Setelah tamat menonton movie ring .kini mereka menukar pula kepada cerita syurga yang tak dirindukan 2 .
Masing masing dah bersiap sedia dengan jajan yang disediakan . tisu pun dah standby , cerita sedih . emosi kena lebih hehe .
Di pertengahan cerita aira sudah mengalirkan air mata . mia yang tak ada perasaan langsung pula mentertawa kan nya .
"Kenapa kau nangis ?" Soal nya dah tersengih sengih kambing .
Aira menoleh .
" kenapa bini dia mati !" Balas nya sambil menangis .Propa lah kau ni , paling teruk pun muka mia sedih je takde lah sampai nak menangis bagai ni .
Tiba tiba ketawa mia meletus .
"Macam kau pulak yang mati , rilek lah " balas mia ketawa besar melihat drama queen menangis , tadi bukan main berani . sekarang lembik heee
Aira menjelingnya .
"Biar lah " balas nya ringkas .lalu menyuapkan jajan ke dalam mulut . air mata dikesat
Jam dah menunjukkan ke angka tiga pagi . dengan mata kuyu mereka menonton movie sampai tertidur di atas sofa . terlentok lentok dan akhirnya masing masing rebah hingga ke pagi ....
****
Jam dinding dah menunjukkan ke angka lapan pagi . aireen mengeliat seketika sedari dari tidur . cahaya yang menembusi ke ruangan bilik menyilau pandangan nya . tahu lah dia yang dia terlepas solat subuh .
Bila dipandang ke kiri , susuk tubuh airil yang mengiring membelakangi nya yang masih juga tidak berganjak dari tidur dipandang . tanpa membuang masa terus dia memeluk suami nya dari belakang . muka nya disembamkan dibelakang badan airil .
Memang tak dapat dinafikan dia sangat merindui suami nya . mungkin perasaan marah dah bertukar menjadi sayang .
Baru beberapa saat dia memeluk lelaki itu , tangan nya dapat merasa kan yang airil sedang menggigil .
Pantas dia bangun dan memusingkan badan airil supaya menghadap nya.
Terbuntang mata nya apabila melihat ada tompok merah dan kesan luka pada badan airil . mungkin dia menggaru kerana kegatalan .
"Airil !, kenapa ni ?" soal nya risau dan terkejut . airil yang tadinya mata tertutup kini dibuka mata nya .
Dia cuba menggelengkan kepala nya . badan nya yang menggigil menghalang nya untuk bercakap sesuatu .
"Jom , kita pergi hospital " terus sahaja dia menarik badan airil dengan perlahan supaya bangun dari perbaringan . lalu menyarung kan baju di badan airil .
Airil hanya menurut
Dengan perlahan mereka menuruni tangga . tangan nya dirangkul erat aireen . selepas mengunci pintu . dia menuju ke keret milik airil . diletakkan airil ditempat sebelah tempat duduk pemandu . dia pula memandu . muka airil yang pucat dipandang sekejap . lalu memecut kereta terus ke hospital .
Semasa dalam perjalanan sempat dia menelefon dato' muiz dan datin amalia tentang keadaan airil . panil dibuat nya datin amalia punya gelabah lalu menyusul juga ke hospital .
Dalam hati nya sudah mengagak apa punca nya . sebab makan ikan siakap semalam lah ni . kan dah cakap degil betul dia ni .
" tengok apa dah jadi dekat badan awak , degil lagi kan . hesy !" Bebel nya . airil yang disebelah nya tersenyum hambar memandang isteri nya membebel .
YOU ARE READING
First love again
RomanceAiril syafril merupakan kekasih aireen sewaktu di sekolah menengah , namun kejadian kemalangan yang meragut nyawa airil dan ibu bapa nya membuatkan aireen trauma . dan takut bercinta kerana tidak mahu hilang orang yang tersayang . Setelah 5 t...