnie. Malulah sikit. Lain kali, nak cakap orang, tengok diri sendiri tu dulu. Jangan main redah je" hilang kesabaran Chorong.
Taeyeon menahan marahnya. Tiba tiba Jihyo datang.
"Wah! sedap mulut kau je Chorong cakap macam tu pada Taeyeon. Kau pun patut sedar. Kau tu tak boleh mengandung. Tak boleh bagi aku cucu! Dah bertahun kahwin tapi masih tak ada anak. Apa kes?! Ke kau nak aku suruh Suho kahwin lain" Chorong terasa hati sangat dengan kata kata ibu mertuanya itu. Hina sangat ke dia.
Chorong terus naik ke biliknya dan menangis. Apa salah dia sampai Jihyo sanggup kata dia macam tu?
"Korang semua dengar sini baik baik! Kalau aku dengar korang berani mengata macam Chorong tadi, siap korang! Taeyeon. Ibu nak kau pantau mereka semua dan bagitahu ibu kalau ada masalah" Jihyo pergi dari situ. Seronok lagilah Taeyeon. Lagi banyak dia boleh mengadu.
Sana melangkah masuk ke dalam rumah besar itu lagi. Selagi Sejun tak sembuh, selagi tu dia akan datang sini dan rawat Sejun. Itu janji dia. Selepas pulang ke sekolah, dia akan terus pergi ke rumah Sejun. Dah banyak kali Sejun marah sebab Sana terus datang rumah dia selepas pulang sekolah. Tapi perempuan tu tetap degil.
"Hai awak. Macam mana dengan keadaan awak sekarang ni?" tanya Sana sebaik saja berjumpa dengan Sejun.
"Lebih baik. Yelah. Ada nurse cantik yang tolong jaga. Memanglah cepat baik. Ermm..kaki ni pun dah boleh jalan sikit"
YOU ARE READING
[C] Big Family 대가족 (MALAY)
FanfictionBig Family Gary and Jihyo adalah ibu bapa kepada EXO dan Seventeen. Jihyo adalah ibu tiri Seventeen. Biarpun dia seorang ibu tiri, dia tetap sayang Seventeen seperti anak kandungnya. Seventeen dan EXO sudah berkahwin dengan pilihan mereka sendiri...