Chapter 32

599 62 5
                                    

Sejak Sehun dan Sejun tahu alamat rumah Suho, mereka selalu berkunjung ke rumah Suho. Bukan berkunjung tetapi tinggal dirumah Suho. Dah macam rumah sendiri dah. Suho tak puas hati tapi Chorong lebih suka dua orang adik iparnya datang rumah mereka. Tak lah sunyi sangat kalau Suho pergi kerja. Tapi Sejun dan Sehun tetap kena kongsi bilik. Suho sengaja tak nak beli katil di bilik satu lagi. Pandan muka! Tapi Sehun dan Sejun buat tak tahu. Katil di bilik mereka sekarang ni cukup besar untuk mereka berdua. King size kut!

"Jun. Kau punya fon bisinglah" bukan Sehun je rasa bising. Sejun sendiri pun rasa menyampah. Malaun mana yang call dia ni?!

"Entah! Siapa pula yang call malam malam macam ni? Orang nak tidur pun tak senang" Sejun mengambil telefonnya dan melihat nama si pemanggil. Terus dia campak telefon dia ke tepi.

"Siapa call?" tanya Sehun.

"Tak penting pun"

"Mana kau tahu tak penting? Macam mana kalau penting?"

"Tak penting. Habis habis pagi esok hyung tengok muka Jun penuh dengan kesan lebam" Sehun dah tahu siapa call. Walaupun dia tak tahu apa punca Jungkook call tapi yang dia tahu mereka akan end up bertumbuk.

Telefon Sejun berbunyi lagi. Bukan call tapi mesej. Dia ni memang sengaja cari pasal kan! Sejun membaca mesej yang dihantar Jungkook.

' asal kau tak angkat call bodoh! Aku ada benda penting nak bagitahu kau. Kalau kau nak keluarga kau macam dulu, kau datang tempat biasa. Sekarang juga! '

Dengan malas Sejun bangun bersiap. Entah betul ke tidak cakap Jungkook. Entah entah sengaja nak kenakan aku.

"Jun nak pergi mana?" tanya Sehun. Pelik sebab tengok Sejun bersiap.

"Jun nak pergi jumpa Jungkook. Ada hal sikit. Hyung pinjam kereta?" Sejun menayangkan muka comel.

"Asal dengan muka kau tu. Macam kerang busuk je. Ambillah kereta hyung tapi kalau apa apa jadi, tanggung sendiri. Make sure jangan bagi calar. Audi tu" Sejun buat muka menyampah. Audi lah sangat. Macamlah tak boleh beli lain kalau apa apa jadi pun. Menyampahlah macam ni!

"Baik Sehun hyung. Bukan setakat calar, nyamuk yang hinggap di kereta hyung pun Jun akan bunuh. Ok. Jun pergi dulu" Sehun ketawa.

Jungkook menunggu Sejun di Sungai Han sambil meminum americano yang sempat dibelinya tadi. Hampir sejam dia tunggu musuh nombor satu dia tu. Tapi tak muncul muncul juga. Tak guna kau Sejun! Kau sengaja buat macam ni. Perangai kau ni memang tak boleh ubahlah. Dia melihat lelaki yang berjalan ke arahnya sambil meminum air yang bercop starbuck. Wah! Kau memang tak guna betullah Sejun!

"Asal kau tak datang esok je" sindir Jungkook.

"Betul ni? Kalau macam tu aku balik dulu. Tidur lagi best" Jungkook membuat muka menyampah.

"Hishh! Sabar jelah dengan kau ni" Sejun meminum airnya dengan selamba.

"Hal penting apa kau nak cakap sampai tak boleh tunggu esok?" tanya Sejun.

"Ok macam ni. Kau tahu kan siapa yang selalu cari masalah dalam rumah kita?" Sejun mengangguk.

"So?"

"So aku nak kita dua kerjasama cari bukti yang noona noona kita tak bersalah" Sejun senyum menyindir.

"Betul ke apa yang aku dengar ni? Kau okay tak? Ke kau belum makan ubat" tepat sekali sangkaan Jungkook. Dia tahu Sejun akan cakap macam ni.

"Okay fine. Aku mengalah. Aku tahu aku dah banyak buat salah dengan kau dan selalu cari pasal dengan kau. Tapi aku baru sedar. Tak guna pun kita gaduh. Aku nak family aku happy macam dulu. Aku minta maaf" Sejun terkejut dengan perubahan Jungkook dan dia tak nampak yang Jungkook main main dengan dia.

[C] Big Family 대가족 (MALAY) Where stories live. Discover now