"Kau okay tak ni ?" Soal nazim . Pergelangan tangan fatiha dilepaskan sebaik adam pergi meninggal kan mereka .
Fatiha hanya mengangguk .
"Saya okay . Saya minta maaf lah tengku , sebab adam buat perangai macam tu , saya tak sangka pula sampai macam tu sekali dia bertindak " digosok lengan nya perlahan menahan pedih .
Dipandang luka di lengan fatiha sedalamnya beberapa saat .
Tanpa membalas kata kata nya , nazim berlalu pergi dari situ ,. Segala perasaan mula menghantuinya ..Fatiha hanya menghantar kelibat nya hingga hilang pandangan .
"Adohh ... Macam mana niii , mamat ni pun satu gila !" Dia mendengus kasar lalu menuju ke bilik nya semula sambil melihat luka ditangan nya .-----
Nazim berjalan sehingga di tempat parkir kereta nya . pintu kereta dikuak kasar , mengambil first aid kit untuk merawat bekas luka pada lengan fatiha selepas ditarik kasar oleh adam tadi .
"Saya okay " dia mencebik bibir berkata dengan nada mengejek kata kata fatiha tadi .
Dia menekan punat lift ke tingkat empat ,
Dia berjalan dengan gagah nya . hero lah konon an . menuju ke bilik fatiha dikuak pintu nya perlahan . pantas melabuhkan punggung dihadapan fatiha .
Fatiha sedikit tersentak . aik , tadi bukan dia keluar ke ?. Desis hatinya disaat nazim menarik tangan kiri nya yang luka .
" eh..eh..eh , tengku nak buat apa ni?" Nazim tak menjawab pertanyaan nya lalu terus menyapukan minyak gamat dengan perlahan dikesan luka itu sebelum nazim memandang nya dengan tajam
" lain kali kalau sakit cakap sakit , tak payah nak tahan tahan macam tu " bebel nya . tiba tiba terlakar sengihan di bibir fatiha . dia ni sweet jugak .
Fatiha menongkat dagu sebelah tangan melemparkan senyum lebar kepada nazim . mata nya tertumpu pada luka yang dibersihkan nazim .
"Alah , sikit je pun . no need to worry tengku " ujar nya . nazim hanya mendengar masih membersihkan luka nya .
"Ni , kalau awek awek tengku nampak tengku buat macam ni dekat saya , mati saya diorang kerjakan tau"
"Aku buat apa ? Basuh luka kau je pun , ke kau nak lebih dari tu.." Makin meleret senyuman nakal nya memandang fatiha . selepas je menampal kan handy plus di lengan gadis itu dia mengangkat wajahnya lalu mendekatkan jarak antara mereka .
Fatiha tersentak .
Gulp ! Dia ni dah kenapa .nazim bangun dari tempat duduk lalu dengan perlahan dia mendekati fatiha. belum sempat nazim mendekat kan lagi wajah nya ke muka fatiha . fatiha menjauhkan kepala nya ke belakang dengan cepat fatiha menolak dahi nya menggunakan jari telunjuk nya . * korang bayang kan lah cam mana eh huhu *
Arggg ..
" saya tampar muka tengku nanti" dia menunjukkan tapak tangan nya gaya seperti mahu menampar nazim.
Nazim menahan ketawa melihat riak wajah fatiha .
"Kau ingat aku ni jahil sangat ke nak cium kau kat sini ?, aku cium kau bila kita dah kahwin nanti " ketawa nya meletus dihujung bicara nya . dan bangun dari kerusinya ingin beredar dari situ .
Terbuntang mata fatiha mendengar perkataan 'kahwin' yang disebut oleh nazim tadi . bersama riak wajah geli geleman . sampai ke situ sekali dia fikir ? Malang mya nasib akuuu . gumam fatiha dalam hati .
YOU ARE READING
First love again
RomanceAiril syafril merupakan kekasih aireen sewaktu di sekolah menengah , namun kejadian kemalangan yang meragut nyawa airil dan ibu bapa nya membuatkan aireen trauma . dan takut bercinta kerana tidak mahu hilang orang yang tersayang . Setelah 5 t...