Jihyo dengan Gary ke Italy untuk tujuan kerja of course. Yang lain apa lagi. Seronok gilalah ibu mertua a.k.a singa jadian itu tak ada. Semua dah ada plan masing masing selama 3 hari. Pagi pagi lagi mereka dah keluar tinggal Taeyeon sorang sorang. Mereka semua sengaja ajak suami masing masing keluar rumah awal supaya mereka tak dapat apa apa arahan dari Taeyeon.
"Cho unnie. Kalau Zuyu nak ikut unnie dengan Suho oppa boleh tak sebab Mingyu cakap dia ada meeting. Petang nanti baru boleh pergi jalan jalan. Tapi kalau unnie rasa Zuyu ganggu masa unnie dengan Suho oppa, Zuyu faham. Zuyu tak marah" Chorong dan Suho melihat satu sama lain dan tersenyum.
Comel pulak Tzuyu ni.
"Kenapa Zuyu cakap macam tu? Unnie okay je. Lagi best kalau pergi ramai ramai"
"Oppa pun tak kisah. Lagi ramai lagi best" kata Suho pula. Tzuyu tersenyum.
Bestlah dapat unnie dengan oppa macam ni. Bukan macam si Taeyeon. Hehhh! Pergi matilah!
"Terima kasih Cho unnie, Suho oppa. Zuyu bukan apa. Zuyu bosan duduk di rumah"
"Oppa faham. Jomlah. Nanti lambat sampai pulak" Tzuyu masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang.
Belum sempat Suho menghidupkan keretanya, dua orang lagi makhluk masuk dengan selamba badak mereka ke dalam kereta. Tzuyu juga terkejut kerana dua makhluk tu dah duduk dengan elok di sebelah kiri dan kanan dia. Ingat hantu mana tadi. Lemah semangat den. Hampeh betullah!
"Siapa benarkan korang berdua masuk? Sejun? Jungkook?" Tzuyu menahan tawanya.
"Alahh hyung bolehlah. Kookie bosanlah duduk rumah" Jungkook merengek.
"Jun pun. Tzuyu pun bosan apa lagi kitorang. Bolehlah hyung" Sejun pula merengek. Chorong menggelengkan kepalanya.
"Macam mana ni sayang? Habislah apa yang kita plan semalam" Chorong ketawa.
"Biarlah hubby. Esok kita plan lain. Lagipun bukan selalu kita keluar ramai ramai macam ni" Suho menghembuskan nafasnya. Tak guna punya adik! Kacau line betullah.
"Korang bersyukur sebab noona korang baik. Kalau tak dah lama hyung tendang korang berdua"
"Sepatutnya hyunglah bersyukur sebab Chorong noona isteri hyung. Dah lah cantik, baik pulak tu. Mana nak cari perempuan macam Chorong noona ni" tambah Jungkook lagi. Saja nak sedap hati Suho.
"Kejap. Bukannya korang sekolah hari ni?" kata Tzuyu.
Sejun dan Jungkook mengalihkan pandangan mereka ke luar. Pura pura tak dengar.
"Hah? Kau cakap apa tadi?" Sejun pura pura tanya.
"Kan. Aku pun tak dengar" tambah Jungkook pula.
Pekak betul baru tahu. Benci pula tengok dua beradik tiri ni. Perangai tak ada beza langsung.
"Orang malas jangan ditanya Zuyu" sindir Suho.
Jungkook dan Sejun sengeh. Muka macam orang tak bersalah.
Tzuyu dan Chorong ketawa.
"Kita nak pergi mana ni hyung?" tanya Jungkook.
"Hyung nak bawa Jun dengan Kookie pergi neraka. Tapi lepas tu hyung, Chorong noona dengan Zuyu patah balik. Pergi Namsan Tower" Chorong dan Tzuyu tak boleh berhenti ketawa.
Sejun dan Jungkook buat muka menyampah.
"Ingat lawak ke?" kata Jungkook.
Suho pula ketawa.
Taeyeon menahan marahnya. Mana taknya rumah dah kosong. Semua dah pergi termasuk suaminya Baekhyun. Awal awal lagi dah pergi kerja. Katanya ada kerja yang belum siap. Anaknya Hera awal pagi lagi dah mandi bila dengar Naeun nak bawa pergi Lotte World. Jadi tinggal dia sorang yang belum keluar. Sebelum Jihyo pergi, dia ada pesan untuk beli barang dapur. Ni mesti dorang dah kerjakan dia. Siapa lagi kalau bukan dia perlu pergi beli barang dapur. Dia baru ingat nak suruh Arin dengan Tzuyu pergi beli. Tapi dua orang tu awal awal lagi dah keluar. Hish! Tak guna betul!
YOU ARE READING
[C] Big Family 대가족 (MALAY)
FanficBig Family Gary and Jihyo adalah ibu bapa kepada EXO dan Seventeen. Jihyo adalah ibu tiri Seventeen. Biarpun dia seorang ibu tiri, dia tetap sayang Seventeen seperti anak kandungnya. Seventeen dan EXO sudah berkahwin dengan pilihan mereka sendiri...