Bab 30

79 0 0
                                    

Sara memandang airil atas ke bawah dah kenapa mamat ni serabut sangat , selalu handsome je aku tengok , hari ni tak serupa orang dah ni . dia tersengih sebaik sahaja airil memanggil nya aireen .

" i sara lah , bukan aireen ," ujar nya masih berdiri di hadapan lelaki itu . airil sedikit kecewa apabila bukan aireen yang berdiri di hadapan nya

" ohh sara , you buat apa malam malam buta ni kat rumah i ? , jap macam mana you boleh masuk sini ?" Soal nya . rasa nya dia dah tutup pagar depan .

Sara tersenyum manis ,

"Pagar you tak tutup , jadi i masuk je lah "

" nah , ni kek batik i buat tadi , siang tadi i ada nampak aireen tapi tak sempat bagi dia dah keluar " dia menghulurkan tupperware berisi kek batik . sambung nya lagi . selagi ada kesempatan selagi tu dia cuba

Dia nampak aireen keluar ? Nak tanya ke tak eh ? Karang dia fikir bukan bukan pulak .

Airil tak membalas senyuman nya , dia hanya menyambut huluran sara .

"thank you , susah susah je . "

Memang takde siang ke esok nak bagi kek pun ? Sampai sanggup datang memalam macam ni . hai lah sara , sara .

Airil tersengih kecil lalu menggeleng kepala . sudah masak dengan perangai sara yang tak reti nak tunggu esok . kalau dia nak buat sekarang maknanya sekarang lah dia nak .

" tak ada lah , lagipun i nak pulang kan tupperware tu sekali , aireen bagi lauk haritu , jadi i balas lah balik , takkan nak pulangkan dengan tangan kosong kan ? Kebetulan je ada buat kek tu , so i bagi lah sikit dekat korang hehe " balas nya

Airil hanya mengangguk disertakan dengan senyuman .. Walaupun hati tak berapa nak senyum , di paksa kan jua .

" hmm , okay lah i balik dulu eh , nanti kirim salam aireen .. Makan tau kek tu " pamitnya sebelum berlalu dari situ

Airil mengangguk lagi .

"In shaa allah ," dilambai tangan sekali ke arah sara sebelum dia masuk kembali ke dalam rumah .

********

Sedang mia sibuk mempersiapkan makanan untuk aireen ,aira datang dari arah belakang menepuk bahu nya .

' hah !' Sergah nya .

"Oh mak kau periuk meletop kebaboom !" Diketuk kuat periuk dengan senduk beberapa kali .

Aira gelak besar melihat mia melatah sebegitu .

"Hahahahahaaha , kak mia ni lawak lah , masak apa tu ?" Dia memuncungkan mulut melihat isi di dalam periuk .

Mia pula memandang nya tajam . kau sajakan nak kene kan aku aira . tunggu lah . bisik nya dalam hati

"Masak bubur je , dah tolong akak ambil air masak tu dalam cawan besar tu , " arah nya . meletakkan mangkuk berisi bubur ke atas dulang .

Aira berkerut dahi . nak bawa ke mana pulak bubur dengan dulang tu .

"Err kak mia .. Nak bawa ke mana ? Siap berdulang bagai ni ?"

"Untuk kak aireen kau tu lah , dah jom cepat kita kejut dia "

Aira terus melompat ke arah nya . dah beberapa minggu mereka tak berjumpa , rindu tu memang tahap maksimum lah .

" hah ? Kak aireen datamg sini ? " jerit nya di telinga mia . speaker kuat sangat hurh . boleh pekak mia dibuat nya .

Mia menggulingkan bebola mata nya . hurh banyak tanya betul budak ni .

First love againWhere stories live. Discover now