Airil dan Nazim menuju masuk ke dalam rumah sambil bergelak tawa .
"Airil , nazim makan jom " datin amalia yang sedang menjamu selera bersama aireen dan suaminya memanggil dua beradik itu.
" Tak apa lah ma , kami dah makan tadi " balas nazim . Airil yang berdiri di sebelah nya melihat aireen dengan rasa serba salah , dia tahu aireen memang rajin memasak mesti aireen tolong mama masak tadi desis airil dalam hati .
Pantas dia menuju ke sebelah aireen dan menarik kerusi untuk duduk .
"Tak apa ma, airil makan sikit ya " ujar nya sambil memandang muka aireen yang dah bermasam dengan kelakuan nya .
"Kalau dah kenyang tu tak payah nak paksa , nanti muntah pulak " kata aireen , apabila airil sedang mencedok nasi ke pinggan..
"Ma , nazim naik dulu " ujar nazim lalu naik ke bilik nya , datin amalia hanya mengangguk lemah .
Datin amalia memandang aireen dengan Rasa simpati menantu nya itu dah penat tolong masak untuk suami tapi airil balik lambat pulak dan memberitahu nya dia dah makan di kedai . Airil .. airil gumam nya dalam hati . Sambil menggeleng kepala .
" mama , papa aireen naik atas dulu " dia bangun lalu membawa pinggan ke dapur.
Datin amalian menepuk bahu airil .
" hey , kenapa buat perangai ? Aireen dah masak untuk kamu ni pun dah cukup bagus tau " bebel nya
Airil mengerutkan dahi .
" mana lah airil tahu dia masak malam ni , alaaa... mama jangan lah marah airil , nazim yang ajak airil lepak lepastu airil ikut je lah , lagipun dah lama tak lepak dengan dia, sorry ma " dia mencantum tapak tangan nya tanda maaf .
"Jangan minta maaf dengan mama , pergi minta maaf dekat aireen , dah habis kan makanan tu cepat lepas itu naik rehat " bebel nya lagi .
Airil mengangguk .
************
Aira menuruni bas sambil tersenyum lebar , tak sabar nak jumpa kakak kesayangan nya lah kata kan . Dia menyelok tangan ke dalam beg tangan untuk mengambil telefon bimbit nya . Jari dilarikan di skrin telefon mendail nombor telefon aireen
Tut... Tut.. Tut... Tut..
"Hello ... " sahut aireen Ditalian
"Hello , akak ,aira dah sampai di kuala lumpur dah ni , cepat lah ambil aira " balas aira sambil duduk di kerusi kosong di stesen bas itu.
" haa, tunggu sekejap , sepuluh minit lagi akak sampai " kata aireen yang sedang memandu kereta untuk mengambil adik nya .
"Okay , jangan lambat tau hehe " balas aira
"Ya lah .. " aireen mematikan talian .
Selepas beberapa minit ,
aireen tiba di stesen bas . Dia berjalan mencari kelibat aira yang tak muncul muncul , telefon di ambilnya dari dalam beg tangan. Pantas dia melarikan jari mendail nombor telefon aira.
Kring kring!
Aira melihat skrin telefon,
"Helo, akak dekat mana ? " ujar nya tenang,
" Akak dah sampai ni,, Aira tu dekat mana? " soal aireen.
" Aira tengah duduk dekat depan bas maju warna kuning, " sambil mata nya melihat sekeliling, mencari kelibat aireen.
" dekat mana? Tak nampak pun "
Soal aireen lagi." Alaa, dekat hujung ni, " balas nya.
" okay, tunggu dekat situ, jangan pergi mana mana " kata aireen lalu berlari lari anak menuju di stesen hujung.
YOU ARE READING
First love again
RomanceAiril syafril merupakan kekasih aireen sewaktu di sekolah menengah , namun kejadian kemalangan yang meragut nyawa airil dan ibu bapa nya membuatkan aireen trauma . dan takut bercinta kerana tidak mahu hilang orang yang tersayang . Setelah 5 t...