Hari ni merupakan hari terakhir mereka di Pulau Jeju. Hmm. Macam biasalah perempuan. Kalau tak shopping tak sah. Yang susahnya lelaki lelaki mereka lah. Sekali shopping, habis satu mall mahu dibeli mereka semua. Terpaksalah si suami ni membawa pelbagai corak beg kertas yang diberi oleh isteri mereka. Dah macam model beg dah berjalan di airport.
Apalah nasib dapat isteri yang suka shopping. Suho, Lay dan juga Wonwoo hanya membawa diri mereka. Mereka bernasib baik kerana isteri isteri mereka tidak suka shopping.
"Saya ingat awak nak suruh saya beli mall tu" sindir Kris.
"Eh! Kalau tak sudi pegang tu cakaplah. Tak payah nak sindir bagai. Nak minta tolong sikit pun susah" marah Jessica. Beg kertas yang dipegang Kris terus Jessica ambil.
Hmm. Susahlah dapat isteri yang kuat merajuk ni. Tak boleh nak gurau sikit, dah nak merajuk. Tapi apa pun Kris tetap sayang Jessica. Jessica lah perempuan pertama yang membuat hatinya tak keruan. Mana boleh lepas macam tu je. Lagipun, comel ape merajuk macam tu.
"Ala..sayang. Janganlah merajuk. Malam ni biy nak peluk siapa. Biy tak ada dah orang lain selain sayang. Biy suka peluk sayang sorang je"
"Eleh! ramai lagi perempuan di luar sana. Pergilah cari"
"Tak boleh. Dorang tak sama dengan sayang"
"Yelah tu. Ambil ni. Berat lah" Jessica memberi semula semua beg kertas tadi. Kris tersenyum. Tak susah pun nak pujuk Jessica.
"Kang Seulgi?" seorang lelaki menegur Seulgi.
Aduh! Kenapa boleh terserempak dengan namchin lama pula. Ni yang tak suka ni. Baru je nak lupakan dia tapi dia muncul lagi. Saya masih sayangkan awak Jimin. Ingat Seulgi, kau dah ada suami!
"Park Jimin. Awak buat apa sini?" tanya Seulgi. Wonwoo pula hanya diam dan lebih memilih untuk bermain dengan Hera dan Naeun.
"Saya datang bercuti. Awak?"
"Saya pun datang bercuti juga. Dengan family. Awak datang dengan siapa?"
"Saya datang sorang. Itulah. Kalau ada isteri kan bagus" Seulgi memberikan senyuman palsu.
Seulgi ingat, Jimin dah ada isteri. Tapi dia silap. Jimin belum berkahwin. Kenapa dia tak kahwin lagi? Dia tunggu siapa?
"Hmm. Saya pergi dulu" Seulgi menunduk hormat dan berlalu pergi.
Awak semakin cantik Seulgi. Kenapa awak putuskan hubungan kita dulu Seulgi. Apa salah saya? Dan sekarang ni awak dah kahwin. Saya harap awak ialah jodoh saya tapi rupanya saya silap. Awak dah pun jadi milik orang lain. Saya cuma harap awak akan happy dengan suami awak Seulgi dan tak kan lupakan saya.
"Dah habis cakap dengan lelaki tadi?"
"Kenapa awak tanya?"
"Saya saja tanya"
"Awak jangan risau. Walau apapun terjadi saya tetap akan jadi isteri awak" Wonwoo hanya mengangguk.
No! Salah! Bukan tu yang Seulgi nak cakap. Dia nak berterus terang yang dia memang tak boleh cintakan Wonwoo. Walaupun dah dua tahun berkahwin, dia tetap tak boleh cintakan Wonwoo kerana hati dia ada pada Jimin.
Seulgi memandang Jimin yang sedang duduk sambil menunggu penerbangan pulang ke Seoul. Jimin tidak perasan Seulgi sedang memandangkan kerana dia sibuk bermain dengan telefon pintarnya.
Rasa macam nak lari peluk Jimin je sekarang ni. Tapi dia still waras. Dia tak kan buat macam tu di depan keluarganya.
...
Akhirnya, majlis yang dinanti nantikan berlangsung juga. Perkahwinan Xiumin dan isterinya diadakan di sebuah dewan besar. Ramai tetamu VIP yang hadir. Ahli keluarga Xiumin yang lain hanya datang membawa diri masing masing.
YOU ARE READING
[C] Big Family 대가족 (MALAY)
FanficBig Family Gary and Jihyo adalah ibu bapa kepada EXO dan Seventeen. Jihyo adalah ibu tiri Seventeen. Biarpun dia seorang ibu tiri, dia tetap sayang Seventeen seperti anak kandungnya. Seventeen dan EXO sudah berkahwin dengan pilihan mereka sendiri...