Chapter 24

569 60 3
                                    

Joshua menunggu Mina di lobi. Dia dah janji nak bawa Mina pergi jalan jalan. Hanya perempuan tu yang dapat buat dia tak tidur malam. Cantik sangat. Bukan setakat cantik, baik pulak tu. Mana nak cari perempuan macam Mina zaman sekarang ni. Dia bertuah sebab Mina sampai sekarang tak ada boyfriend. Lebih lebih lagi suami. Huhhh! Tak boleh bayang kalau Mina dah ada suami.

"You dah lama sampai?" tanya Mina sebaik saja masuk dalam kereta Joshua.

"Tak lah lama sangat. Sekejap je. Dalam satu jam yang lepas" Mina memukul lengan Joshua.

"You ni kan. Lama tu. Sepatutnya awak call saya awal sikit. Saya ni perempuan. Faham faham jelah kalau siap macam mana" Joshua hanya senyum. Comel sangat Mina ni. Cubit pipi baru tahu. Hihi.

"Saya gurau jelah. Saya baru sampai 15 minit yang lepas. Lagipun kalau lima jam pun saya sanggup tunggu awak. Janji saya dapat pergi jalan jalan dengan awak" Mina senyum.

"Kita nak pergi mana ni?" tanya Mina. Nak tahu jugak nak pergi mana.

"Kita pergi...rahsia. Yang pasti tempat tu salah satu tempat favourite saya"

Kereta Joshua bergerak keluar dari lobi. Mina hanya mengangguk. Maybe dia tahu mana Joshua nak bawa dia pergi.
"Mina saya ada something nak cakap dengan awak" Mina melihat Joshua yang sedang memandu. Handsome pulak Joshua ni.

"Apa?" Mina tertanya tanya. Nak tahu sangat ni.

"Malam nantilah. Time dinner" Mina mencebik. Kalau macam tu tak payahlah cakap nak bagitahu something bagai tadi. Orang nak tahu sangat ni. Boleh pula dia cakap time dinner nanti. Lambat lagi tu.

"Tak boleh ke you cakap sekarang Joshua" Mina cuba mengubah fikiran Joshua.

"No!" Mina memandang ke luar. Bencilah macam ni.

"You merajuk ke?" Mina diam. Joshua menahan tawanya.

"Mina sayangggggg..." Joshua sengaja buat darah Mina naik.

"Suka saya tengok awak merajuk macam ni. Comel sangat Myoui Mina" Mina memandang Joshua dengan muka menyampah. Saja je nak sakitkan hati aku.

Mina tetap diam.

"Alahh sayang. Jangan buat saya macam ni" Mina senyum sorang diri. Suka Joshua panggil dia macam tu. Panggillah lagi. Hahaha.

Tiba tiba Joshua memberhentikan keretanya di tepi jalan. Mina pelik. Kereta rosak ke? Ke minyak habis?

"Tolong jangan diam. Kalau tak saya kiss awak" Mina terus menutup mulutnya.

"Mana boleh? Ni untuk bakal suami saya nanti" Mina masih menutup mulutnya.

"Haha comellah awak ni. Awak jangan diam. Saya tak suka. Saya nak dengar suara awak" Mina menurunkan tangannya dan membetulkan posisi duduknya.

"Ekhmm! Okay saya tak kan diam lagi" Joshua senyum. Dia menang!

Joshua meneruskan perjalanan mereka. Mereka berbual seperti biasa.

Jimin melihat lelaki yang dipegang oleh dua orang anak buahnya. Lelaki ni memang nak cari mati dengan dia. Berani dia ganggu Seulgi! Lelaki itu tidak memberi sebarang respon. Hanya diam. Muka tak payah cakaplah. Memang muka marah lelaki tu tunjuk. Jimin senyum sinis.

"Siapa upah kau? Berapa dia bayar kau sampai kau sanggup sentuh hak milik Park Jimin?" bukan lelaki tu yang takut tetapi anak buah Jimin sendiri yang gerun. Mereka kenal sungguh bos kesayangan mereka tu bila cakap hak milik Park Jimin. Tunggulah nasib nanti.

"Perlu ke kau tahu semua tu? Aku rasa tak kut. Buat apa nak ambil tahu. Yang penting sekarang ni aku kena pastikan Kang Seulgi mati!" terus sebijik penumbuk melayang di wajah lelaki itu. Dua orang anak buah Jimin melepaskan tangan lelaki itu. Mereka bergerak ke sebelah. Tinggal ruang untuk Jimin dan lelaki itu bertarung sebentar lagi tapi kalau tak tonton pun dah tahu siapa yang menang nanti. Ada ke sejarah musuh Park Jimin berjaya membunuh Jimin. Kalau pukul tu ada lah dalam sejarah.

"Berani kau letak pisau dekat leher Seulgi. Kenapa kau nak bunuh dia? Apa salah dia hah?!!" jerit Jimin. Serius kalau boleh dia nak tembak terus lelaki ni tapi dia perlu tahu dulu siapa lelaki ni dan apa tujuan dia nak bunuh Seulgi.

"Hey!! Kau tahu tak dia dah buat kawan baik aku mati!" jerit lelaki tu pulak. Lagi naik darah Jimin bila dengar lelaki tu cakap macam tu.

