Bab 31

69 0 0
                                    


        " Aireen ..Kamu dah minta izin airil ke belum sebelum datang sini ?" Soal puan salamah kepada anak nya , dari petang tadi aireen sampai ke rumah nya aireen hanya mendiam kan diri apabila disoal . muka apatah lagi masam mencuka . sambil menonton televisyen sambil itu mulut nya mengunyah jajan selamba dihadapan mama dan papanya

Aireen menggeleng kepala sahaja sebagai isyarat , tak tahu macan mana dia hendak beritahu mama nya tentang pergaduhan mereka .

   
         "Kamu berdua ni gaduh ke ? " puan salmah meneka . biasanya orang tak minta izin suami keluar rumah ni mesti bergaduh .

Terus aireen menoleh mama nya , dialihkan mata nya ke tempat lain seketika. termenung seketika memikirkan alasan apa mahu beri pada mama nya supaya tidak salah faham .

        " ermm , macam ni ma , sebenarnya airil outstation beberapa hari  ,  dan aireen pun cuti seminggu jadi aireen balik lah sini " bohong nya . teragak agak dia mahu kelentong mama nya .

          " biar lah dia emak nya , nak jenguk kita sekali sekala , " encik daiman menyampuk perbualan mereka yang dari tadi hanya membaca surat khabar . mata memang ke surat khabar tapi telinga ralit mendengar perbualan anak beranak itu .

         "Haa betul lah tu apa papa cakapkan , dah lama kan aireen tak balik , ni lah masa nya "  sokong nya mahu mengelak dari persoalan seterusnya dari puan salmah 

Puan salmah masih curiga . kali ini didiamkan sahaja aireen berdolak dalik . tapi dalam waktu yang sama dia tahu ada udang disebalik nasi goreng ! 😁

Dan sekarang macam mana pula dia hendak beritahu yang dia mengandung pada puan salmah dan encik daiman. Jari jemari nya mula bermain main di peha puan salmah .

         " mama " panggilnya meleret .

       
         "Aira ada cakap apa apa tak kat mama " berkerut dahi puan salmah mendengar kan soalan anak nya . tiba tiba cakap macam tu .

          "Tak ada , cakap apa ?" Soalnya pelik dengan perangai manja tiba tiba aireen memainkan jari dipehanya . kena sampuk syaiton ke budak ni .

    
          "Bukan apa , sebab tak lama lagi mama dah boleh main main dengan cucu " jelas nya .

      
          " hah ?!!!, kamu mengandung?"

KeDua dua nya terus memandang aireen yang mengangguk sambil tersenyum

            " bang ! Kita dapat cucu !" Pekik nya sejurus bangun dan mendapat kan encik daiman .

            " iya iya , abang dengar , jangan lah goncang badan abang kuat kuat " kerana terlalu gembira dia tak dapat mengawal keterujaan nya sehingga menggoncang badan suaminya .

Aireen turut tergelak melihat telatah mereka sebelum dia dipeluk erat puan salmah .

     
                           💣💣💣💣

Pagi yang dingin membuatkan aireen hanyut dibuai lena disaat dia bermimpi kan airil datang kepadanya dan memeluknya erat tetapi Lenanya terjaga apabila terasa ada tangan melingkar diperutnya dan tubuh badan seseorang terasa di belakang badan nya.

          " arrgghhhh !"  Dia menepis nepis tangan itu supaya dilepaskan bersama tumbukan siku diberikan ke muka lelaki yang berbaring dibelakang nya . sebelum melihat siapa yang berada dibelakang nya .

            " aughh !" Kali ini airil pula menjerit kesakitan . dia melihat aireen yang dah memegang kayu ditangan bersama muka terkejut rupa rupanya lelaki itu adalah airil .

First love againWhere stories live. Discover now