"Park Chorong?!!"
Korang rasa siapa jerit? Haha of course lah Jihyo. Siapa lagi. Taeyeon dah bagitahu semua yang terjadi sepanjang Jihyo tak ada di rumah. Yang paling dia marah sekali pasal Chorong lah. Berani dia bunuh bakal cucu dia. Kau tunggu nasib kau Park Chorong.
"Mana dia?" tanya Jihyo. Taeyeon juga tak tahu.
"Dia dah pergi dah bu dengan Suho hyung. Dorang pun menyampah tengok muka ibu. Bukan dorang je, Kookie rasa semua orang dalam rumah ni benci dengan ibu" jawab Jungkook dengan selamba. Headphone dipasang semula di telinganya. Dengan selamba badaknya dia berjalan keluar rumah.
"Yah! Jungkook. Anak tiri tak guna! Berani dia cakap macam tu" jerit Jihyo.
"Anak tiri tak guna yang awak cakap tu anak saya yeobo" kata Gary yang berdiri disebelah.
"Yelah! Anak yeobo lah. Anak siapa lagi!" marah Jihyo. Gary menggeleng kepalanya. Bilalah isteri dia nak berubah. Dia tak nak cakap apa. Dia tahu masa tu akan datang nanti. Mereka akan bahagia seperti dulu.
"Memang tak gunalah perempuan tu. Kalau tak boleh mengandung buat cara tak boleh mengandung! Berani dia bunuh bakal cucu aku!" jerit Jihyo lagi. Manalah perempuan tu pergi. Jumpa nanti siap dia aku kerjakan. Perempuan tak sedar diri! Dahlah tak boleh bagi aku cucu.
"Malam ni Jun tak balik rumah. Panas nak tinggal dalam rumah ni. Syaitan banyak. Kalau tak nampak syaitan tu tak pe, ni Jun boleh nampak syaitan tu. Macam nak mendidih badan Jun sebab terlampau panas. Jun pergi dulu" lagi marah Jihyo. Taeyeon ditepi juga menahan marahnya. Dia tahu Sejun tuju padanya.
"Aaahhhh!! Kenapa semua anak aku semakin lama semakin kurang ajar ni. Boleh gila aku macam ni" tengking Jihyo. Jihyo terus naik atas. Tak ada selera nak sarapan macam ni. Baru seminggu dia tinggal rumah. Dah macam macam jadi. Agaknya kalau dia tinggal sebulan mahu meletup rumah dia. Aaahhhh!
Suga dan Wendy selamat tiba di Busan. Yang paling happy sekali Wendy lah. Tak sabar nak peluk ibu dia. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Nasib baik kaki dia dah baik. Kalau tak mesti ibu dia risau nanti. Wendy bukanlah orang kaya sangat. Wendy hanya sederhana. Dia tak tahulah Suga selesa ke tidak nanti bermalam dirumah dia.
"Saya tinggal di kampung. So saya harap awak selesa nanti. Rumah saya sederhana je. Tak macam rumah awak. Tapi kalau awak tak selesa, awak boleh bermalam di hotel" mereka tiba di sebuah kawasan perkampungan. Rumah disini semua berunsurkan tradisional.
"Saya rasa saya akan selesa tinggal sini. Kampung ni cantik, bersih. Rumah pun teratur. Yes macam awak kata rumah disini semua sederhana. Tapi bagi saya cantik. Dekat dengan pantai. Rumah awak yang mana satu?" tanya Suga. Dari tadi mereka berjalan. Tak sampai sampai lagi ke?
"Ouh! Lupa pula. Rumah saya hujung sekali. Paling dekat dengan pantai. Jalan sekejap je pas tu sampai" jelas Wendy.
Tidak lama kemudian mereka sampai. Seorang perempuan yang agak tua sedang menyiram pokok bunga. Wendy yang melihat perempuan tu terus melepaskan bagasinya dan berlari ke perempuan tu. Mereka berpelukan. Maybe tu ibu dia kut. Fikir Suga.
"Ibu! Rindunya dengan ibu" mereka menangis. Dah tiga tahun Wendy tak balik sini. Tak guna Jihyo!
"Ibu pun rindu dengan kamu Wendy. Kamulah satu satunya anak ibu yang ibu ada. Akhirnya ibu boleh peluk cium kamu lagi" Suga disitu hanya jadi patung tak berbayar.
"Appa mana?" tanya Wendy.
"Appa pergi kerja" sayu hati Wendy mendengarnya. Dah tua pun tetap kena pergi kerja.
"Ouh! Lupa nak kenalkan. Ni Suga kawan Wendy" Puan Son hanya senyum melihat Suga menunduk hormat kepadanya.
"Mana suami kamu Wendy?" muka Wendy terus berubah.
YOU ARE READING
[C] Big Family 대가족 (MALAY)
FanfictionBig Family Gary and Jihyo adalah ibu bapa kepada EXO dan Seventeen. Jihyo adalah ibu tiri Seventeen. Biarpun dia seorang ibu tiri, dia tetap sayang Seventeen seperti anak kandungnya. Seventeen dan EXO sudah berkahwin dengan pilihan mereka sendiri...