"Weh! Kau ni bodoh ke apa?! Ke kau psycho juga macam si Wonwoo tu. Kau tahu tak. Yang bunuh Wonwoo tu aku. Aku yang tembak bukan Seulgi. Yang kau nak bunuh Seulgi tu pehal! Aku yang patut kau bunuh!" giliran lelaki itu memukul Jimin. Jimin memukul balik.

"Memang kau yang tembak Wonwoo tapi perempuan tu dah lama buat kawan baik aku menderita kau tahu tak! Perempuan macam tu layak mati je!!" jerit lelaki itu lagi.

Jimin terus memukul lelaki itu tanpa henti. Geram dia dengan lelaki ni. Suka hati dia je nak bunuh Seulgi. Apa hak dia nak buat macam tu. Bukan salah Seulgi tapi salah si Wonwoo a.k.a psycho tu! Anak buah Jimin hanya melihat perlawanan itu. Jimin tak perlu pistol atau pisau untuk bunuh lelaki ni. Cukup dengan amarah dia dan pukulan yang dia bagi. Itu dah lebih cukup untuk buat lelaki tu masuk ICU ataupun masuk kubur.

"Aku nak mayat dia kau buang depan rumah dia. Biar keluarga tengok sendiri!" Jimin memberi arahan kepada anak buahnya. Anak buahnya terus mengangkat mayat lalu membawa masuk ke dalam kereta mereka.

Jimin mengelap darah di bibir dia. Dia pun teruk juga kena pukul tapi tu tak mengurangkan sikit pun kehandsomeman di wajah dia. Hihi. Jimin sememangnya handsome. Haha. Penuh lebam di muka dia. Dia nak jawab apa dengan Seulgi nanti. Tak kan dia nak cakap dia dah bunuh lelaki tu. Hell no! Buatnya Seulgi tak nak cakap. Tak ke naya namanya tu. Merana dia nanti.

Tzuyu melihat pemandangan dari atas menara. Cantik sangat. Tambah dengan angin petang. Serius best duduk atas ni. Ramai pengunjung. Tapi kebanyakannya pasangan couplelah. Cemburu pulak Tzuyu tengok. Sedih hatinya melihat. Betul ke Mingyu betul betul maksudkan apa yang dia cakap masa di Pulau Jeju hari tu. Nak je dia tanya terus tapi dia takut Mingyu kecewa. Hmm.

"Betul ke Mingyu sayang aku?" kata Tzuyu sorang sorang.

"Kenapa sayang tak percaya yang saya memang betul betul sayangkan awak" Tzuyu terkejut. Tak sangka soalan dia ada jawapan. Tzuyu melihat di sebelahnya.

Mingyu...

Handsome doh walaupun dia pakai simple.

"Eh! awak. Bila sampai? Kenapa tak call dulu?" Tzuyu cuba mengubah topik.

"Sayang tak jawab lagi soalan saya?" Mingyu berubah serius.

"Bu..bukan macam tu. Saya just nak tahu betul ke awak sa..sayangkan saya. Tu je. Kalau awak nak marah, awak boleh marah sekarang" Tzuyu menundukkan kepalanya. Takut dia nak tengok muka Mingyu sekarang ni.

Mingyu senyum. Comellah Tzuyu ni. Macam nak cubit cubit je pipi tu. Inilah Tzuyu. Kalau buat salah je dia mesti tunduk kepala dia. Takut sangat isteri kecil dia yang sorang ni.

"Macam mana kalau saya tak sayangkan awak? Benda yang awak ragu ragu selama ni betul betul jadi?" Tzuyu memandang Mingyu. Mingyu menahan tawanya. Seronok kerjakan isteri dia macam ni.

"Argh! Jangan buat muka 10 sen macam tu" Mingyu ketawa.

Tzuyu memukul lengan Mingyu. Dia terus memandang ke arah lain tanda protes. Rupanya Mingyu sengaja kenakan dia.

"Alo..sayang merajuk ke? Saya minta maaflah. Saya gurau je" Mingyu berpura pura sedih.

"Saya tak nak cakap dengan awak. Pergilah sana" Mingyu senyum.

"Comellah sayang ni. Kiss baru tahu" Mingyu memeluk Tzuyu dari tepi. Pipi Tzuyu dicium. Kecewa perempuan lain yang melihat moment tu. Mereka ingat ada peluang nak jadi girlfriend Mingyu. Rupanya Mingyu dah ada girlfriend. Bagi orang yang tak tahu, mereka akan cakap pasangan couple kerana usia Tzuyu yang hanya muda dua tahun dari Mingyu. Mingyu kahwin muda sebab tak nak Jihyo jodohkan dia dengan perempuan lain. So dia kahwin dengan Tzuyu walaupun usia Tzuyu agak muda.

Jungkook dan Sejun pula entah kemana mereka merayap. Mereka sengaja tinggal Tzuyu sorang sorang. Suho dah bagitahu tadi suruh tengok tengokkan Tzuyu. Anggap Tzuyu macam adik sendiri walaupun Tzuyu tu kakak ipar dorang. Tapi kalau jenis nakal macam ni, memang tak kan dengar apa yang Suho bagitahu.

Tbc

Huhu cepat x saya update. Anyway teruskan bagi semangat untuk saya sambung cite ni dengan cepat.

#MASHIE에이핑크

[C] Big Family 대가족 (MALAY) Where stories live. Discover now