Joshua melangkah masuk ke dalam biliknya dan melihat Mijoo sedang berdiri di balkoni bilik mereka sambil bercakap telefon. Mijoo tidak perasan Joshua masuk ke dalam bilik mereka. Joshua baring di atas katil sambil bermain IPad.
"Love you too" jelas Joshua mendengar perkataan itu keluar dari mulut Mijoo.
Mijoo terkejut melihat Joshua sedang berbaring dia atas katil sambil bermain IPad. Dia melangkah dengan perlahan dan melabuhkan punggung di sebelah Joshua.
"Awak dah lama masuk?" tanya Mijoo.
"Boleh saya cakap sikit?" terus hati Mijoo tidak keruan. Adakah Joshua mendengar perbualan dia dengan cinta pertamanya? Kalau dia dengar memang tamatlah riwayat dia.
"A..awak nak cakap apa?" tanya Mijoo. Takut juga dia.
"Saya boleh lepaskan awak kalau awak lebih sayang lelaki lain. Awak cuma bagitahu saya awak nak teruskan perkahwinan kita atau tak. Tak guna kita habiskan hidup kita dengan orang yang kita tak cinta" Mijoo tahu ini yang akan keluar dari mulut Joshua.
Sebenarnya Mijoo pun keliru. Adakah dia patut bercerai dengan Joshua? Mijoo memejam matanya lalu membuka semula.
"Baiklah. Nampaknya kita perlu selesaikan hubungan kita sampai disini. Mungkin kita tiada jodoh. Saya tahu awak pun sayangkan kawan awak sekarang ni. Saya tahu dia lebih cantik daripada saya. So, let's divorce. Saya minta maaf tapi saya tak rasa apa apa bila saya nampak awak berbual dengan kawan awak. And last, saya cuma nak cakap terima kasih sebab tak pernah sentuh saya selama kita kahwin" Joshua memeluk Mijoo. Mungkin untuk kali terakhir.
"Saya pun nak cakap terima kasih sebab sudi jadi isteri saya selama setahun. Terima kasih sangat. Saya janji saya akan cepatkan proses penceraian kita. Saya tak kan biar awak tinggal di dalam rumah yang seperti neraka ni" Mijoo senyum.
"Terima kasih Joshua. Saya harap ni keputusan yang terbaik untuk kita" Joshua mengangguk.
...
Sehun memandang pemandangan di hadapannya. Pemandangan yang cantik kalau dilihat pada waktu malam. Ya Sehun sedang berdiri di hadapan laut biru yang terletak di Maldives. Sudah sebulan dia tak masuk kerja. Kerjanya semua Youngdoo yang handle. Ini juga merupakan salah satu sebab kenapa dia tak nak bercinta. Dia takut hati dia akan terluka macam sekarang dan dia tak boleh lupa perempuan yang dia dah terlanjur mencintai. Sehun benci semua ni!
...
Semua diminta Jihyo untuk berkumpul di ruang tamu tingkat 2 selepas makan malam. Mereka juga tak tahu kenapa Jihyo suruh mereka berkumpul. Muka Jihyo tak payah cakaplah. Memang muka singa yang dia tunjuk. Gerun juga. Chorong juga terpaksa keluar. Niatnya cuma nak duduk dalam bilik tapi dia dipaksa Suho untuk keluar.
"Kamu tahu sebab apa ibu suruh kamu semua berkumpul sekarang?" tanya Jihyo yang tak ubah seperti warden asrama. Taeyeon berdiri di sebelah Jihyo.
Hera pula sudah tertidur di dalam di bahu Jungkook. Akhir akhir ni Hera rapat dengan Jungkook kerana Jungkook selalu beli aiskrim. Sebab tu dia suka Jungkook.
Mereka semua menggeleng kepala.
"Kalau kamu semua nak tahu, cincin perkahwinan ibu dah hilang!" semua terkejut.
Gila kalau cincin tu hilang. Harga sebentuk cincin tu sama harga dengan tiga biji kereta Audi. Memang mahal lah!
"Hilang dimana ibu?" tanya The8.
"Kalau bodoh tu, jangan tunjuk sangat. Kalau ibu tahu, ibu tak kan tanya korang" semua menahan tawa mereka.
The8 terus masuk ke dalam biliknya kerana malu + marah.
YOU ARE READING
[C] Big Family 대가족 (MALAY)
Hayran KurguBig Family Gary and Jihyo adalah ibu bapa kepada EXO dan Seventeen. Jihyo adalah ibu tiri Seventeen. Biarpun dia seorang ibu tiri, dia tetap sayang Seventeen seperti anak kandungnya. Seventeen dan EXO sudah berkahwin dengan pilihan mereka sendiri...