Aireen meluru ke luar rumah mendapatkan airil yang baru pulang dari entah ke mana . Sejak tengah hari tadi dia menunggu airil pulang. Entah ke mana dia pergi agak nya
" awak , awak pergi mana malam baru balik , risau tahu tak " airil tak mengendahkan nya dan terus meluru masuk . Encik daiman dan puan salmah disitu pun dia tak hiraukanPuan salmah memberi isyarat kepada aireen supaya mengikut airil sehingga ke bilik nya.
" airil , i boleh explan " dan sekarang mereka di dalam bilik airil masih mendiamkan diri. Dia perasan aireen berman main dengan tangan nya sejak tadi dan menggigil mungkin takut airil tak memaafkan nya . Tak dilayan pun dah buat dia rasa sedih apatah lagi kalau airil tak maafkan nya . Kehulur kehilir dia mengikut langkah airil sehingga airil keluar ke bilik mandi .
" sayang !"
" dah pergi tunggu dia dalam bilik. Kejap lagi reda lah tu " puan salmah menenangkan nya . Menggosok tangan aireen yang sejuk dan tampak gelisah
Aireen mengatur langkah ke bilik . Tunggu , tunggu dan tunggu dah dekat setengah jam , lama nya mamat ni mandi sehingga dia tertidur ,
" airil , pergi mana tadi lepas mandi ?" soal encik daiman setelah melihat airil melangkah masuk ke rumah sambil memegang telefon , selepas membersihkan diri dia terus keluar rumah menjawab telefon dari nazim .
" oh , airil ambil telefon dekat kereta tadi pa, lepastu nazim telefon itu yang lama sikit tu ,bincang hal kerja sikit " jelas nya
memandangkan puan salmah baru sahaja menceritakan tentang perkara yang berlaku antara aireen dan airil kepadanya,encik daiman mengerti akan perasaan menantu nya itu .pada mula nya dia marah juga apabila airil melayan aireen sebegitu .
" airil duduk sini kejap , papa ada benda nak beritahu "
Airil menjongketkan kening , tapi diturutkan mengatur langkah duduk di hadapan bapa mertuanya .
"apa dia pa ? Serius je bunyi nya "
Surat khabar ditangan nya diletak atas meja sebelum meneruskan bicara .
" Orang perempuan ni sensitif bila mengandung , airil tahu kan perangai anak papa tu macam mana , keras hati , suka berahsia , ego tapi dia sayang dekat kamu sangat sangat . Jangan lah hukum dia macam tu , dengar penjelasan dia "
Responnya hanya menganggukkan kepala Mendengarkan nasihat bapa mertuanya tapi dia tak mampu berpandangan .
"Airil bukan apa pa,cuma airil rasa kena tipu lagi lagi pasal kandungan dia "
"Papa faham , papa nak korang berbaik . Suami isteri tak elok gaduh lama lama , kamu datang sini pun sebab nak pujuk dia kan ? Ingat tujuan kamu tu, papa masuk tidur dulu . " dia menepuk halus bahu airil dan meluru masuk ke bilik
Selangkah demi selangkah dia dengan perlahan baring mendekati aireen yang tidur nyenyak di atas katil . Ditatap wajah sayu itu lama sambil membelai rambut nya .
Dia berbaring menghadapkan aireen
Yang tidur mengiring juga menghadap nya" i'm sorry for giving you such a tough time sayang , " UjarNya perlahan jari jemari nya bermain main diperut aireen , bibir nya mula mengukir senyuman yang sangat manis bila mengetahui aireen mengandungkan zuriat nya .
Disaat dia sedang mahu memejamkan mata . Tangan aireen memeluk Pinggangnya erat . Sehingga dia tertarik kedalam pelukan aireen .
Dup dap dup dap .
'Oh my god , this feeling ...' terkedu dia kaku tak bergerak . Dibiarkan sahaja pelukan isterinya ,tak
Pula dia menolak malah dia.membalas pelukan itu mendodoinya bersama tepukan ke bahu aireen sehingga dia juga terlena dibuai tidur .💣💣💣
Nazim menghampiri jay dan maya yang duduk di lobi menunggu nya daftar keluar dari hotel . hari ni dah boleh balik . semua dah diselesaikan
."Jom"
YOU ARE READING
First love again
RomanceAiril syafril merupakan kekasih aireen sewaktu di sekolah menengah , namun kejadian kemalangan yang meragut nyawa airil dan ibu bapa nya membuatkan aireen trauma . dan takut bercinta kerana tidak mahu hilang orang yang tersayang . Setelah 5 t...