Bab 32

43 0 0
                                    

Keesokan hari nya mereka bersarapan pagi seperti biasa .Aroma bau Mee goreng kasar yang di masak oleh puan salmah menambahkan selera namun dia mampu melihat wajah aireen yang merahsiakan kandungannya dari suami sendiri .

Dia menarik kerusi duduk disebelah ibu mertua nya . Aireen melihat nya dengan mata kecewa . Tertanya tanya juga kenapa airil tak bercakap dengan nya sejak tadi.

          " Nah ," aireen menghulurkan pinggan yang berisi mee goreng yang dicedokkan untuk airil .

           " ma , airil nak roti canai tu " dia enggan mengambilnya malah mahu roti canai . 

Puan salmah hanya menurut .walaupun dia sedar akan kedinginan sikap airil pada aireen . Suami mana yang tak marah kalau isteri sendiri berahsia perkara besar macam ni .

Aireen mengetap bibir , menahan kecewa masih keliru entah apa kesalahan yang dia buat sehingga airil mengabaikan layanan nya . Sekarang ni siapa yang merajuk sebenarnya ?

         " awak nak air apa ? teh ke kopi ?" soalnya cuba nasib sekali lagi . Kalau kali ini airil bersikap dingin jugak , dia pasti airil sedang merajuk dengan nya . 'Tapi apa aku buat sampai dia tak layan aku ? ' Bisik nya dalam hati

           " Ma , airil nak air kopi tu " dia malah meminta dari ibu mertua nya dan tak menghiraukan pertanyaan aireen

Aireen berasa kesal dengan sikap airil lalu dia segera meninggalkan meja makan dan keluar dari rumah .

Encik daiman yang binggung dengan situasi sekarang merenung airil dan puan salmah , mesti mereka pakat sesuatu untuk kenakan aireen , sampai sebegitu layanan airil  pada anak nya . 

          " hey , korang ni bersubahat eh ? Sampai lari budak tu dibuat nya "

           " mana ada subahat , tanya lah menantu awak tu kenapa " Jelas puan salmah . Kalau aireen tahu dia yang beritahu airil tentang kandungan nya memang kena marah agaknya .

           " airil , kenapa kamu buat macam tu ? " soalnya pada airil yang sedang meneguk air kopi .

            " Tak ada apa pa , mama , nak beli barang dapur kan kejap lagi ? Airil temankan eh ," dia enggan menjawab . Puan salmah menganggukdengan pertanyaan nya alang alang airil ada ni boleh juga lah tumpang .

   
           "Hmm , bagus jugak ,harini mama nak masak special sikit "

Airil mengangguk senyum ,walaupun rasa serba salah buat aireen begitu sehingga membuatkan aireen tak menjamah sikit pun makanan buatkan nya risau . Tapi ini je cara nak bagi dia sedar kesalahan dia .

                   
Mengelamun terhenti apabila telefon nya berdering . Call dari nazim .sempat dia memandang ibu dan bapa mertua nya sebelum pamit .

       " papa , mama airil angkat call ni dulu ya " pamitnya lalu Melangkah keluar menuju ke pangkin di luar rumah .

        " assamlamualaikum bro ,apehal call?ada masalah apa apa ke ?" Soal nya sambil melabuhkan punggung duduk di pangkin .

        " Tak ada masalah apa apa , aku dah settle kan semua nya kes papa aku pun dah lulus untuk dibuka semula ,cuma satu je masalah nya , aku tak dapat cari harry "

          " kau jangan risau ,aku tahu harry dekat mana . Fatiha ikut kau ke ?"  Muka nya agak serius membincang kan hal itu apabila ia melibatkan orang dah tiada .

          " memang tak lah dia ikut ,nanti dia syak bukan bukan pulak .ni pun aku tipu dia tau yang aku pergi langkawi padahal ada je kat kl,, mana kau tahu harry kat mana?"

First love againWhere stories live. Discover now